Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan, 16, melahirkan rasa hairan apabila ramai mempersoalkan mengapa dia berurusan dengan doktor lelaki ketika mendapatkan suntikan vaksin semalam.
Menurut pelakon ini, perkara tersebut tentunya berada di luar bidang kuasa dan kawalannya. Mia berkata demikian setelah menerima banyak komen berunsur kecaman di aplikasi media sosial Tik Tok yang hadir dengan pertikaian dangkal mengenai perkara tersebut. Ada antara pengikut Mia di akaun tersebut menganggap Mia tidak sepatutnya membenarkan doktor lelaki melakukan suntikan vaksinasi terhadapnya memandangkan dia seorang gadis bertudung.
Selain itu, ada antara mereka tergamak menuduh dan menyindir Mia dengan kata-kata yang tidak sepatutnya. “Kasihan, tak dapat free hair (tidak bertudung),” tulis DyanneTrsya_ “Kenapa tukang cucuknya lelaki? Jururawat tak tahu ke bahu seorang perempuan itu aurat. Mesti Kak Mia redha je ya,” tulis pengguna akaun St_jnniah. “Pelik zaman sekarang. Doktor lelaki boleh cucuk tangan perempuan. Faham-fahamlah aurat tu kan,” tulis pengguna akaun fareed. Terdahulu Mia berkongsikan satu rakaman video ringkas dirinya menerima selamat menerima suntikan vaksin dos pertama di Pusat Pemberian Vaksin Mega (PPVM), Dewan Tun Canselor, Universiti Multimedia, Cyberjaya, Selangor semalam. Bagaimanapun, tinjauan Utusan Malaysia di ruangan komen akaun Mia Sara di Instagram agak berbeza dengan rata-ratanya dilihat lebih terkawal dan rasional. Sumber: Utusan
|
supermum replied at 28-9-2021 02:06 PM
Ingat ppv ni tempat beranak private ke boleh pilih-pilih doc
ADVERTISEMENT