CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tergelincir Semasa Mendaki, Kaki Azlan Typewriter Patah

29-9-2021 08:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2865| Komen: 4

Malang tidak berbau... penyanyi Azlan Typewriter berdepan insiden mencemaskan apabila terjatuh hingga patah kaki kiri semasa menyertai aktiviti mendaki di sebuah bukit di Semenyih, Selangor pada Isnin.


Cerita Azlan atau nama sebenar Nor Azlan Rosle Sallehudin, 39, semasa kejadian dia bersama lima sahabatnya sedang menuruni bukit berkenaan, namun tanah licin menyebabkan kakinya terkehel hingga hilang imbangan.

Foto: IG

"Kejadian berlaku dalam pukul 1 tengah hari. Semasa itu saya dan rakan-rakan lain sedang turun dari bukit berkenaan... mungkin tanah di situ licin dengan bukit agak menjunam menyebabkan saya hilang imbangan lalu terjatuh sampai ke bawah.

"Memang kuat bunyi masa jatuh tu... terasa sakit sungguh, tengok kaki dah bengkak dan saya syak tulang patah. Dalam keadaan kaki yang amat sakit, saya gagahkan diri naik semula ke laluan pendakian.


"Selepas itu saya terus di bawa ke Hospital Kajang. Doktor maklumkan terdapat tulang patah pada pergelangan kaki," katanya kepada dihubungi mStar.



Sementara itu, penyanyi lagu Jangan Khianati Aku ini memberitahu dia berkemungkinan perlu menjalani pembedahan penyambungan tulang menggunakan implan bagi memulihkan kembali struktur tulang yang terjejas.

Bagaimanapun, dia masih lagi memikirkan mengenai rawatan itu memandangkan keadaan kakinya masih sakit dan tidak boleh digerakkan seperti biasa.

"Doktor minta saya ke hospital semula dalam masa terdekat. Doktor ada bagi cadangan lakukan pembedahan kecil pada bahagian tulang itu tapi sejujurnya kalau boleh saya tak mahu la... minta dijauhi sebab masih sakit lagi ni.

"Sekarang ni makan ubat yang doktor beri sahaja dan rehat di rumah dulu. Nak betul-betul pulih mungkin ambil masa berbulan juga ni tapi benda dah nak jadi nak buat macam mana.



"Nasihat saya kepada mereka di luar sana yang suka aktiviti hiking... dalam keadaan cuaca tak menentu, hujan macam ni tak payahlah pergi hiking.

"Berhati-hati apabila buat aktiviti mencabar ini, silap langkah nanti boleh mendatangkan bahaya," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote insulin 29-9-2021 08:45 AM
Takziah. Semoga cepat sembuh.

Seram pula bila baca kaki terkehel, hilang imbangan, terjatuh pastu patah.
Quote Mini.Me 29-9-2021 08:57 AM
Broga kah?
Anyway get well soon abe lan
Quote awex^returns 29-9-2021 09:00 AM
semoga cepat sembuh
ahh rindu hiking dan slow jogging aku
Quote nakkomenjugak 30-9-2021 05:53 AM
Speedy recovery yach

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-9-2024 01:22 PM GMT+8 , Processed in 0.141683 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top