CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lama Menyepi, Ebit Lew Muncul Semula Di Facebook

5-10-2021 09:05 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8502| Komen: 56

Selepas beberapa hari menyepi, pendakwah bebas, Ebit Lew akhirnya membuat kemunculan di laman Facebooknya hari ini dengan memuat naik sekeping gambar bersama kapsyen ‘Segala Puji bagi Allah’.


Kemunculan Ebit itu dibuat selepas kali terakhir beliau mengemaskini hantaran di platform media sosialnya pada 22 September lalu.

Tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna media sosial melahirkan rasa teruja serta mendoakan agar urusan pendakwah bebas itu dipermudahkan.

Malah, netizen juga menyifatkan tindakan Ebit mendiamkan diri merupakan satu langkah yang bagus bagi mengelak kontroversi yang melibatkan dirinya semakin menjadi-jadi.


Foto: FB

“Diam itu lebih baik, orang yang hebat akan diuji ustaz. Semoga Allah tunjukkan kebenaran, itu yang selalu sis buat .. InsyaALLAH,” kata Lyza.

“Ustaz jaga diri ya, jangan sedih, banyak lagi insan yang memerlukan pertolongan ustaz. Semoga tuhan melindungi ustaz sekeluarga,” kata Jada Muni.

“Semoga ustaz terus istiqamah dalam pembangunan dakwah, kebajikan dan syiar islam.. Abaikan segala fitnah jahat.. semoga Allah SWT permudahkan urusan ustaz. Barakallah..,” kata Syuhaidie.

Pada 19 Ogos lalu, Ebit dipanggil polis untuk dirakam keterangan berhubung penyebaran video gangguan seksual dikaitkan dengan pendakwah berkenaan.

Bagaimanapun, Ebit ketika ditemui media sebaik selesai memberi keterangan mendakwa dakwaan itu berunsur fitnah kejam ke atas dirinya.

Khamis lalu, Ebit dan isterinya sekali lagi dipanggil polis untuk membantu siasatan membabitkan kes sama. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote putput 5-10-2021 09:24 AM
kes gaji staff rangkaian kedai runcit bagai mana?
Quote highcastle 5-10-2021 09:29 AM
Bila kes Nadir dan Caprice cukup cepat dia buat report....... Bila kes video taknak pulak dia buat tindakan saman........... Teringat video tepis tangan yang aku tengok berkali2 tapi takde pun aksi menepis.. Atau itu video deepfake jugak ke..............Erkkkkk.. Bila nak bentang audit...... Itu ari kemain persoalkan derma RM20 juta...........
Quote isbritneybich 5-10-2021 09:37 AM
ada yang nak kaitkan video UAI. seingat i, tak pernah UAI sendiri nafi. orang2 lain (staf ke sedara entah) yang nafi. sedangkan video tu mungkin betul, cuma private video antara laki bini. cepat betul netizen nak cakap fake

yang sorang ni je yang susah nak husnuzon ni
Quote CiliPadiSedap 5-10-2021 10:36 AM
netizen porntaksub toxic people.





Quote KamikuP 5-10-2021 11:09 AM
Video UAI - done
Video Stopa spenda beso - done
Video dewasayu - done
Video bangnon - done
Video jemin - done
Video DUKE - ada ke..? ekekekee...
Quote Cik_jantung 5-10-2021 11:23 AM
Edited by Cik_jantung at 13-1-2022 10:08 PM

..........
Quote Orix 5-10-2021 11:48 AM
yg kes psal dia potong gaji staff elewwww mart tu xde kecaman ke
Quote None68 5-10-2021 11:53 AM
So maknanya kes EL mmg xde pendakwaan la ye?
Quote musangbodoh 5-10-2021 12:01 PM
KamikuP replied at 5-10-2021 11:09 AM
Video UAI - done
Video Stopa spenda beso - done
Video dewasayu - done

meh bg link...nk siasat
Quote haruslah 5-10-2021 12:04 PM
highcastle replied at 5-10-2021 09:29 AM
Bila kes Nadir dan Caprice cukup cepat dia buat report....... Bila kes video taknak pulak dia buat t ...

Tepis tangan tu xnak pulak sebut fitnah kannnn....usop betol
Quote miszclassique 5-10-2021 12:36 PM
Orix replied at 5-10-2021 11:48 AM
yg kes psal dia potong gaji staff elewwww mart tu xde kecaman ke

Takdeee...ustaz difitnohhh katanya, berat ujian ustaz gituh... Netijen kata kompeni tu adik/abang EL yg manage so dia taktau pape... Conclusion nya bebit tak pernah salah!
Quote kembarsiti 5-10-2021 12:43 PM
Allah ada. Cepat atau lambat tersungkur jua nanti. Yg penting buka mata semua org supaya boleh elak/lebih hati2 kalu kene sexual grooming mcm ni
Quote CinnamonR 5-10-2021 12:48 PM
Hmm..tengok gaya kes dia akan disenyapkan je..banyak benau pentaksub
Quote tripleid 5-10-2021 01:14 PM
melayu mudah cair  dgn  ayat2 agama ..no wonder  Pas yg  terang2 menunggang agama tu pon boleh naik jadi kerajaan
Quote nolya 5-10-2021 01:29 PM
tripleid replied at 5-10-2021 01:14 PM
melayu mudah cair  dgn  ayat2 agama ..no wonder  Pas yg  terang2 menunggang agama tu pon boleh naik  ...

Menengok wajah2 pemimpin PAS, tak ade satu pun yg aku berkenan untuk 'like'.
Quote sonatalady 5-10-2021 01:40 PM
lama menyepi apa...ada aje kat tik tok.
siap ada video..jaga kaunter kedainya..scan barang jualan.
Quote Madel 5-10-2021 01:41 PM
Sampai bila nak berlakon bahagia
Sampai bila nak berlakon suci, murni
Suatu masa nnti kifarah akan dtg juga.
Quote tripleid 5-10-2021 01:55 PM
nolya replied at 5-10-2021 01:29 PM
Menengok wajah2 pemimpin PAS, tak ade satu pun yg aku berkenan untuk 'like'.

Org kata muka org2 alim ni penuh nur..tapi menengokkan muka2 lobai pas x mcm tu pun..nmpak hitam,kelam dan kusam jah
Quote Rotisserie 5-10-2021 01:56 PM
Sayuuuuu... Hati ini makin sayuuuuuu
Rinduuuuu terkenangkan desa permai
{:smile{:smile{:smile

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.050899 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top