|
Setelah lima tahun tidak muncul dengan sebarang lagu baharu, penyanyi Dafi mengakui dia menyimpan hasrat untuk melancarkan single dalam masa terdekat.
Menurut Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri, dia mempunyai lagu yang sudah dirakam namun masih menunggu waktu yang sesuai untuk dilancarkan. Akui pada mulanya bimbang untuk melancarkan lagu ketika pandemik, namun penyanyi berusia 33 tahun ini berharap single terbaharunya itu nanti akan memberi semangat kepada pendengar. "Sebenarnya saya dah ada single yang sudah dirakam dan berada dalam simpanan namun menunggu masa yang sesuai untuk dilancarkan. "Secara peribadi, pada mulanya saya memang rasa macam kurang sesuai untuk lancarkan lagu ketika negara sedang berdepan dengan pandemik Covid-19.
|
kami mmg rindu dafi 






ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
10-2-2026 08:17 PM GMT+8 , Processed in 0.248301 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.