CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 6 Tahun Teruja Nak Ke Sekolah Maut Dipatuk Ular Ketika Mandi

5-10-2021 05:40 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3473| Komen: 6

Kanak-kanak berusia enam tahun di Arab Saudi maut dipatuk ular berbisa ketika sedang bersiap sedia untuk ke sekolah.

Lapor The Sun, Tamara Abdul Rahman dipatuk seekor ular di bilik mandi di rumahnya di bandar Abha, Arab Saudi.


Tamara dikejarkan ke Asir Central Hospital dan diberi rawatan sehingga keadaannya stabil.


Kredit foto: Newsflash

Namun, kesihatan kanak-kanak itu merosot sehingga dia terpaksa dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan akhirnya meninggal dunia.

Menurut bapa Tamara, anaknya dipatuk ular ketika sedang mandi.

Katanya, Tamara berasa teruja untuk kembali ke sekolah susulan pelonggaran perintah berkurung.

“Ular itu berlingkar di bilik mandi dan anak saya tidak sedar reptilia berbisa itu berada di sana sehingga dipatuk,” katanya.

Bapa Tamara berkata, keluarganya terkejut selepas mendapati ular berada di bilik mandi di rumahnya yang terletak di sebuah bandar yang padat dengan penduduk.


“Tamara dibawa ke hospital, namun nasib tidak menyebelahinya, anak saya meninggal dunia walaupun menerima rawatan perubatan,” katanya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote putput 5-10-2021 10:37 AM
kasihan sunggu
Quote musangbodoh 5-10-2021 12:46 PM
lawa nye kecik lagi
Quote KamikuP 5-10-2021 03:27 PM
Kesiannya. Ular tu masuk kat lubang jamban kot tak pun dari lubang keluar air tu
Quote nakkomenjugak 5-10-2021 04:17 PM
Takziah diucapkan...
Quote JohnyEnglish 5-10-2021 04:30 PM
Innalillah.nama dia simple je tp sdp
Quote intan244 6-10-2021 12:58 AM
kat pekan pon ada no.. takut dok kampung sbb haiwan2x ni la.. dok high rise kot selamat sikit

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 05:26 AM GMT+8 , Processed in 0.028314 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top