|
Gara-gara pernah viral disebabkan kisah rumah tangga, nama Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan dikaitkan pula dengan kes melibatkan pendakwah terkenal yang kini disiasat atas tuduhan gangguan seksual.
Abu atau nama sebenarnya Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi memohon agar semua pihak berhenti menjadikan kisahnya sebagai kandungan untuk mengulas isu yang sedang berlaku. "Saya terpanggil untuk bercakap mengenai isu ini sebab nama saya turut dikaitkan. Saya hanya ingin meminta semua pihak tidak kaitkan saya dengan isu ini. "Sebelum ini saya pernah viral tapi isu melibatkan peribadi dan sebab itu orang buat 'troll'. Tapi isu pendakwah terkenal itu melibatkan undang-undang.
"Jadi, biarlah pihak berkuasa menjalankan siasatan. Tak perlu nak kaitkan dengan orang lain atau ulas isu ini," katanya kepada mStar.
|
trexxxxxi replied at 29-9-2021 08:55 AM
Tak perlu ulas konon
Hang pun haprak
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
10-2-2026 06:29 PM GMT+8 , Processed in 0.161801 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.