|
Selepas berjaya membuka sebuah restoran francais terletak di Seberang Jaya, Pulau Pinang pada Ogos lalu, penyanyi Usop kini menjual pakaian terpakai atau bundle secara online di Instagram.
Meskipun bergelar seorang penyanyi terkenal, Usop atau nama sebenar Muhammad Saiful Naim Mohd Nor, 24, berkata dia tidak malu melakukan pelbagai pekerjaan bagi menambah sumber pendapatan. "Selain menguruskan gerai nasi kandar milik keluarga dan restoran Ayam Gepuk, saya kini mencuba perniagaan baharu pula iaitu menjual baju bundle berjenama di Instagram sejak seminggu lalu, setiap malam saya buat live dan pembeli boleh buat bidaan dan pilih baju-baju yang mereka minat. "Sejujurnya saya ni memang jenis tak reti duduk diam, apa-apa pekerjaan pun saya sanggup buat asalkan pendapatan halal... tak kisahlah orang nak kata pun.
"Saya tak malu mencari rezeki dalam pelbagai bidang, lagi pun tak salah ceburi bidang perniagaan bukannya saya merompak atau mencuri," katanya kepada mStar.
|
unguaurora replied at 6-10-2021 11:11 AM
Sesuai jual brg bundle
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-2-2026 01:26 AM GMT+8 , Processed in 0.333557 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.