Entah apa yang berlaku dalam rumah tangga pelawak, Shuk Sahar sehinggakan pihak berkenaan masing-masing berbalas status hantaran. Terbaharu, isteri Shuk, Rossa Sera memuat naik hantaran sedih, seolah-olah telah memberi peluang kepada seseorang tetapi dilukai berkali-kali dan hanya anaknya menjadi pengubat. Ramai yang berspekulasi bahawa Shuk kembali membuat onar, betul ke? Malahan beberapa status sebelumnya menyatakan yang kekesalannya terhadap seseorang.
Bukan itu sahaja, Rossa turut memuat naik perbualannya bersama Shuk yang berjanji untuk berubah tetapi tidak mempercayainya lagi. |
ADVERTISEMENT