|
Pelakon dan penyanyi, Erra Fazira, 47, mengakui anak tunggalnya, Engku Aleesya Engku Emran, 11, memang ada mendapat permintaan untuk terbabit dalam kerjaya seni termasuk berlakon iklan.
Bagaimanapun, Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek berkata dia kena terlebih dulu berbincang dengan bekas suami bagi mendapatkan kata sepakat seterusnya 'lampu hijau' sebagai kebenaran. "Permintaan tawaran untuk Aleesya beraksi di hadapan kamera memang ada saja diterima. Ada yang berminat nak dia muncul buat iklan. Tapi, saya tak boleh buat keputusan itu sendiri tanpa berbincang dan mendapat 'lampu hijau' daripada bapanya. "Sekarang, selagi Aleesya belum boleh buat keputusan sendiri, saya tidak akan membawa dia ke depan lagi. Biarlah dia yang menentukan apa minat dan kesukaannya, manakala saya akan menyokong saja," katanya kepada Harian Metro.
Menurut 'primadona' filem Melayu ini, dia tidak akan menyekat apa saja kerjaya diminati anak perempuan kesayangannya itu pada masa akan datang, meskipun mengikut jejak sebagai anak seni suatu hari nanti.
|
woven11 replied at 28-9-2021 01:04 PM
Rambut aleesya sebijik ikut mak dia

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-2-2026 05:31 PM GMT+8 , Processed in 0.046206 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.