Kecoh di Twitter dengan amarah warganet terhadap tindakan kereta mewah Toyota Alphard milik VVIP yang memotong kenderaan garisan berkembar (double line) secara berbahaya, baru-baru ini.
Memetik laporan Kosmo! Online, Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kelantan, Superintendan Shuhaimi Jusoh memaklumkan, pihaknya telah menerima laporan berkenaan video tular itu. Terdahulu, pemilik akaun Twitter @LagaCawan memuat naik sebuah gambar menunjukan pemilik kenderaan itu ialah Timbalan Menteri Agama, Datuk Haji Ahmad Marzuk Shaary. Dalam pada itu, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya lain. Seperti yang dilaporkan Malaysia Kini, Ahmad Marzuk Shaary sendiri tampil memohon maaf atas insiden itu. “Sekiranya dikenakan hukuman, semoga ia menjadi asbab kebaikan dan penambahbaikan buat beliau (pemandu) dan saya sendiri. "Biarlah hukuman itu di atas dunia andai dengan sebab itu ia melepaskan kami daripada hukuman di akhirat. "Saya memohon ribuan kemaafan atas isu yang timbul. Semoga peristiwa ini memberi peluang untuk kami terus menjalankan tugas dengan penuh jujur dan berintegriti demi rakyat Malaysia,” katanya kepada Malaysiakini. Difahamkan, pada hari kejadian pemandu berkejar untuk ke lapangan terbang dan memotong di garisan berkembar kerana ingin sampai cepat di rumah majikannya kerana penerbangan ke Kuala Lumpur pada jam 17.50 petang Ahmad Marzuk menambah kes tersebut sedang dalam siasatan pihak berkuasa dan kakitangan yang terlibat juga dipanggil memberi keterangan. Sumber: Murai
|
Sekiranya dikenakan hukuman, semoga ia menjadi asbab kebaikan dan penambahbaikan buat beliau (pemandu) dan saya sendiri.
ADVERTISEMENT