CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Siti Nordiana Heret 5 Orang Ke Mahkamah Pertengahan Oktober Ini, Zoey Rahman Antara Saksi

7-10-2021 02:29 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 25745| Komen: 121|Original author: Oleh: Cari-Saiful

Usaha Siti Nordiana nak heret lima individu ke mahkamah bagi kes saman fitnah nampaknya masuk ke episod yang ditunggu-tunggu apabila dia bakal memberi keterangan dari kandang saksi, bermula pertengahan bulan Oktober.


Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan agar perbicaraan penuh bagi kes yang difailkan hujung Julai lalu diadakan pada 15 Oktober dan 20 Oktober.

Peguambela Nurul Hafidzah Hassan yang mewakili Sam Samin dan Aida G. menyatakan akan mengemukakan tujuh orang saksi.

Kredit foto: IG


Antara saksi yang akan dipanggil semasa perbicaraan ialah Zoey Rahman, pelakon yang pernah dikaitkan dengan Siti Nordiana."

Sebelum ini Nurul Hafidzah menyatakan Nana tidak mempunyai asas kes bagi saman fitnah tersebut kerana menyifatkan anak-anak guamnya tidak pernah mengeluarkan sebarang pernyataan fitnah.


Dia turut berpendapat kes saman itu tidak memenuhi kesemua elemen bagi individu yang ingin mendakwa pihak-pihak yang dikatakan memfitnah.

"Pada setakat ini dokumen, fakta-fakta yang dipersetujui dan fakta-fakta untuk dibicara telah pun difailkan. Kami belum menerima senarai saksi daripada Siti Nordiana dan mungkin akan dibekalkan pada hujung minggu ini." -CARI

1

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tokeybundle 7-10-2021 02:38 PM
Bagus nana
Heret je ke mahkamah
Padan muka
Sedap je nak kutuk2 org
Quote AshkieLa 7-10-2021 02:41 PM
justice for you ct nornana...
Quote supermum 7-10-2021 02:42 PM
Harap Nana memang
Quote Mamioomami 7-10-2021 02:42 PM
Tak paham aku.. Nape depa xmau mintak maaf masa mula2 dulu. Bajet takkan jadi panjang cerita ke macam mana.
Quote Orix 7-10-2021 02:44 PM
jeng...jeng...jeng.... zoey dipanggil sbg saksi...
Quote missyL 7-10-2021 02:47 PM
Nti mesti yg 5 org tu play victim.
Terutamanye 3 org syura lan bini die
Quote LembingDayanti 7-10-2021 02:56 PM
terus terasa nak karok lagu Nazam Berkasih ramai ramai weekend ni
Quote LipasComel 7-10-2021 03:01 PM
go go go nana! niat utk pengajaran, jgn nk membawang terbuka sangat sampai boleh effect periuk nasik orang!
Quote marchikobonzo 7-10-2021 03:09 PM
Semoga nana menang!!
Quote cikperiukkera 7-10-2021 03:15 PM
Good luck ct nana!
Quote Cik_jantung 7-10-2021 03:17 PM
Edited by Cik_jantung at 14-1-2022 07:56 AM

..........
Quote charlizetheron 7-10-2021 03:19 PM
So boleh tau la kan nanti siapa yg jadi Batu api  
Quote Normabaru 7-10-2021 03:30 PM
cpt jugak kes ni dibicara eh…kes kwn kaka dr thn lps xsetel lg.huhu
Quote dewi_rina 7-10-2021 03:43 PM
Lan dengan bini dia dah kaya kan? Boleh lah bayar saman sebelah mata je.. Pastu buat bisnes telekung. Tajuk telekung, telekung membawang.
Quote anony-mous 7-10-2021 03:55 PM
Mamioomami replied at 7-10-2021 02:42 PM
Tak paham aku.. Nape depa xmau mintak maaf masa mula2 dulu. Bajet takkan jadi panjang cerita ke maca ...

Ego kan? Klau mntk maaf nampak mcm bersalah pdhal mmg salah pon. Sng ckp sbb depa nk tegakkan benang yg basah
Quote KamikuP 7-10-2021 03:57 PM
i sokong nana sbb yg membawang tu semua kepam miskin lagi hina
Quote OyaTonggek 7-10-2021 04:13 PM
bawak...jgn x bawak....
Quote Marylis 7-10-2021 04:15 PM
dewi_rina replied at 7-10-2021 03:43 PM
Lan dengan bini dia dah kaya kan? Boleh lah bayar saman sebelah mata je.. Pastu buat bisnes telekung ...

kat telekung tu bubuh gbr bawang ... hahaha
Quote makadek 7-10-2021 04:18 PM
Banyak duit mengkome

Aish

Lihat semua komen(121)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.040049 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top