CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Jari Sampai Kering Dan Pecah Sebab Hand Sanitizer," Hafizul Kamal Pelik Masih Dijangkiti Covid-19

5-10-2021 03:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5999| Komen: 25

Pelakon filem Paskal Hafizul Kamal berkongsi berita sedih apabila dia dan anak sulungnya Raisya Amanda yang berusia empat tahun disahkan positif Covid-19.

Hafizul atau nama sebenarnya Hafizul Ahmad Kamal, 36, berkata, dia mula berasa kurang sihat dan hilang deria bau sejak empat hari lalu.

Lebih membimbangkan paras oksigen anaknya mula menurun ke 94 peratus membuatkan dia mengambil keputusan untuk ke hospital.


Foto: IG

"Saya dan anak disahkan positif pada Ahad. Tapi deria bau mula menghilang sejak empat hari lalu. Ingatkan selsema biasa tapi tak ada pula hidung berair.

"Ikutkan saya ada buat ujian kit Covid-19 dan keputusan negatif dan sentiasa periksa keadaan kadar oksigen anak-anak juga.




"Bila periksa kadar oksigen Raisya turun ke 94 peratus dan terus bawa dia buat pemeriksaan. Buat masa sekarang saya dan Raisya kuarantin dalam bilik di rumah kami," kata Hafizul ketika dihubungi mStar.



Hafizul memberitahu keputusan ujian calitan isterinya, Nurul Fariza Ibrahim dan anak kedua mereka, Sara Erina negatif.

Tidak pasti daripada mana punca jangkitan, Hafizul berkata, dia seorang yang sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga setiap kali keluar rumah.

Namun dia reda dan mengambil perkara yang berlaku itu sebagai satu ujian buat dirinya dan keluarga.



"Saya tak pasti dijangkiti dari mana... sebab sebelum ini saya ada jaga ibu demam empat hari. Tapi hari keenam badan saya jadi dedar.

"Tapi suhu badan saya tak pernah lebih dari 36 darjah celcius. Ikutkan kalau saya keluar pun memang berjaga-jaga sangat.

"Jari-jemari saya sampai jadi kering dan pecah sebab sentiasa menggunakan hand sanitizer. Tapi tak apa la, dah takdir," ujarnya.

Untuk rekod, pelakon Hafizul mendirikan rumah tangga dengan Nurul Fariza pada 13 Februari 2016. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 5-10-2021 03:59 PM
Dah kau jaga mak kau yg demam, dari situ la kau jangkit.. buat2 tak tau plak
Quote krustykrab 5-10-2021 04:09 PM
Kurex replied at 5-10-2021 03:59 PM
Dah kau jaga mak kau yg demam, dari situ la kau jangkit.. buat2 tak tau plak

Alah ...biasa la nk buat status hari2 bg org like...buat2 bangang pun boleh
Quote Themilo 5-10-2021 04:22 PM
dia tak pernah tau ke benda ni dah tahap air borne?
Quote nakkomenjugak 5-10-2021 04:31 PM
Ppppffttttt

Tapi moga cepat sembuh
Quote LadyCarefree 5-10-2021 04:38 PM
Kesian. Moga anak kecil tu cepat sembuh. Bapaknya pon. Dah beksin ke? LoL
Quote opie5662 5-10-2021 04:38 PM
Kalau kau kene tu... Ko x jaga sop la tu... Kalau pakai sanitizer smpi tangan putus pon, dok berborak ngan org lain x pakai mask pon ko sti kene jgk
Quote slyfynx 5-10-2021 05:48 PM
Die mcm ni la, ko bawak kete, hati2 mcm mana pun, ade kemungkinan nk eksiden, sama ada orang langgar, atau ade kerosakan kat jalan, or kerosakan kt kete.
Mende ni leh terjadi, cume peratusnye kurang
Quote Mulotkoyak 5-10-2021 08:38 PM
Nmpk sgt ko xbelajar tinggi.. Virus spread by air borne bodohhhh... Ko ni dh kenapa... Virus bkn sejenis yg meeayap mcm semut nok
Quote Iimaukasturi 5-10-2021 11:12 PM
Kalau kita dh berusaha.. Tp dh kena jugak.. Itu takdir.. Allah dah tentukan.. Percayalah ad hikmahnya
Quote mawarika 5-10-2021 11:17 PM
Biasanya yg berjaga2 ni selalu kena.. yg jenis tak berjaga ni tak Kena pulak.
Quote gideoncross 5-10-2021 11:25 PM
Edited by gideoncross at 5-10-2021 11:28 PM
mawarika replied at 5-10-2021 11:17 PM
Biasanya yg berjaga2 ni selalu kena.. yg jenis tak berjaga ni tak Kena pulak.

Iol dri Brunei yg msa ni kes Corona tiba2 mncanak naik & hri tu ada org ni post yg ada family member dia yg pling brhati2, blik krja trus mndi & brsihkn mcm2, last2 trkna Corona jugak.
Quote stania83 5-10-2021 11:43 PM
-heols n fam masa langkawi buka depa dulu sampai
_5 hari lepas makan makan kat tamarind square
- 4 oct dah book genting utk fam gath tapi nasib baik gomen cancel
-hmmm to some pergi jalan jalan is much needed.
Quote mawarika 6-10-2021 08:08 PM
gideoncross replied at 5-10-2021 11:25 PM
Iol dri Brunei yg msa ni kes Corona tiba2 mncanak naik & hri tu ada org ni post yg ada family memb ...

Ya betul. Mcm husband I pun mmg jaga sop betul2. Balik keje terus mandi. Bawa bekal pegi kerja sbb taknak mkn luar. Hand sanitize, spray dettol cukup lengkap. Tp positive jugak.. dia pun ckp x tau dpt dr mana sbb officemate semua negative. Mungkin time blanja brg dapur.. hmm...
Quote sleepandream 6-10-2021 09:01 PM
kawan iols buat ujian kendiri pakai test kit yg air liur tu positif...
lepastu pegi swab dgn kkm negatif pulak...
Quote Pujangga22 6-10-2021 10:24 PM
mostly yg berjaga2 tu selalu kena..ermm msh tak habis pikir ni..
Quote Adeakukesah11 6-10-2021 10:44 PM
sleepandream replied at 6-10-2021 09:01 PM
kawan iols buat ujian kendiri pakai test kit yg air liur tu positif...
lepastu pegi swab dgn kkm ne ...

Ni mmg btul sgt.
Hsband aku pn penah test pakai testkit, naik samar2. Punya la gelabah terus g buat pcr, alhamdulillah negative. So kesimpulannya, test kit tu tak reliable sgt punnn
Quote eely_shana 7-10-2021 05:34 PM
zaman covid ni, semua perlu berhati2
Quote enot_sibudak 7-10-2021 08:08 PM
semoga bertabah.. andai kita dh follow smua, nk buat mcm mna ujian utk hg.. mcm iols, sama la mmg menjaga SOP.. tp tiba2 kna kuarantin bila kna PUI sbb ank kontak rapat ngan kawan dia.. tp alhamdulillah kami smua negatif
Quote Dadooooo 7-10-2021 08:11 PM
mawarika replied at 6-10-2021 08:08 PM
Ya betul. Mcm husband I pun mmg jaga sop betul2. Balik keje terus mandi. Bawa bekal pegi kerja sbb ...

Uols amalkan jgak tak gargling tak lepas balik dri luar? Ngn listerine contohnya? And also nasal spray or cleaning?

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 11:14 AM GMT+8 , Processed in 0.142986 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top