CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penjawat Awam Wajib Ambil Vaksin Covid-19, Kalau Ingkar Kena Hukum

7-10-2021 08:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3924| Komen: 7

Keputusan kerajaan mewajibkan penjawat awam mengambil vaksin Covid-19 berdasarkan pertimbangan tertentu adalah sah dari sudut pandangan syariah dan perlu dipatuhi serta tidak boleh dianggap menyekat kebebasan individu di negara ini, kata seorang pakar syariah.


Ketua Penolong Mufti (Penyelidikan), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Dr Syed Shahridzan Syed Mohamed berkata, berdasarkan Siasah Syar'iyah, apabila kerajaan sudah mewajibkan penjawat awam divaksinasi maka kelompok yang enggan patuh boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana ingkar arahan berkaitan kepentingan umum serta tidak bertentangan dengan syariat.


Dr Syed, Foto: Harian Metro

"Agama Islam melalui bidang Siasah Syar'iyah memberikan hak mutlak kepada pemerintah (kerajaan yang mentadbir) untuk mengeluarkan arahan tertentu dalam menguruskan keadaan darurat seperti penularan Covid-19.


"Tindakan tatatertib boleh dikategorikan sebagai hukuman ringan yang boleh dikenakan oleh kerajaan menurut Siasah Syar'iyah," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Syed Shahridzan berkata, vaksinasi adalah demi kepentingan umum dan bukan individu dan memerlukan kerjasama orang ramai untuk menjayakannya kerana sudah terbukti secara saintifik bahawa individu yang tidak divaksin boleh menyebabkan orang lain lebih mudah dijangkiti Covid-19.

"Dalam kes ini, kita menggunakan kaedah fiqah 'al-masalahatu al-'ammatu muqaddamatun 'ala al-maslahati al-khaassati' (kepentingan awam lebih diutamakan daripada kepentingan peribadi).

"Kerajaan boleh mewajibkan pengambilan vaksin Covid-19 ke atas penjawat awam atas dasar maslahat (kepentingan). Berdasarkan kelebihan yang diperuntukkan oleh Siasah Syar'iyah kepada pemerintah (kerajaan), ia boleh mewajibkan pengambilan vaksin Covid-19 ke atas semua rakyat di negara ini," katanya.

Menurut Syed Shahridzan, ini berpandukan kaedah fiqah lain yang menyatakan, 'tasarruful Imami 'ala al-ra'iyyati manutun bil maslahati' (keputusan kerajaan untuk rakyat dilaksanakan demi kepentingan mereka).

Beliau berkata, majoriti umat Islam di negara ini bermazhab Ahli Sunah Waljamaah yang mewajibkan taat kepada arahan pemerintah dalam perkara berhubung kepentingan umum dan tidak bertentangan dengan syariah.

Pada 30 September lalu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kenyataannya memaklumkan semua pegawai perkhidmatan awam Persekutuan diwajibkan mengambil vaksin Covid-19 dan mereka dikehendaki segera melengkapkan vaksinasi sebelum 1 November depan.

Menurut JPA, hampir 98 peratus pegawai sudah mengambil vaksin manakala kelompok yang belum mendaftar adalah kecil iaitu hanya 1.6 peratus membabitkan 16,902 orang.

Semua pegawai awam adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jahcomel 7-10-2021 01:33 PM
siapa awk y bcakap...


Kenyataan media tak valid... Surat pekeliling ikhtisas shj yang valid.... Setakat hari ini, semenjak kenyataan media dikeluarkan... Masih tiada lagi surat pekeliling mewajibkan badsin ini dikeluarkan....Dan boleh kata tak mgkin keluar kot...
Untuk keluarkan pekeliling, dan. Mewajibkan vaksin pula, perlu melangkaui perlembagaan negara... Perlembagaan negara adalah law yg paling tinggi.. mudah kata, nak mewajibkan vaksin ni boleh dikatakan hampir mustahil.. Kalau fight kat mahkamah pun insyaallah boleh menang sangat..
Quote JessePinkman 7-10-2021 02:11 PM
jahcomel replied at 7-10-2021 01:33 PM
siapa awk y bcakap...



Betul. Perlembagaan undang2 tertinggi. The most supreme law.

Mewajibkan vaksin melanggar perlembagaan.

Quote naina 7-10-2021 03:09 PM
jahcomel replied at 7-10-2021 01:33 PM
siapa awk y bcakap...



Dia main sentimen agama plak..ingat netizen zaman sekarang boleh ditakut2 kan dengan agama ke..
Quote jahcomel 7-10-2021 03:14 PM
naina replied at 7-10-2021 03:09 PM
Dia main sentimen agama plak..ingat netizen zaman sekarang boleh ditakut2 kan dengan agama ke..

x beksin masuk neraka
Quote farhani87 7-10-2021 06:34 PM
jahcomel replied at 7-10-2021 01:33 PM
siapa awk y bcakap...



Harini bos iols kata nak keluar pekeliling dah. Sama2 lah kita tunggu ya.
Quote Radzor 7-10-2021 07:50 PM
Oo dah wajib dah skrg.. so kj tipu ke ape? Munafik?
Quote jahcomel 7-10-2021 08:25 PM
farhani87 replied at 7-10-2021 06:34 PM
Harini bos iols kata nak keluar pekeliling dah. Sama2 lah kita tunggu ya.

Tunggu n lihat je lh

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.028143 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top