CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Dakwa Dua Pelajar Mati Akibat Vaksin Mungkin Berdepan Pertuduhan

4-10-2021 02:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7867| Komen: 47

Polis merakam keterangan seorang wanita yang mendakwa kematian dua pelajar di Perak disebabkan suntikan vaksin Covid-19.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, suspek berusia 39 tahun itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, semalam.


Menurutnya, semasa rakaman percakapan diambil, wanita terbabit mengaku membuat kenyataan seperti mana yang terkandung dalam video tersebut.


Gambar hiasan

Justeru, pihaknya mungkin akan mencadangkan untuk pertuduhan dijalankan ke atas wanita itu.

“Kenyataan yang diberikan suspek bukan sahaja tidak tepat, malah tidak benar sama sekali. Dua pelajar terbabit meninggal dunia bukan disebabkan vaksin kerana mereka sendiri belum menerima suntikan berkenaan.

“Kita akan cadangkan kepada peguam negara atau pengarah pendakwaan negeri untuk tuduh suspek terbabit,” katanya.


Selain wanita terbabit, polis uga telah merakam percakapan pegawai kesihatan Ulu Kinta, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek Damai dan pegawai perubatan yang merawat dua pelajar terbabit.

Ibu bapa pelajar tersebut turut dipanggil untuk dirakam keterangan serta saksi lain yang berada bersama wanita itu ketika dia membuat kenyataan dalam video tular berkenaan.
 
Tambah Mior Faridalathrash, pihak polis sedang melengkapkan siasatan sebelum dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan susulan.

Pada 29 September lalu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 504 dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan setelah menerima dua laporan daripada Pegawai Pendidikan (Kesihatan) Daerah Ipoh dan pengetua SMK Tasek Damai.

Laporan itu berkaitan ketidakpuasan hati terhadap dakwaan kematian dua pelajar sekolah itu yang didakwa disebabkan suntikan vaksin.



Video berdurasi 1 minit 38 saat yang tular sejak Selasa lalu dipercayai dirakam dalam sebuah majlis yang diadakan di Putrajaya sebagai tanda solidariti menuntut hak supaya pelajar tidak diwajibkan mengambil suntikan vaksin Covid-19.

Menerusi video tersebut, seorang wanita dalam ucapannya kepada sekumpulan individu mendakwa berlaku dua kes kematian pelajar SMK Tasek Damai disebabkan pengambilan suntikan vaksin.


Sumber: Suara Merdeka
5

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tupai 4-10-2021 02:08 PM
Lenkali sblm ckp pape, better la sahkan dulu berita tu....now x psl2 dpt masalah
Quote hareeeesah 4-10-2021 02:09 PM
Ikut hati, mati. Kerana mulut badan binasa.. pepatah melayu ada benarnya
Quote tumpanglalu74 4-10-2021 02:13 PM
Edited by tumpanglalu74 at 4-10-2021 02:15 PM

Nak tangkap orang baik2 yang concerned dengan keselamatan anak2 onglain.  Dah mabok ke bang?

Pencolek, perogol, penyamun pon berlori2 ade bang..  Bila nak tangkap?  

Tanye je.  No hard feelings..
Quote Johi 4-10-2021 02:29 PM
Bagus ambil tindakan kalau  salah, pengajaran jgn suka suki buat fitnah
Quote c===8 4-10-2021 02:35 PM
kahkahkah

kang ada pulak yg tanya apsal polis masih belum dpt tangkap jlow
Quote tikusmontok 4-10-2021 02:37 PM
Iols lebih pelik ngan nama ketua polis tu..apa yg parents dia pikir ms tu?
Quote NFBZCantik 4-10-2021 02:58 PM
Berhati2 laa bilaa berckp ya
Quote isbritneybich 4-10-2021 02:58 PM
c===8 replied at 4-10-2021 02:35 PM
kahkahkah

kang ada pulak yg tanya apsal polis masih belum dpt tangkap jlow

dah ada yang tanya
Quote kakikuDibibirmu 4-10-2021 03:19 PM
Faridalathrash tu yang tak menahan tu
Quote dubuk 4-10-2021 03:29 PM
bodoh jodoh dan hodoh.. anda pilih mana yang tak ke mana.. ?
Quote dodolgemok 4-10-2021 03:31 PM
Puak2 antivax menggelupoh dah tu. @Inadori di mana anda?
Quote terma2nkondisi2 4-10-2021 03:34 PM
farid ala thrash

farid =
Farid (Arabic:  fariyd, farīd), also spelt Fareed or Ferid and accented Férid, is an Arabic and Persian masculine personal name or surname meaning "unique, singular ("the One"), incomparable".


ala =
Ala is French and is defined as prepared in a certain way or for a particular person.

thrash =
beat (a person or animal) repeatedly and violently with a stick or whip.



Quote KIM.K 4-10-2021 03:35 PM
Friendlist aku pun ada antivac. Untung la takda sapa viral. Konon2 tanam keladi rapi seketul keladi pun aku tak nampak. Konspirator samaran tak
Quote mclaren 4-10-2021 03:40 PM
tikusmontok: Iols lebih pelik ngan nama ketua polis tu..apa yg parents dia pikir ms tu?


Parents dia dulu peminat thrash metal.
Quote Inadori 4-10-2021 03:57 PM
dodolgemok replied at 4-10-2021 03:31 PM
Puak2 antivax menggelupoh dah tu. @Inadori di mana anda?

Ada ni. Hahahaha.

SamdolGemok memang tak tenang berforum kalau tak ada Inadori.

Taknak sebut mengeteh di gazebo ke Dol?
Quote oni313 4-10-2021 05:40 PM
tikusmontok replied at 4-10-2021 02:37 PM
Iols lebih pelik ngan nama ketua polis tu..apa yg parents dia pikir ms tu?

Farid Al Athrash

jurutaip surat beranak masa dia lahir, tersilap tulis gamaknya....
Quote nakkomenjugak 4-10-2021 05:53 PM
Hamboiiii nama
Iol dah terbaca lain tu
Quote Suchi 4-10-2021 06:31 PM
tikusmontok replied at 4-10-2021 02:37 PM
Iols lebih pelik ngan nama ketua polis tu..apa yg parents dia pikir ms tu?

Dulu2 org tua kita bila g balai daftar nama anak just sebut je depan pegawai polis tu.
Pastu dia tulis la ikut apa yg dia dengar.
Kalau pegawai bukan melayu mmg selalu salah eja.
Tu pasal nama zulkefli antara yg banyak di eja dgn ejaan pelik
Affandi selalu jd Ampandi
Adik kawan iols Sabrina jadi Fabrina
Zubaidah jadi Zabedah
Makcik iols Mariam tp nama dia dieja Meriam.
Quote edayildiz 4-10-2021 06:40 PM
unit betul nama pun
farid ala thrash
agaknya nak letak mior farid asyraf kot hihi

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 03:15 AM GMT+8 , Processed in 0.038240 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top