CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Harga Kurang RM30, Fazura Terharu Permaisuri Selangor Pakai Tudung Jenamanya

8-10-2021 09:39 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5845| Komen: 18

Selepas menerima seutas rantai, aktres popular Fazura sekali lagi menzahirkan rasa terharu selepas Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman berkenan mengenakan tudung daripada jenamanya iaitu Tudung Fazura.


Fazura menerusi sebuah hantaran Instagram semalam memuat naik ebberapa keping foto yang memaparkan Permaisuri Selangor berkenan memakai sehelai tudung berwarna biru muda dan bercorak bunga ketika berangkat hadir ke sebuah majlis penyampaian sumbangan semalam.

Menurut pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu, dia berasa kagum apabila melihat seorang wanita berpangkat Permaisuri mengenakan sehelai tudung berharga RM27.

Foto: IG


“Redup pandangan, sejuk mata memandang, dari mata turun ke hati. Saya sangat kagum, bersyukur dan berbesar hati melihat Tengku Permaisuri Selangor berkenan mengenakan Tudung Fazura.


“Dalam kita sering didendangkan dengan kisah-kisah hartawan, sungguh menginsafkan melihat seorang permaisuri negeri berkenan mengenakan tudung dengan harga kurang daripada RM30,” kata aktres berusia 38 tahun itu.



Malah, isteri kepada aktor Fattah Amin itu juga berharap sikap rendah diri Tengku Permaisuri Norashikin dapat dijadikan teladan yang baik untuk semua rakyat jelata.

“Dari telaga yang jernih, tidak akan mengalir air yang keruh. Siang menjadi angan-angan, malam menjadi buah mimpi. Suri teladan seluruh negeri.

“Junjung Kasih Tuanku. Semoga Allah SWT terus merahmati Tengku Permaisuri Selangor,” ujar pemilik nama lengkap Nur Fazura Sharifuddin itu.


Terdahulu, hubungan baik antara Tengku Permaisuri dengan Fazura bukan lagi perkara asing dalam kalangan netizen selepas dia beberapa kali menerima hadiah istimewa daripada isteri kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah itu.

Semalam, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menghadiahkan seutas rantai berlian buat puteri kesayangan Fazura iaitu Nur Fatima Aisya sempena ulang tahun kelahiran yang pertama.




Sebelum ini, Fazura juga pernah menerima kepingan syiiling emas dan beberapa naskhah buku agama daripada Tengku Permaisuri Selangor. -CARI

Sumber: Kosmo
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tapirbiru 8-10-2021 10:00 AM
woii mangkak tuan tanah.. fazura berak hang tak bukak benang ka? ada 1000 benang fazura .. combine je la ngok
Quote friedfishsoup 8-10-2021 10:06 AM
https://mforum.cari.com.my/forum ... 275451&mobile=2

Thread dah ada, merge kan please
Quote trexxxxxi 8-10-2021 10:11 AM
Alahaiiii thread kan dah ada
Quote sukacactus 8-10-2021 10:15 AM
Tudung je murah
Baju tu fr pieces by raeesa, riban2 sudah tentu
Quote electricopop 8-10-2021 10:28 AM
tapirbiru replied at 8-10-2021 10:00 AM
woii mangkak tuan tanah.. fazura berak hang tak bukak benang ka? ada 1000 benang fazura .. combine j ...

Hahahaha!  Lawakkk!
Quote Buritan 8-10-2021 10:35 AM
Semalam aku dengki ngan timoh.. hari ni aku dengki ngan mak timohhh... koh koh
Quote dua_chzy 8-10-2021 10:41 AM
Queen Selangor ni kan, macam ada woman crush kat Fazura tau.
Quote dudaberhias 8-10-2021 10:43 AM
eeee thread dah ada dikkk... jangan la buka thread pasal orang sama banyak2 nanti tiba2 orang satu lagi tu tak tenteram... mau dia buka juga 10 thread dia pakai nick hahahihi huhu dia tu...
Quote tulip-rain 8-10-2021 11:04 AM
Thread pemujaan lagi?? Banyaknya thread missfake. Sajelah tu nak menayang dia "baik" dgn kerabat.
Mane penyembah2 ni tak masuk lagi ke?
Semua yg missfake up kat IG, semua nak dibuat thread. Pastu berbondong lah pemuja2 dia masuk puji puja dia. Dahlah kat thread retis lain pun penuh pemuja dia OT pasal missfake.
Jaga2 ye. Jangan puja sembah sangat. Jap gi si faketua yg mmg suka perli dan gaduh dgn orang tu ade merempan ke, ade isu ke ape, tak cukup tanah pemuja lari nak menyorok.


Eh missfake tak tulis ke ayat feveret sheols dulu2, ..."i'm humble and honoured"
Quote Akubosannamatey 8-10-2021 08:23 PM
Beria type komen panjang2 ye. Dpat tips ke
Quote MontanaHannah 8-10-2021 08:50 PM
RM5 SAHAJA harga tudung tu ko jual RM30 ko claimed as murah??

Baik berpada-pada , jangan eosk laki tua dia mati ,laki ko yang  lawa tu dia rembat


dia berlaki tua bukan kita xtahu batang butoh sudah jem  ,kematu xde ransangan  jangan kata naik keras , kena potong dengan pisau pun xde rasa
Quote nakkomenjugak 9-10-2021 01:20 AM
Dah boleh stop dah pasal hal ni
Quote bakingsoda 9-10-2021 08:40 AM
sama je nak berlumba terpaling ngan lagi sorang
Quote naina 9-10-2021 10:17 AM
Yang Fazura pakai cantik kemas dan proper.
Yang permaisuri pakai nampak tak lawa dan selekeh. Macam budak sekolah rendah baru pakai tudung anak tudung tertarik ke belakang.
Quote naina 9-10-2021 10:19 AM
Buritan replied at 8-10-2021 10:35 AM
Semalam aku dengki ngan timoh.. hari ni aku dengki ngan mak timohhh... koh koh

Oi2. Tak baik dengki2. Jeles takpa kita jadikan inspirasi. Dengki ni busuk Ati weiii
Quote Buritan 9-10-2021 10:51 AM
naina replied at 9-10-2021 10:19 AM
Oi2. Tak baik dengki2. Jeles takpa kita jadikan inspirasi. Dengki ni busuk Ati weiii

Ye la mana tak dengkiii.. timoh haluih dpt hadiah mahai..aku yg dah tuek ni kena beli sendirikk..
Quote Buritan 9-10-2021 10:53 AM
naina replied at 9-10-2021 10:19 AM
Oi2. Tak baik dengki2. Jeles takpa kita jadikan inspirasi. Dengki ni busuk Ati weiii

Tak kira.. sbb timoh punya pasal nak dengkii jugak.. tak kire..
Quote Buritan 9-10-2021 10:58 AM
naina replied at 9-10-2021 10:19 AM
Oi2. Tak baik dengki2. Jeles takpa kita jadikan inspirasi. Dengki ni busuk Ati weiii

Satu lg ape beza dongki dgn jeles.. mcm sama jahh

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 03:23 AM GMT+8 , Processed in 0.071160 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top