CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Ustaz Bolehkah Sekiranya Kita Berdoa Supaya Allah Melindungi Naruto?"

4-10-2021 08:03 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3764| Komen: 14

Reaksi seorang ustaz muda yang menjawab pertanyaan netizen tentang hukum berdoa supaya watak anime popular, Naruto diberi perlindungan menjadi tular di media sosial, lapor laman Suara.com.


Menerusi video yang dimuat naik dalam akaun Instagram ustaz @adninroslan itu, ustaz berkenaan kelihatan keliru kerana perlu menjawab pertanyaan adakah seseorang itu dibenarkan untuk memohon supaya Allah melindungi Naruto daripada sebarang bahaya.

Foto: Kosmo

“Ustaz bolehkah sekiranya kita berdoa supaya Allah melindungi Naruto?” demikian soalan yang diajukan netizen itu.

Membaca soalan tersebut, ustaz tersebut kemudian mengatakan adalah lebih baik untuk mendoakan perkara-perkara yang lebih penting seperti kesejahteraan saudara Islam di Palestin dan juga kawasan-kawasan lain yang dilanda konflik.


“Banyak lagi perkara lain yang boleh didoakan contohnya untuk saudara kita di Palestin, Uyghur dan Rohingya.

“Ini apa? Aduh, mungkin banyak sangat tonton anime,” kata ustaz tersebut.

Netizen yang menonton video itu kemudiannya berkongsi pelbagai reaksi di ruangan komen.

“Aduh sakit perut saya ketawa,” tulis seorang netizen.

“Jika begitu boleh juga doakan untuk Upin dan Ipin supaya mereka mempunyai rambut,” tulis seorang lagi netizen lain. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 4-10-2021 08:06 AM
Isu semasa sebegini wajib dibincangkan dengan penuh berdegar-degar di parlimen.
Quote copy_paste 4-10-2021 08:11 AM
yg tanya tu terbawa2 sgt dengan anime tu,
Quote takayama 4-10-2021 08:25 AM

knp x minta doakan sekali utk kurama nak, kan kurama dah mati tu
adoiiiii mengekek2 kaka gelak
Quote freakazoid 4-10-2021 08:41 AM
nasib dia tak tanya boleh ke buat tahlil untuk kurama
Quote hayrin86 4-10-2021 08:44 AM
Layan juga anime cuma Naruto dan Boruto tak ada masa layan.. Isi ceritanya meleret-leret dan panjang berjela, situ-situ aje..
Quote AbukRokok 4-10-2021 08:46 AM
budak2 skrg byk sgt layan troll sampai terbawak2 melawak dalam setiap segi
atau mmg tak dapat bezakan realiti dan fantasi?
Quote Carcosa 4-10-2021 08:47 AM
Eh, meols sorang je ke terfikir "Apsal takboleh?"
Bukan ke kita ni hambaNya. Mintak lah apa2 pun nak mintak. Ke, mmg takboleh?
Quote ctaz 4-10-2021 08:53 AM
dlm byk2 isu semasa...ini lah isu semasa yg paling isu semasa
Quote JohnyEnglish 4-10-2021 08:55 AM
Para ulamak telah berbincang pnjg berkenaan masalah ni sejak kurun ke-8 sblm masihi lagi.kesimpulan jumhur ulamah masih khilaf berkenaan perkara ini (yakni berdoa kpd kartun).tp nasihat aku lebih baik kita berdoa kpd kartun yg  sdh pasti beragama Islam,contohnya Upin Ipin dan Boboiboy.Manakala rakan2 mereka yg bkn beragama Islam seperti Jarjit,MeiMei,Gopal dsb tak perlulah kita doakan mereka
Wallahualam
Quote KamikuP 4-10-2021 12:46 PM
Mujur dia cakap anime.. bukan hentai anime
Quote manzilla 4-10-2021 12:51 PM
KamikuP replied at 4-10-2021 12:46 PM
Mujur dia cakap anime.. bukan hentai anime

Aku cukup menyampah dengan siri anime. Alih-alih cerita budak tak cukup kasih sayang mak bapak. Kalau yang satu lagi tu lain la...
Quote edayildiz 4-10-2021 12:59 PM
dik, doa la utk kesejahteraan mak ayah..kowserrr tau..mesti hidup dia aman damai dah xde masalah langsung khenzz..tp i doa jgk utk arwah kucing i..actually i pernah tnya la kt org2 psl kucing yg dh arwah..tuan kucing blh tak doa jmpa balik nnti huhu tp katanya kucing lps mati jd debu debu jah..
Quote nakkomenjugak 4-10-2021 04:56 PM
Banyak lagi perkara lain yang boleh didoakan contohnya untuk saudara kita di Palestin, Uyghur dan Rohingya.

Terselit jugeeekk Rohingya situ
Baiknyaaa netijen ituuu

*Ni mesti ada yang kata iol racist nanti ni*
Quote damsel_fiji 4-10-2021 05:01 PM
boleh tak nak doakan wartawan caprut CARI kena pecat..


tanya jer tau

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 01:40 PM GMT+8 , Processed in 0.099195 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top