CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Maaf, Saya Tahu Bagaimana Anda Bergantung Pada Perkhidmatan Kami" - Mark Zuckerberg

5-10-2021 02:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5558| Komen: 36

Pengasas bersama Facebook Mark Zuckerberg memohon maaf kepada semua pengguna di seluruh dunia yang mengalami gangguan dalam penggunaan Facebook, Instagram dan WhatsApp.


Kredit foto: IG Zuckerberg


Dalam hantaran di Facebooknya, beliau berkata, kesemua aplikasi tersebut ini telahpun kembali pulih secara beransur-ansur.

“Facebook, Instagram, WhatsApp dan Messenger kini telah kembali beroperasi.

“Maaf atas gangguan yang berlaku hari ini. Saya tahu bagaimana anda bergantung kepada perkhidmatan kami untuk berhubungan bersama mereka yang anda sayangi,” kata Zukerberg dalam hantaran tersebut.



Sementara itu, WhatsApp dalam ciapan di Twitter menyatakan “Mohon maaf kepada semua yang telah tidak dapat menggunakan WhatsApp hari ini. Kami lakukan secara perlahan-lahan dan berhati-hati untuk membolehkan WhatsApps berfungsi semula." 






Terdahulu, jutaan pengguna di seluruh dunia menghadapi masalah menggunakan ketiga-tiga perkhidmatan yang dimiliki Facebook itu menerusi laman sesawang atau pun telefon pintar.


Sumber: Bernama


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote famri7 5-10-2021 02:07 PM
If you running bisnes secara online pastikan ada backup platform untuk. Jd mcm semalam ramai orang rugi beratus ribu.
Quote musangbodoh 5-10-2021 02:20 PM
apsal smlm aku x rasa apepun
Quote ninja boy 5-10-2021 02:29 PM
X faham kenapa korang byk masa layan fb ig twitter tiktok Netflix utube kejadah semua ni.
Quote cik_sssara 5-10-2021 02:30 PM
Edited by cik_sssara at 5-10-2021 03:29 PM

Ni lah salah satu keburukan synergy. Bila semua tu bergabung, satu technical problem semua sekali pun possible to interrupt.




Twitter jugak chill relax lol


Quote bakingsoda 5-10-2021 02:37 PM
bila kejadian? tak sedar pon
Quote cikatilia 5-10-2021 02:54 PM
ninja boy replied at 5-10-2021 02:29 PM
X faham kenapa korang byk masa layan fb ig twitter tiktok Netflix utube kejadah semua ni.

kan?

yg penting zulyahya yg zuhud sibuk meratib voksum kecoh benda2 ni down
Quote She-Ra 5-10-2021 02:58 PM
bgn pg tgk ada grup kwn2 bertanya line ok ke tidak
iols blur sebab tgk ok je.. rupanya mlm td
maaf la, kul 11pm ++ dh sekian wassalam selamat beradu
masa celik tu pn tak brapa tgk fon sgt sb tgh melayan csi, pun sudahnya csi yg tonton aku
Quote tagas 5-10-2021 03:20 PM
ok jer aku nyer smlm
Quote Belibis 5-10-2021 03:27 PM
Lain2 nak melingkup lantak ler,jangan porum sudahhhh..aku bukan ada ig,fb,burung biru semua tuuu..
Quote helicornia 5-10-2021 04:20 PM
Aku tk terkesan sbb tkde fb IG.tp klu watsap down aku pun down sbb tu je tempat aku bersosial
Quote helicornia 5-10-2021 04:21 PM
cikatilia: kan?yg penting zulyahya yg zuhud sibuk meratib voksum kecoh benda2 ni down

Aik fb ig ni sume bukan agenda yahudi ke{:nose
Quote helicornia 5-10-2021 04:22 PM
Belibis: Lain2 nak melingkup lantak ler,jangan porum sudahhhh..aku bukan ada ig,fb,burung biru semua tuuu..

Ya lor, high 5. Kita sama la forum je la tpt cikcur
Quote nur123 5-10-2021 04:24 PM
musangbodoh replied at 5-10-2021 02:20 PM
apsal smlm aku x rasa apepun

mlm td jam 12 malam sampai 6 pagi. belah Asia tak rasa sgt sebab malam. dok dengar ch yg Tau tu. yg belah us/Europe la rugi bnyak sebab siang kan. Whatsapp hilang sekejap seronok rasa takde gangguan arahan wasap. budak2 ckp yeay xde homework. haha. tgk2 pagi dh elok .
Quote husna_amal 5-10-2021 04:27 PM
Tak terkesan sebab memang tengah tidur pun.
Quote alesandra 5-10-2021 04:37 PM
cik_sssara replied at 5-10-2021 02:30 PM
Ni lah salah satu keburukan synergy. Bila semua tu bergabung, satu technical problem semua sekali pu ...

Sebenar nya twiter pun byk kali down sblm ni.xde la sampai 6jam.cuma agak terhibur la tgk jack dorsey troll smlm.lepas geram agaknya
Quote Kitty_catz 5-10-2021 04:41 PM
meols je ke yg tataw pun FB and wasap down??

nampak sangat meols ni henpon tak berjahit kat tangan
Quote nakkomenjugak 5-10-2021 04:47 PM
Layan youtube jahhh
Hahaha
Quote RaraLavenda 5-10-2021 04:48 PM
Patutlah tgh mlm semalam aku x boleh nak reply chat. Ingatkan line internet aku yg problem.
Quote ultra78 5-10-2021 06:05 PM
Kadang-kadang issue major mcm ni disebabkan oleh human error. System admin atau network admin ada kacau setting hingga down satu network.

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 07:31 AM GMT+8 , Processed in 0.043862 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top