CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Pasal-pasal Jokowi Kena Selesai Masalah Sijil Lahir Anak Sebab Nama Panjang

6-10-2021 05:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5568| Komen: 38

Ibu bapa kanak-kanak lelaki yang tular kerana mempunyai 19 perkataan dalam namanya menulis surat terbuka kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) ekoran kegagalan mereka mendapatkan sijil lahir buat kanak-kanak itu, lapor Suara.com.


Rangga Madhipa Sutra Jiwa Cordosega Akre Askhala Mughal Ilkhanat Akbar Sahara Pi – Thariq Ziyad Syaifudin Quthuz Khoshala Sura Talenta sebelum ini pernah tular selepas dilahirkan pada 6 Januari 2019 kerana mempunyai nama yang panjang.


Kredit foto: TribunNews

Bagaimanapun, meskipun kini berusia hampir tiga tahun, kanak-kanak itu dilaporkan tidak mempunyai sijil lahir kerana permohonan ibu bapanya untuk mendaftarkan namanya ditolak atas sebab terlalu panjang.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram akaun @memomedsos, ibu bapa kanak-kanak tersebut menulis surat terbuka untuk Jokowi bagi membantu menyelesaikan masalah mereka.


Selain mengadu bahawa nama kanak-kanak itu sering dijadikan bahan jenaka, mereka turut meminta agar Jokowi dapat menguruskan hal berkaitan sijil lahir.

“Mungkin bagi sesetengah orang yang tidak faham maksud sesuatu nama, nama anak kami dijadikan bahan ejekan dan jenaka.

“Jika di daerah ini kami gagal mendaftarkan nama anak ini, kami berharap agar Presiden Jokowi dapat membantu menjadikan nama itu sah di negara Indonesia,” ujar bapa kanak-kanak tersebut.

Hantaran itu menjadi tular dengan ramai netizen mengetengahkan pendapat masing-masing mengenai isu tersebut.



IG: Info Tuban

“Anda yang memberikan nama yang panjang kepadanya, sekarang Presiden yang perlu selesaikan. Waras atau tidak?” kata seorang netizen.

“Memang benar bahawa nama adalah satu doa, bahkan setiap kata-kata juga merupakan doa. Namun, apa yang perlu ditekankan di sini adalah sesuatu yang berlebihan pun tidak bagus,” kata seorang lagi.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote che-cikL 6-10-2021 05:06 PM
Selagi tak daftar, maknanya anaknya tu juga belum rasmi guna nama tu. Jalan yg senang dia tukar je Nama yg pendek, tapi dia pilih jalan Yang panjangggg sepanjang 3 tahun tak boleh selesai lagi. Keras kepala, selfish, pastu nak main blame game... Bluerghh
Quote kakikuDibibirmu 6-10-2021 05:15 PM
Nama kami Datuk Laksamana Megat Padang Jarak Padang Terkukur Putra Sangkuriang Prabu Sakti Ratna Galuh Chandra Kirana hakkkturrrrr keturunan Ayam Belanda

Ya Allah, panjang nya

[youtube]JgP1V5H7SRQ[/youtube]
Quote kakikuDibibirmu 6-10-2021 05:18 PM
Nur Fathaniah Thariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah binti Airol Anizam

Quote ninja9 6-10-2021 05:19 PM
che-cikL replied at 6-10-2021 05:06 PM
Selagi tak daftar, maknanya anaknya tu juga belum rasmi guna nama tu. Jalan yg senang dia tukar je N ...

dia mementingkan maksud nama sehingga menyusahkan pendaftaran anak, dah jd bahan ejekan, menyusahkan presiden, menimbulkan perdebatan, menyusahkan dirinya dan keluarga dia sendiri...  maksud apa sebenarnya sehingga sangup menyusahkan satu negara indonesia, hebat sangatkah untuk negara indonesia... ada kekuatan macam iron man kah spiderman kah nanti.. barangkali juga anak ini nanti adalah ratu adil yang dinanti-nantikan oleh ramai rakyat indonesia untuk memimpin mereka dizaman moden... tak faham aku knp bapak dia sangup buat mcm ni sebab itu setakat ini aku rasa tindakan dia adalah bodoh dan sungguh selfish

Quote darkness 6-10-2021 05:19 PM
Negara ko ni tak dak undang2 cuma 4 nama ja bulih pakai ka? Menyusahkan orang betul. Anak orang lain dah menjawab exam, anak ko masih terkial menulis nama. Ni nnamanya menyusahkan org
Quote Skuau 6-10-2021 05:29 PM
sini mari malesia..saiya panggil u worang...indon jugak-Abangla
Quote pooh~key 6-10-2021 05:33 PM
Akak syak anaknya dah besar nanti akan berdendam dengan apak dungunya sisthorrr….
Quote heythere123 6-10-2021 06:31 PM
parent dia jual ikan, that’s it
Quote Friska 6-10-2021 06:35 PM
Wartawan forum ini doyan banget berita dari negara saya ya
Quote aHoi83 6-10-2021 06:38 PM
Elok di limitkan aje. Lahir2 anak dah di susahkan
Quote merrissa 6-10-2021 07:50 PM
Menyusahkan betul
Buat nama rangga je pon dah sedap
Quote Dorotheas 6-10-2021 08:19 PM
Apa saja je... Tukar je la nama kasi pendek...
Quote nakkomenjugak 6-10-2021 08:41 PM
Uggggghhh nama panjang2 motipppp?
Adakah uols besarkan anak dengan setiap sifat disebalik makna nama tu?
Quote reddots 6-10-2021 08:48 PM
darkness replied at 6-10-2021 05:19 PM
Negara ko ni tak dak undang2 cuma 4 nama ja bulih pakai ka? Menyusahkan orang betul. Anak orang lain ...

Dh tu pula ada pasangan retis sana letak nama anak dgn  number plng.  Air Rumi Akbar 1453.. dah sah la xde udang  letak nama.. walaupun ngaku negara mereka negara hukum
Quote noor2 6-10-2021 08:51 PM
Friska replied at 6-10-2021 06:35 PM
Wartawan forum ini doyan banget berita dari negara saya ya

Nama penuh ko apa friska....
Quote Rayna90 6-10-2021 08:52 PM
Jual ikan punya parents. Sanggup biar anak tak ada documentation pengenalan diri selama 3 tahun semata mata sebab Maksud disebalik nama tu
Quote naina 6-10-2021 08:55 PM
Hanat je aku nampak
Quote mijot 6-10-2021 09:05 PM
mak bapak yang selfish...
Quote CikYaYaYa 6-10-2021 09:05 PM
kesian ko dikk dapat mak pak bengap. Sebab mak pak ko laa nanti ko kena ejek sebab nama. Pasty menyushkan org pulak nak daftar xboleh2. Padahal.blh jerr kot tukar nama yang lebih pendek

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.033828 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top