|
Jeddah: Sekali imbas, bongkah batu Al Naslaa sama seperti kebanyakan batu lain. Namun kewujudannya di oasis Tayma masih menimbulkan misteri kerana bentuk potongannya yang sempurna walaupun dikatakan berusia 4,000 tahun.
Formasi batuan terkenal di dunia itu terdiri daripada dua batu besar yang disokong secara semula jadi. Kesempurnaannya menjadi bualan di internet, menimbulkan spekulasi mengenai bagaimana ia dihasilkan pada zaman dulu. Al Naslaa adalah salah satu dari banyak batu di oasis Tayma yang mempunyai penampilan unik, tetapi potongan yang hampir sempurna itu membuatnya begitu menonjol. Sejak ia ditemui, tidak ada penjelasan bagaimana ia dicipta dan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan ahli geologi.
Mereka percaya, ia terhasil daripada pergerakan tektonik yang menyebabkannya batu itu terpecah dua. Namun, ada saintis lain percaya ia adalah binaan kerana bahan yang berada di sekitarnya lebih cenderung untuk terhakis. Selain itu ada yang percaya Al Naslaa terbentuk daripada beberapa mineral lemah yang padat. Terdapat kumpulan lain yang percaya ia adalah karya peradaban kuno yang maju atau ciptaan makhluk asing. Walaupun kedua-dua teori itu kelihatan mustahil, banyak pihak mempercayai sesuatu berlaku, kerana 'pembahagian' bentuk batu itu kelihatan terlalu sempurna. -CARI Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 01:52 AM GMT+8 , Processed in 0.180270 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.