CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Kahwin Kerana Telah Diperkosa, Kata Bapa Remaja Cerai Talak Tiga

29-11-2013 03:53 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 28124| Komen: 356

Kahwin kerana telah diperkosa, kata bapa remaja cerai talak tiga


KULIM: “Saya kahwinkan dia kerana dia telah diperkosa,”

Itu kata ayah kepada remaja perempuan Nor Fazira Saad, 13 yang diceraikan talak tiga oleh suaminya, Mohd Fahmi Mohamed Alias, 20.

Ayah Nor Fazira, Saad Mustafa, 44, berkata demikian kepada akhbar The Star dalam satu laporan eksklusif ekoran kisah penceraian pasangan remaja terbabit yang tersebar luas di media.

Menurut Saad, dia mengizinkan pernikahan anaknya dengan Mohd Fahmi kerana Nor Fazira telah diperkosa oleh Mohd Fahmi dan dua kawan lelakinya empat bulan sebelum perkahwinan itu dilangsungkan.

Saad memberitahu The Star bahawa kes itu telah dilaporkan kepada polis pada 15 Julai 2012, namun dia didatangi ibu bapa Mohd Fahmi selama beberapa hari berturut-turut merayu agar laporan itu ditarik balik kerana tidak mahu Mohd Fahmi disabit kesalahan dan menerima hukuman penjara.

Ekoran rayuan itu, dia sebagai bapa memahami permohonan mereka dan bersetuju untuk menarik balik laporan polis yang dibuat serta menikahkan anaknya dengan Mohd Fahmi yang ketika itu berusia 19 tahun pada 17 November 2012.


Nor Fazira turut memberitahunya pada Oktober 2013 bahawa dia tidak tahan dengan layanan keluarga mertuanya dan memutuskan untuk meminta cerai. Saad turut berkata bahawa keluarga Mohd Fahmi memang tidak menyukai anaknya dari mula perkahwinan dan Nor Fazira juga selalu didera secara fizikal serta tidak diberi makan oleh keluarga mertuanya.

Mohd Fahmi yang ditemui oleh The Star pula menafikan dakwaan Saad dan berkata dia hanya meniduri Nor Fazira setelah mereka sah diijabkabulkan.

Memetik Mohd Fahmi sebagai berkata kepada The Star, dia menceraikan Nor Fazira kerana bekas isterinya itu mempunyai hubungan sulit dengan seorang lelaki dari Kuala Ketil.

Nor Fazira juga ujar Mohd Fahmi, biadab terhadap keluarganya dan tidak pernah memasak serta selalu keluar dari rumah sekiranya tidak puas hati.

Mohd Fahmi turut menafikan dakwaan bahawa Nor Fazira didera dan tidak diberi makan. Tambahnya lagi, keluarga mereka melayan Nor Fazira dengan baik walaupun perlakuan remaja wanita itu teruk.

3

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 29-11-2013 09:35 AM
laa sudah..
Quote zoy123 29-11-2013 09:38 AM
berita penuh tak der ker TT.
Quote ogata 29-11-2013 09:39 AM
sambung tau mau ka.
Quote ahmadhati 29-11-2013 09:39 AM
batmana posted on 29-11-2013 09:35 AM
laa sudah..

Skrg ni tak tahu salah siapa dan mana satu yg betul.
Quote carly_lah 29-11-2013 09:40 AM
nauzubillah......
Quote annehuda 29-11-2013 09:42 AM
jadi adik ni kawen sbb nk mengelak maksiat ke atau sudah terbuat maksiat? wallahualam.....

Quote shamsadis 29-11-2013 09:44 AM
pulak...keluar dah citer macam2....diam sudahlah...
Quote sriwanis 29-11-2013 09:45 AM
Diblurkn muka girl tu nape? Satu malaya dh kenal
Quote ahmadhati 29-11-2013 09:46 AM
zoy123 posted on 29-11-2013 09:38 AM
berita penuh tak der ker TT.

Exclusive

*Full story kena beli paper The Star
Quote apan 29-11-2013 09:47 AM
Pulak...........
Quote vespa_oren 29-11-2013 09:48 AM
Nie kes xnak kena penjara dan sebat, terpaksa kawen dengan perempuan tu

Quote ahmadhati 29-11-2013 09:49 AM
http://1000-freedownload.blogspo ... hters-marriage.html

*Full story kena beli paper The Star
Quote vespa_oren 29-11-2013 09:51 AM
Dad: I Married Her Off Because She Was Raped
   Details Published on Friday, 29 November 2013 08:48
View Comments
“We only had sex after marriage,” said Mohd Fahmi Mohamed Alias/Google ImagesKULIM: She was 13 and he 19 when they married last November in what was held up as a blissful union between two young people deeply in love.

But all was not what it seemed.

They are now divorced amid allegations that the boy and two friends raped the girl four months before they were married.

Nor Fazira Saad lodged a report at the Kulim police station on July 15 last year, claiming that she was raped by two teenagers and later by their friend, her future husband, Mohd Fahmi Mohamed Alias.

Her father, 44-year-old Saad Mustafa, recalled yesterday that Fahmi’s parents came daily to his house begging him to withdraw the report, saying that the possible punishment of up to 20 years jail and whipping would be very harsh for their son.

“They pestered me for five nights until I decided to withdraw the police report six days later ... as a father I understand their concern for their son,” said Saad, who is an odd-job worker.







The Star

http://www.thestar.com.my/News/N ... -had-been-rape.aspx


back to top
< Prev
Quote itik_kuning 29-11-2013 09:51 AM
sudah, cite lain plak keluar

report polis je la pakcik biar bekas anak hantu eh bekas menantu ni merengkok dalam jail

Quote sayawifenikmie 29-11-2013 09:54 AM

hmmmmm .....  
Quote sueism 29-11-2013 09:55 AM
Molek sungguh perangai kelaurga lelaki untuk elak kes polis bagi Kawin , pihak perempuan Tarik balik kes, then cerai Talak 3. Dalam Hal Nike siapa yg bersalah inshallah tuhan Akan Bayar tunai.
Quote mrdone 29-11-2013 09:58 AM
patutler..
Quote sekel 29-11-2013 09:59 AM
bila dh x suka or jd sesuatu kejadian sure semua perkara yg memalukan akan dibongkarkan..............wartawan suka jer utk naikkan rating paper dia org
Quote noor2 29-11-2013 10:02 AM
amboi3 dah cerai semua keburukan keluar yaa

Lihat semua komen(356)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 08:32 AM GMT+8 , Processed in 0.045284 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top