|
Penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri kini bergelar mahasiswa apabila dia memilih Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai destinasi pengajiannya di peringkat tertinggi selepas cemerlang di arena sukan antarabangsa terutamanya di pentas Olimpik Tokyo 2020, baru-baru ini.
Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi UKM semalam, atlet yang murah dengan senyuman itu bakal mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK). Atlet kelahiran Kuala Lumpur berusia 22 tahun itu hampir menghadiahkan pingat di temasya Olimpik Tokyo pada Ogos lalu. Dia yang hampir berjaya menaiki podium dalam acara tiga meter papan anjal individu final apabila menamatkan saingan di tangga keempat dengan mengutip 326.15 mata sekali gus dianggap pencapaian peribadi terbaiknya di pentas Olimpik.
Sumber: MalaysiaGazette
|
cmf_premierleag replied at 4-10-2021 10:14 PM
Pandalela Renong masuk UM kan? Ke aku silap?
Asalnya dpt ke manchester ..tp dia rejek sbb nk terusk ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 02:09 AM GMT+8 , Processed in 0.044484 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.