CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sakit Sendi, Sakit Kepala, Dehydration, Loya- Doktor Bingung, 24 Kanak-Kanak Maut Akibat Demam Misteri

8-10-2021 09:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4230| Komen: 15

Pihak berkuasa di India kini sedang bertungkus lumus mencari jawapan disebalik kematian mengejut 24 orang kanak-kanak yang dikatakan mengalami demam misteri.

Media melaporkan, lapan daripada kanak-kanak terbabit mati beberapa jam selepas jatuh sakit di Utara India.

Pasukan perubatan di Palwal, Haryana masih gagal menjelaskan punca demam misteri terbabit dan siasatan masih lagi dijalankan.

Pakar mendakwa, virus tersebut menyebabkan sakit pada sendi, sakit kepala, dehydration dan rasa loya.


Foto: Mirror UK

Tiga kanak-kanak berusia tujuh tahun dan seorang kanak-kanak berusia sembilan hari meninggal pada Jumaat (1 Okt), menjadikan angka kematian setakat ini 24, lapor News 18.


Media tersebut melaporkan ada diantara penduduk tempatan tidak dapat ke hospital disebabkan banjir yang melanda.

Seorang pegawai kesihatan dilaporkan berkata, sampel telah diambil untuk membantu siasatan berhubung punca demam misteri ini.

Ibu bapa salah seorang kanak-kanak dilaporkan memberitahu media tempatan bahawa anak mereka mati selepas dibawa ke hospital akibat demam.

"Anak saya mengadu demam pada petang Khamis, dia dimasukkan ke Kolej Perubatan Nalhad untuk mendapatkan rawatan tapi dia meninggal pada petang yang sama," katanya.

Seorang lagi ibu bapa mendakwa anaknya mengalami simptom yang sama dan meninggal pada keesokkan harinya.

Lebih 50 orang, kebanyakannya kanak-kanak meninggal disebabkan demam misteri pada bulan Ogos lalu.

Kematian yang tinggi ini menimbulkan kegusaran dalam kalangan ibu bapa dan juga doktor.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak ada rawatan khas bagi demam terbabit.

Pakar di beberapa daerah terlibat -Agra, Mathura, Mainpuri, Etah, Kasganj dan Firozabad, percaya dengue, iaitu salah satu penyakit yang disebarkan oleh nyamuk, mungkin menjadi antara penyebab kematian. - CARI

Sumber: mStar/The Mirror UK

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airmineral 8-10-2021 09:35 AM
adoi sakit apa plk yg muncul ni{:freak
Quote Suchi 8-10-2021 09:41 AM
Risau ngn berita gini,rasa dejavu terimbas kembali ke penghujung 2019 masa tu ada kuar gak berita lebih kurang gini.
Tapi cam biasa kita baca gitulaa pikir oh nanti ok la tu.

Takda siapa yg menyangka dan menduga
Quote Simunggu 8-10-2021 09:45 AM
aduh kasing...penyakit apa lagi ni...???
Quote darkness 8-10-2021 09:46 AM
Semoga keadaan kembali pulih
Quote Nnasda53 8-10-2021 10:05 AM
Moga baik2 ja hendaknya.
Quote twins 8-10-2021 10:41 AM
kalau tengok simtom sakit sendi, sakit kepala, demam ... mcm cikukunya (tak ingat aku nama sebenar sakit ni...) jer...kalau cikukunya kat Malaysia pun ada... tp tak pasti melibatkan kematian ke tak



Quote slyfynx 8-10-2021 10:51 AM
twins replied at 8-10-2021 10:41 AM
kalau tengok simtom sakit sendi, sakit kepala, demam ... mcm cikukunya (tak ingat aku nama sebenar s ...

chikungunya

Dulu ramai kawan2 kene. 2 minggu gak la nk kebah.
Ok, sile jgn la bg kemasukan orang2 asing tanpa sebab buat mase ni.
Satgi merebak lg merata
Quote mejaputih 8-10-2021 10:58 AM
slyfynx replied at 8-10-2021 10:51 AM
chikungunya

Dulu ramai kawan2 kene. 2 minggu gak la nk kebah.

boarder malaysia dah bukak utk rakyat india...jaga2...
Quote nakkomenjugak 9-10-2021 01:24 AM
Bila ramai sangat manusia
Macam2 penyakit wujud
Tu pun nak gakkk ramai kan ummah lagi
Quote Cik_jantung 9-10-2021 01:32 AM
Edited by Cik_jantung at 14-1-2022 08:05 AM

..........
Quote Cintakapuri 9-10-2021 01:40 AM
Mcm gejala chikungunya je...
Quote Dadooooo 9-10-2021 02:39 AM
twins replied at 8-10-2021 10:41 AM
kalau tengok simtom sakit sendi, sakit kepala, demam ... mcm cikukunya (tak ingat aku nama sebenar s ...

Atau pon RSV(Respiratory syncytial virus)  yg mmg agak bahaya kalau infants toddlers kena or org yg immune lemah sgt.. .
Quote naina 9-10-2021 09:42 AM
Amalkan lah kebersihan wahai India
Semoga virus itu tidak terlepas ke mana2 negara
Quote CardiGans85 9-10-2021 10:12 AM
slyfynx replied at 8-10-2021 10:51 AM
chikungunya

Dulu ramai kawan2 kene. 2 minggu gak la nk kebah.

Betul siap bintat2 merah kulit dan Sakit sendi macam nak mateyy kata kwn baik aku yg kena thn 2019.
Quote AbukRokok 9-10-2021 10:20 AM
variant loki

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.140038 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top