CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Pecah Rekod Miliki Ginjal Terbesar, Sampai Ganggu Organ Lain

8-10-2021 10:13 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3866| Komen: 10

London: Seorang lelaki berjaya menjalani pembedahan membuang buah pinggang yang terlalu besar sehingga mengganggu organ dalaman lain.

Lapor Mirror, Warren Higgs, 52, dari Windsor menderita penyakit ginjal polikistik (PKD) yang menyebabkan organ itu terus membesar sehingga 45 kilogram.


Keadaan itu menyebabkan dia tidak dapat bergerak dan mengalami kesakitan berterusan sehingga lumpuh sebelah badan selepas ditimpa tiga kali strok.


Kredit foto: Agensi

Buah pinggangnya menjadi semakin besar sehingga mengganggu jantung, paru-paru dan perutnya.

Higgs berkata, buah pinggang di sebelah kiri membesar dari 27 kepada 42 sentimeter (cm), manakala, belah kanan dari 28 ke 49 cm.


Pakar bedah memberitahu dia mencipta rekod baharu kerana ukuran ginjal paling berat di dunia.

Lelaki itu kini dalam proses pemulihan tetapi berdepan dengan proses dialisis yang meletihkan.

“Operasi pembedahan berjalan baik dan beransur pulih. Saya dimaklumkan ada kemungkinan 50/50 saya boleh mati akibat pembedahan itu, namun akhirnya berjaya.

“Tetapi apa yang memenatkan sekarang adalah perlu menjalani rawatan dialisis,” luahnya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 8-10-2021 10:48 AM
Pakar bedah memberitahu dia mencipta rekod baharu kerana ukuran ginjal paling berat di dunia.


Pastu tajuk ginjal terbesar
Quote supermum 8-10-2021 11:17 AM
Ginjal dia sama berat dengan badan aku fuhhh
Quote KIM.K 8-10-2021 11:38 AM
Dia angkut hampir 5 beg catfood merata rata
Quote stingermates 8-10-2021 11:51 AM
kesan pengambilan vaksin?

ginjal membengkak?

kahkahkahkahkahkah
Quote JohnyEnglish 8-10-2021 12:26 PM
Ganggu ORGAN lain rupanya.smlm bc mcm ganggu ORANG lain.
Quote najib888 8-10-2021 12:28 PM
supermum replied at 8-10-2021 11:17 AM
Ginjal dia sama berat dengan badan aku fuhhh

Ringannya hang.. mesti kuruih
Quote supermum 8-10-2021 01:57 PM
najib888 replied at 8-10-2021 12:28 PM
Ringannya hang.. mesti kuruih

Aku pendek hahaha
Quote najib888 8-10-2021 10:29 PM
supermum replied at 8-10-2021 01:57 PM
Aku pendek hahaha

Ok la..ringan pendek.. petite
Quote nakkomenjugak 9-10-2021 12:57 AM
Heol bawak berat lemak iol
Quote Ayda89 9-10-2021 05:52 PM
Omoo scary ya perut dia macam belon dah cucuk sekali pomm!

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 01:10 AM GMT+8 , Processed in 0.041124 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top