|
Hari ini boleh dikatakan penggunaan internet cukup popular dalam pelbagai peringkat umur. Apatah lagi jika platform itu mempunyai ciri hiburan dan menyeronokkan seperti Instagram dan TikTok. Baru-baru ini satu video yang memaparkan seorang budak lelaki sedang menari dengan latar muzik popular di TikTok telah meraih perhatian ramai. Manakan tidak video itu dirakam secara curi-curi tanpa disedari oleh adik ini. Dalam video itu kelihatan budak lelaki ini sedang ralit menari TikTok dengan gerakannya tersendiri. Turut kelihatan beberapa lelaki sedang berdiri dan menyedari anak kecil ini membuat tarian tersebut. Berikut adalah video budak lelaki ralit menari TikTok dirakam curi-curi yang dikongsikan ini: Bersungguh betul gaya anak ini menari sampai tak sedar diri dirakam dari belakang! Perkongsian video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun faezuanhakim ini telah meraih lebih 370 ribu tontonan dan 50 ribu likes. Malah reaksi lelaki di sebelahnya itu yang tertawa membuatkan si perakam juga tidak tahan untuk turut sama ketawa melihatkan gelagat adik ini. Apa-apa pun terima kasihlah ya dik hiburkan kami! -CARI
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 04:47 AM GMT+8 , Processed in 0.467584 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.