"Saya kini dalam perbincangan dengan pihak pengeluar ubat itu mengenai harga atau mendapatkan tajaan separuh harga." Demikian kata penyanyi Elyana berikutan disarankan doktor untuk menggunakan satu ubat khas dalam sesi kedua rawatan kimoterapi.
Menurut Harian Metro, bagaimanapun Erneelya Elyana Emrizal, 34, berkata, jika digunakan, kos rawatan yang akan dijalaninya pada Jumaat ini akan menjadi sangat tinggi kerana harga ubat itu terlalu mahal. Katanya, harga ubat itu mencecah RM50,000 untuk satu rawatan dan dia perlu menggunakannya untuk lima kali rawatan. "Memang pening kepala juga sebab dalam keadaan sekarang, saya sebagai artis pun tak dapat bekerja seperti sebelum ini. Jadi, punca pendapatan terjejas," katanya dipetik dari Harian Metro. Selepas menjalani sesi pertama rawatan kimoterapi minggu lalu, Elyana berkata, dia mengalami beberapa kesan sampingan.
"Badan saya memang agak lemah. Perut pula rasa agak keras dan itu sedikit sebanyak mengganggu pernafasan. "Paling saya rasakan adalah mata saya semakin kabur dan itu menyebabkan saya sakit kepala. Kadang-kadang, tengok telefon pun boleh pening. Untuk sel kanser itu mengecut atau tidak, saya belum dapat apa-apa maklumat daripada doktor memandangkan ini baru sesi pertama," katanya. Kesiannya Elyana, semoga terus kuat ya. - CARI
|
LadyCarefree replied at 4-10-2021 08:17 PM
Kesiannya dia. Kalau hosp kerajaan pun mahal jugak ke? Moga ada jalan untuk elyana.
matbad replied at 4-10-2021 07:35 PM
tetap sama sbb dia bagitau berbincang dgn syarikat pengeluar ubat
MatDeghem replied at 4-10-2021 07:50 PM
Dah tu ambil anak angkat lagi....
LadyCarefree replied at 5-10-2021 07:02 AM
Yg ada tu semua anak angkat ke?
opie5662 replied at 5-10-2021 09:15 AM
Hr tu die ckp pasal bil die insurans yg tanggung... Die nasihatkan org supaya amek insurans kan... D ...
naina replied at 5-10-2021 10:15 AM
Ubat2 tu tak termasuk dalam bil insuran ek..tapi rm50k sekali sesi ayoo mahal wo. Habis kuota untu ...
opie5662 replied at 5-10-2021 10:20 AM
Yes... Mmg byk clause insiran yg terkecuali sebenarnye... Tp org igt semua include... Ejen selalu ...
naina replied at 5-10-2021 10:26 AM
Lagi sadis kalau ingat masuk ward tu terus masukk. Hidden caj macam deposit dulu rm300-500 tak cer ...
ADVERTISEMENT