CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nak Rawat Ekzema, Budak Buta Sebelah Mata Lepas Guna Krim Antiradang

28-9-2021 01:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2152| Komen: 2

Kanak-kanak perempuan di Kent, United Kingdom buta sebelah mata dipercayai akibat menggunakan krim antiradang untuk mengubati ekzema.

Scarlet September, 12, mulanya menghidap ekzema pada leher dan kelopak mata selepas mereka berpindah rumah ketika usianya enam tahun.


Scarlet, sebelum dan selepas menggunakan krim steroid. FOTO Agensi

Sejak itu, doktor memberi preskripsi mengambil krim steroid bagi merawat gejala dialaminya itu.

Menurut National Eczema Society, apabila Scarlet berhenti mengambil ubat itu, dia mengalami penarikan steroid topikal (TSW), mengalami gejala rambut gugur, kulit merah dan terbakar hingga bernanah.




Ibunya, Sarah, 37, berkata, anaknya kerap tidak sihat akibat terlantar di katil, kulitnya terbakar dan melepuh, rambut gugur serta mengalami insomnia.

Situasi itu menyebabkan anaknya terpaksa menangguhkan persekolahan selama setahun.





Sarah mendakwa, Scarlet juga kehilangan penglihatan mata kiri.

Pakar di Hospital Great Ormond Street, London, pada Februari lalu mengesahkan kanak-kanak itu mengalami katarak berpunca daripada steroid.



"Pada satu masa Mac tahun lalu, lehernya macam luka kemerahan seperti luka bakar tahap ketiga hingga dia tak boleh pakai baju.

"Penghujung tahun lalu, katarak mula terjadi di kedua-dua matanya dan dia mengalami masalah penglihatan selepas doktor menyarankannya berhenti mengambil ubat itu," katanya.



Scarlet sebelum mengalami TSW

Menurutnya, Scarlet menjalani prosedur lensektomi selama 90 minit untuk membuang keseluruhan lensa mata kirinya pada April.

Tetapi kerana terlalu rosak, pasukan perubatan tidak dapat menyelamatkan penglihatannya.

"Mereka tidak dapat memasang retina kerana terlalu berparut, tetapi pembedahan katarak di mata kanannya berjalan lancar.



"Kini, Scarlet dalam fasa pemulihan, selepas menggunakan satu pelembap semula jadi untuk kulit kering disyorkan seorang ahli kimia," katanya dalam portal Metro UK.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kehcik_evil 28-9-2021 03:09 PM
apa nama ubat semula jadi yang dia guna tu nak tahu boleh tengah cari ubat ni
Quote nakkomenjugak 29-9-2021 01:40 AM
Wehhhhhh
Nak carik ubat eczema yang bagus bukan senang
Tak kena dengan kulit, ada yang tak menjadi ubatnya
Mak iol tak bagi kerap makan ubat pil
Sekarang dah tua ni macam peta kaki iol

*Pengidap eczema dari kecik*

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.324399 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top