Seramai empat anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam (APM) menjalankan khidmat khas mengeluarkan seekor kerbau dari dalam longkang dalam kejadian di Kampung Bukit Tempurung, Gunung Pasir, Kuala Pilah, semalam.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seri Menanti, Mohd Sharif Ahmad, pihaknya tiba di lokasi jam 7.46 pagi selepas mendapat panggilan daripada orang awam. “Kami mengambil masa 15 minit bagi mengeluarkan kerbau bersaiz besar berkenaan menggunakan tali. Kejadian khidmat khas menyelamatkan kerbau seperti ini pertama kali berlaku untuk tahun ini. “Sebaik berjaya ditarik keluar, kerbau berkenaan melarikan diri dan operasi selesai dengan jayanya,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Sumber: Utusan
|
maharani_gebu replied at 30-9-2021 10:10 AM
jahat kerbau tu... main larik jer... lenkali ucaplah tima kaseh dulu.....
anyway tahniah kepad ...
ADVERTISEMENT