|
Seorang wanita berbangsa Cina mencuri perhatian ramai bukan sahaja kerana fasih berbahasa Melayu. Dalam videonya yang dimuat naik di akaun TikTok @Lisa.Toyota, dia berkongsi mengenai kelebihan van jenazah berbumbung tinggi yang diubah suai daripada MPV Toyota Hiace.
Katanya di ruangan komen, van jenazah itu dijual pada harga RM179,000. Di ruangan komen, ramai meluahkan rasa kagum dengan penjelasan Lisa yang terperinci, namun santai dan mudah difahami. Malah, ada yang mendakwa baru pertama kali mendengar jurujual membuat ulasan mengenai van jenazah.
Bagaimanapun, difahamkan video berkenaan yang meraih jumlah tontonan sebanyak 243,000 'hilang' dari akaunnya dan Lisa sendiri tidak pasti punca ia berlaku sebelum memuat naik video itu sekali lagi. "First time ni aku tengok salesman review ulas kondisi van jenazah, terbaiklah. "Terima kasih Lisa, pengalaman baru juga tengok video macam ni. "Fasih dan senang faham, jadi tertarik pula tengok van jenazah," antara komen warganet sempat disalin di GEMPAK. Mungkin ada yang berminat membeli van jenazah ini, boleh hubungis Lisa ya. - CARI
|
shark_eow7: cuba try orang melayu jual keperluan mati orang cina. buat review mcm ni.
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-2-2026 12:16 AM GMT+8 , Processed in 0.400303 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.