|
Golongan selebriti sering kali dimomokkan dengan kata-kata peminat dan penyokong akan 'lari' selepas mereka berkahwin. Namun, itu semua adalah kerja Tuhan dan tidak ada sesiapa mampu mengandaikan sekiranya perkara itu benar-benar menjadi umpama satu 'sumpahan' atau sekadar kata-kata kosong.
Bagi penyanyi, Harith Zazman, 27, dia juga tidak menafikan pernah berdepan kata-kata sebegitu. Namun, hatinya kuat mempertahankan bahawa rezeki adalah daripada Allah. "Saya pernah dengar juga kata-kata itu. Saya sentiasa percaya bahawa rezeki seseorang itu datangnya daripada Allah. Seandainya apa yang diperkatakan itu benar berlaku, saya terima seadanya.
"Saya tegaskan, kehadiran saya dalam industri muzik adalah untuk menonjolkan karya saya. Seni muzik saya. Kalau orang suka, terima kasih. Seandainya ada yang tak suka, tak mengapa," katanya. Berkongsi mengenai kehidupannya selepas bertukar status menjadi suami kepada pasangannya, Nuramalina Ghakashah, Harith mengakui kehidupannya kini lebih bahagia.
|

orang lain acik tak tahulah




ingat ai sorang yg tak kenal



ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
10-2-2026 01:41 PM GMT+8 , Processed in 0.042146 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.