CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Badrol Shah Tiada Tawaran Berlakon, Masih Jadi Penghantar Makanan

5-10-2021 08:15 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6424| Komen: 24

Pelakon filem Busut Bonang, Badrol Shah atau Bad, 39, teruja apabila anak tirinya, Putri Farah Norhaziqah, 7, akan belajar di sekolah tahfiz tahun depan.

Bad ketika dihubungi berkata, anak ketiga arwah isteri itu akan dimasukkan ke sebuah sekolah tahfiz di Masjid Tanah, Melaka seiring dengan minat kanak-kanak itu yang diwarisi daripada ibunya, Allahyarham Farah Shila Mazlan.


Foto: IG

"Alhamdulillah, ikut jejak langkah ummi dia. Memang dia minat pun dan sebelum ini, saya bersama arwah pernah menghantar Putri Farah ke sekolah tahfiz swasta ketika dia berusia enam tahun.

"Bagaimanapun disebabkan kami tidak berkemampuan, jadi pada awal tahun ini dia dimasukkan ke sekolah kebangsaan bersama dengan dua kakaknya, Putri Farah Nordina Dania, 12, dan Putri Farah Nordina Zawana, 11," katanya kepada Harian Metro.


Ditanya mengenai dirinya yang kini bapa tunggal dan perlu menguruskan empat anak termasuk tiga anak tiri, Bad berkata, dia masih janggal dan perlu membiasakan diri demi meneruskan hidup bersama anak-anak.


Foto: IG

"Situasi saya agak janggal, namun cuba membiasakan diri menguruskan keluarga sepenuhnya sendiri. Alhamdulillah, saya yakin boleh melakukannya demi anak-anak yang menjadi peniup semangat buat saya.

"Malah, setiap hari saya akan bawa ziarah ke kubur ummi mereka selain menatap foto arwah untuk melepas rindu. Saya reda kerana nak fikir ujian, memang sentiasa ada. Kini, yang pasti saya kena teruskan kehidupan lebih baik untuk anak-anak," katanya.

Mengulas kerjaya seninya, Bad berkata, setakat ini dia belum menerima tawaran berlakon lagi dan pendapatan untuk menyara keluarga masih bergantung sebagai penghantar makanan.

"Alhamdulillah, rezeki untuk anak-anak masih ada. Malah, sama ada ia cukup atau tidak, saya akan terus berusaha mencarinya kerana rezeki milik Allah. Selain itu, saya dan keluarga juga ada mendapat bantuan Baitulmal sebanyak RM400 sebulan.

"Setakat ini, saya bersyukur saja dengan segala rezeki yang diperoleh. Seandainya, ada tawaran berlakon nanti, Insya-Alah saya terima kerana anak yang sulung pun dah tahu menguruskan adik-adik," katanya.


Foto: IG

Pada 26 Ogos lalu, Farah Shila meninggal dunia akibat Covid-19 selepas 45 hari dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, Batu Caves, Selangor.

Bad dan Farah Shila yang guru agama di Sekolah Rendah Agama Lembah Keramat bernikah pada 2018.

Mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Da'aiyatul Insyirah, kini berusia dua tahun.

Allahyarham juga dikurniakan tiga anak hasil perkahwinan pertamanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote yayanz 5-10-2021 08:55 AM
Alhamdulillah.. semoga menjadi anak solehah.. dunia & akhirat..
Quote Suchi 5-10-2021 09:41 AM
Edited by Suchi at 5-10-2021 09:45 AM

Bapak kandung anak3 tiri dia masih hidup lagi ke atau dah tiada ye?
Sian plak dia sorang2 menanggung semuanya, anak2 plak semua perempuan.

Arwah isteri dia rupanya pesakit asma kronik, kanser dan jantung kalau tak silap la aritu ada baca kt fb Badrul ni ada sebut.
Golongan yg berisiko tinggi,sian anak2 kecil lg.

Tp part nak masukkan tahfiz kt melaka tu mcm kecik sgt lagi anak tu baru 7 thn. Ok ke hantar duk asrama jejauh camtu.
Quote supermum 5-10-2021 10:45 AM
Suchi replied at 5-10-2021 09:41 AM
Bapak kandung anak3 tiri dia masih hidup lagi ke atau dah tiada ye?
Sian plak dia sorang2 menanggun ...

Kalau tak silap bapa kandung pun meninggal. Kesian budak-budak tu.
Quote hanihan16 5-10-2021 10:59 AM
supermum replied at 5-10-2021 10:45 AM
Kalau tak silap bapa kandung pun meninggal. Kesian budak-budak tu.

somehow i harap family arwah bapaknya ada la bertanya khabar & menghulur nafkah utk anak2 ni
Quote gigahertz 5-10-2021 11:29 AM
Suchi replied at 5-10-2021 01:41 AM
Bapak kandung anak3 tiri dia masih hidup lagi ke atau dah tiada ye?
Sian plak dia sorang2 menanggun ...

ibu tunggal boleh besarkan tanpa masalah seorang diri anak lelaki dan anak perempuan
bapa tunggal ada masalah besar kalau anak dia tu perempuan.

orang perempuan seawal umur 9 tahun dah baligh.
nak tak nak isteri atau nenek kena handle soalan yang bakal di tanya.

Quote KamikuP 5-10-2021 01:08 PM
Ada no akaun dia tak?
Quote mendeluk 5-10-2021 01:25 PM
gigahertz replied at 5-10-2021 11:29 AM
ibu tunggal boleh besarkan tanpa masalah seorang diri anak lelaki dan anak perempuan
bapa tunggal ...


Betul. Bapa tunggal tak elok kalau jaga anak perempuan. Tapi mak tunggal ok je. Ada banyak sebab kenapa bapa tunggal tak elok jaga anak perempuan. Tak kisah bapak kandung ke or bapak tiri.
Quote gigahertz 5-10-2021 01:33 PM
mendeluk replied at 5-10-2021 05:25 AM
Betul. Bapa tunggal tak elok kalau jaga anak perempuan. Tapi mak tunggal ok je. Ada banyak sebab ...

Adik beradik i ramai perempuan.
kekadang bila tgk diorang pakai kain batik
kekadang ada darah. kekadang ada darah atas tilam. kena kat bantal. kekadang darah tu kering.
rupanya org perempuan akil baligh keluar darah.
Quote gigahertz 5-10-2021 01:48 PM
mendeluk replied at 5-10-2021 05:25 AM
Betul. Bapa tunggal tak elok kalau jaga anak perempuan. Tapi mak tunggal ok je. Ada banyak sebab ...

Bayangkan Bilik tidur xde bilik air . nak ke bilik air harus merentas ruang tamu. biasanya kalau nak mandi bertuala / berkemban harus merentas ruang tamu.
kalau nak kejut adik/kakak perempuan tido harus adik beradik perempuan yg lain utk kejutkan. jangan suruh anak lelaki kejutkan. perempuan tido kalau berkain batik paham2 la.

paling penting anak perempuan nak tido / tukar baju sila lock pintu.
Quote mendeluk 5-10-2021 02:16 PM
gigahertz replied at 5-10-2021 01:48 PM
Bayangkan Bilik tidur xde bilik air . nak ke bilik air harus merentas ruang tamu. biasanya kalau n ...

Ya. Even kalau nak mandikan anak perempuan yang masih baby pun, wajib nenek atau bibik atau mak sendiri yang mandikan. Kadang tak faham orang lepaskan all out dekat husband. Jenis otak pendek.
Quote Mawar91 5-10-2021 02:23 PM
Edited by Mawar91 at 5-10-2021 02:26 PM
gigahertz replied at 5-10-2021 01:48 PM
Bayangkan Bilik tidur xde bilik air . nak ke bilik air harus merentas ruang tamu. biasanya kalau n ...


Meols pon adik beradik sume laki.mmg x bole menyeksi la klu kat rumah.pakai tshirt lengan pendek Ngan kain batik/ seluar pnjg saje.nak pakai seluar steng pon segan.nak mandi pon kne bawak baju pakai dlm bilik air terus.x kan nak berkemban pulak
Quote nakkomenjugak 5-10-2021 04:06 PM
Moga family ni dipermudahkan segala urusan dan rezeki yang lebat
Quote gigahertz 6-10-2021 01:17 AM
mendeluk replied at 5-10-2021 06:16 AM
Ya. Even kalau nak mandikan anak perempuan yang masih baby pun, wajib nenek atau bibik atau mak se ...

I lupa drama cerita apa. mak dia suruh suami dia mandikan baby .
baby tu baby perempuan. bapa dia time nak mandi tu gi cabul baby tu.
nanti i cari balik drama tu nanti i tepek balik kat sini
rasa macam rumah siti khadijah. tapi tak ingat episode berapa.
Quote gigahertz 6-10-2021 01:30 AM
Mawar91 replied at 5-10-2021 06:23 AM
Meols pon adik beradik sume laki.mmg x bole menyeksi la klu kat rumah.pakai tshirt lengan pendek ...

i adik beradik i majoriti perempuan. i dengan seketul lagi lelaki.
i hari hari kena gi ambik sotong kering yang di sidai kat luar.
kadang2 dalam sehari tu berapa kali kakak i gaduh pasal sotong kering dia tak jumpa.
kalau adik lain yang pakai pun boleh bawak gaduh.

sotong kering = bra

Quote becir 6-10-2021 01:41 AM
Family wife and late husband mmg orang susah semuanya ke..takde yg teringin nak bela 3 beradik tu?
Quote Mawar91 6-10-2021 02:27 PM
gigahertz replied at 6-10-2021 01:30 AM
i adik beradik i majoriti perempuan. i dengan seketul lagi lelaki.
i hari hari kena gi ambik sot ...

Chouls biar je dorg yg angkat sotong2 kering tu.Rajin chouls tolong dorg angkat.Abg2 meols klu setakat basuh tu dorg bole la tolong lgi.Tu pon meols da rse bersyukur sngt.Laki x bole harap sngt nak buat kje rumah.Nti meols yg sakit hati Sebb x bersih.Baik buat sendiri walau penat cmne tpi kite puas bile bersih kemas ni
Quote Jiddin 6-10-2021 07:44 PM
hanihan16 replied at 5-10-2021 10:59 AM
somehow i harap family arwah bapaknya ada la bertanya khabar & menghulur nafkah utk anak2 ni

Ikut hukum, mmg depa yg kena amik tgjwb kan?
Quote hanihan16 6-10-2021 07:48 PM
Jiddin replied at 6-10-2021 07:44 PM
Ikut hukum, mmg depa yg kena amik tgjwb kan?

itula, ikutkan family belah bapaknya yg kena tanggung anak2 ni
Quote red_velvet 6-10-2021 07:49 PM
Kesiannya... Walaupun anak tiri tapi nampak dia sayang anak2 dia. Late wife sangat cantik n org baik2 .. semuga Allah bagi sebaik2 tempat utk arwah dialam Sana n permudahkan urusan bad  Dan anak2 ... Sebak pulak tengok, gigih dia usaha n tak meminta2 walaupon dlm keadaan oku .. Aku salute...

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 09:22 AM GMT+8 , Processed in 0.046378 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top