CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengawal Keselamatan Lesap Lepas Lapor Kecurian Sawit

5-10-2021 01:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4684| Komen: 22

Seorang pengawal keselamatan dipercayai hilang ketika melakukan rondaan di sebuah kawasan ladang kelapa sawit di Ladang Ulu Remis, Layang-Layang, Kluang petang kelmarin. 

Mangsa, Muhammad Shahrizuan Pairon, 22, dilaporkan hilang oleh pengurus ladang di tempatnya bekerja pada pukul 12.15 pagi semalam selepas majikan tidak menjumpainya.


Bapa saudara mangsa, Adanan Baharudin, 61, berkata, anak saudaranya itu sempat melaporkan berlaku kes kecurian buah sawit pada pukul 7.22 petang kelmarin yang dihantar ke kumpulan WhatsApp tempat kerjanya.


Muhammad Shahrizuan Pairon (kanan)

“Rakan sekerja Muhammad Shahrizuan mendapati pagar di ladang berkenaan dipecahkan, tetapi, palangnya dalam keadaan bertutup.

“Mereka mencari anak saudara saya, namun tidak menjumpainya termasuk motosikal Honda Wave yang dinaikinya,” katanya ketika dihubungi semalam. 


Katanya, kejadian berkenaan terus dilaporkan ke pihak majikan mereka dan usaha mencari Muhammad Shahrizuan dijalankan selepas itu hingggalah dihentikan sementara pada 3 pagi semalam.

“Percubaan menghubungi telefon bimbitnya tidak berjaya dan usaha mencarinya kemudian disertai polis selain polis bantuan,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi mana-mana balai berhampiran.


Sumber: UTUSAN ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kechikchomel 5-10-2021 01:33 PM
Dah jumpa dah kan?
Quote musangbodoh 5-10-2021 02:09 PM
update lh sasape tau
Quote TravellingBear 5-10-2021 02:14 PM
jumpa kat mana. masih bernyawa?
Quote tikusmontok 5-10-2021 02:15 PM
Semoga selamat
Quote cik_sssara 5-10-2021 02:32 PM
Dah jumpa. Kejap cari link
Quote cik_sssara 5-10-2021 02:34 PM

KLUANG: Seorang pengawal keselamatan yang dilaporkan hilang selepas terserempak pencuri di sebuah ladang kelapa sawit, di sini, kelmarin, ditemui terbaring di tepi jalan berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Haji Hassan Yunos, Renggam, malam tadi.

Bapa saudaranya, Adanan Baharudin, 61, berkata Muhammad Shahrizuan Pairon, 22, dijumpai berada dalam keadaan lemah oleh bapa mangsa, Pairon Baharudin, 56, kira-kira jam 11.30 malam.

Sambil bersyukur kerana anak saudaranya selamat, beliau berkata, Muhammad Shahrizuan ditemui Pairon ketika melalui jalan itu yang terletak kira-kira 12 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

"Adik saya bersama keluarga, termasuk isteri dan anaknya menaiki kereta dan menunggang motosikal ke lokasi Muhammad Shahrizuan dilaporkan hilang.
"Setiba di jalan itu yang terletak bersebelahan rel kereta api, adik saya seakan perasan kelibat seseorang di tepi jalan.

"Hati Pairon terdetik untuk berpatah balik, dan memang betul anaknya sedang terbaring. Apabila ditanya apa yang berlaku, Muhammad Shahrizuan dilihat terpinga-pinga dan memberitahu sepanjang tempoh dia dilaporkan hilang, pandangannya gelap seperti waktu malam.

"Dia turut ingat bahawa ketika kejadian kelmarin, ada sebuah lori cuba melarikan diri di pintu pagar lalu dia mengejarnya.

"Bagaimanapun setiba di satu simpang, lori itu hilang dan dia cuba berpatah balik ke tempat kerjanya, namun tidak nampak jalan keluar," katanya kepada BH, hari ini.

Adanan berkata, yang menghairankan keluarga mereka ialah sepanjang tempoh kehilangan anak saudaranya itu, bateri telefon bimbit dan minyak motosikal Muhammad Shahrizuan didapati masih mempunyai banyak baki.

"Ketika ditemui, perkataan terpacul dari mulut Muhammad Shahrizuan ialah dia kelaparan dan mahu berehat," katanya.

Beliau sekali gus mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu misi mencari dan menyelamat anak saudaranya itu.

Sebelum ini, Muhammad Shahrizuan dilaporkan hilang sejurus terserempak insiden kecurian tandan kelapa sawit di sebuah ladang di Layang-Layang, di sini, kelmarin.

Adanan dipetik berkata, Muhammad Shahrizuan sempat melaporkan kejadian berkenaan melalui WhatsApp kumpulan kerjanya pada jam 7.22 malam.

Katanya, beliau dimaklumkan bahawa dua rakan sekerja Muhammad Shahrizuan kemudian bergegas ke lokasi dan mendapati pagar dirosakkan, namun palang pagar dalam keadaan tutup.
-BH-


Quote JohnyEnglish 5-10-2021 02:38 PM
misteri ni
Quote imransulaiman 5-10-2021 02:38 PM
Ada unsur mistik ke kehilangan dia ni?
Quote haruslah 5-10-2021 02:41 PM
Naluri makpak...patah balik tgk betul ke x....
Syukur selamat...masa baca mlm td dok tpikir jumpa mayat jer
Quote Artemesiaa 5-10-2021 02:46 PM
Kena pukau ke kena hentak sampai tak sedar apa yang dah jadi
Quote Belibis 5-10-2021 03:31 PM
Jangan plot twist sudahhhh..ko jangan main2 dengan pulis dikkk..dua tiga kali dia putar soalan jer,dah kantoi nanti.
Quote sukacactus 5-10-2021 09:32 PM
Selalu sgt org hilang, last2 jumpa mayat je, tu yg aku debo nak abiskan artikel ni
Syukur masih bernyawa
Quote Lentera 5-10-2021 10:03 PM
Gelap? Tak jumpa jln? Ketum ke ehh tiber
Quote allshares 5-10-2021 11:45 PM
Artemesiaa replied at 5-10-2021 02:46 PM
Kena pukau ke kena hentak sampai tak sedar apa yang dah jadi

Kan. Mcm gitu je gayanya
Quote edayildiz 6-10-2021 12:37 AM
nasib baik slmt..jgn plot twist sudah
Quote TeropongThaico 6-10-2021 12:53 AM
Syukur selamat. Misteri juga dgn kehilangan adik ni. Banyak sangat kemungkinan2
Quote zehra2 6-10-2021 06:42 AM
harga sawit skrg 1 tan - RM900.
semalam polis buat roadblock byk tempat merata di dua pekan yg dekat2 sini. ingatkan org dlm lokap terlepas
rupa2nya 4 pusat timbang sawit kena rompak dalam satu malam. beberapa hari sebelum tu mmg kabel kena potong.. ingatkan org yg curi kabel2 ni ler..  haa bila cctv tak jalan.. mlm tu depa rompak.
nasib sebelah malam, kot siang tak pasal kena kat kerani timbang pulak
satu pusat timbang tu ada RM48 ribu. cash yg banyak sbb org kampung mmg amik cash je.. takde atm pun kat kampung2..
Quote dudaberhias 6-10-2021 07:25 AM
alhamdulilah dah jumpa... memang kes kena sorok la ni...
sesuatu fenomena yang susah orang nak percaya sebab "naluri manusia" memang hanya akan percaya benda yang logik mengikut akal mereka... perasan ni normal sebenarnya dan kita dah memang di lahirkan dengan perasaan ni.

setiap orang pernah nampak benda paranormal dalam hidup mereka tapi otak dan fikiran kita tetap susah nak percaya dan akan ada timbul perasaan indenial, macam iols ler tuuu
Quote MontanaHannah 6-10-2021 08:20 AM
jaanganlah sorok manusia

main sorok-sorok dengan jin sudahhhhhhhh

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 07:29 AM GMT+8 , Processed in 0.040093 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top