CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Faizal Azumu Nikah Hanya Sekali, Bahagia Dengan Isteri

12-10-2021 09:08 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7750| Komen: 26

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menafikan beliau telah bernikah dengan selebriti terkenal, Erra Fazira seperti yang didakwa.

Ahmad Faizal turut menegaskan bahawa, seumur hidupnya beliau hanya pernah bernikah sekali dan amat bahagia bersama isteri serta anak-anaknya.


Foto: Kosmo

“51 tahun hidup, saya pertama kali dapat soalan begitu dan saya sebenarnya pernah bernikah sekali. Itu pun dengan isteri saya dan saya amat bahagia dengan isteri dan anak-anak saya” katanya.

Perkara itu dimaklumkan semasa beliau menjawab soalan oleh Senator Datuk Razali Idris yang mahu mendapat kepastian susulan tular dakwaan kononnya Ahmad Faizal bernikah dengan Erra Fazira.


Meskipun pada mulanya, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim tidak membenarkan Ahmad Faizal menjawab soalan itu kerana di luar skop tumpuan, Ahli Parlimen Tambun itu tetap menjawab soalan tersebut.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan, tular di media sosial kononnya Erra Fazira sudah berkahwin dengan Ahmad Faizal sekaligus menjadi isteri kedua bekas Menteri Besar Perak itu. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 12-10-2021 09:11 AM
[tiktok]7017718141480471835[/tiktok]
https://www.tiktok.com/@hanisyaomakkau/video/7017718141480471835

Gambar asal (skrol le):

[ig]https://www.instagram.com/p/CUplBE0vQSu/[/ig]
https://www.instagram.com/p/CUplBE0vQSu/
Quote cutieslilies 12-10-2021 09:14 AM
mmg kalau khatam kene letak hashtag ke?

so kalau 20x khatam buh #20xkhatamquran ???

bingainyaaa
Quote tumpanglalu74 12-10-2021 09:16 AM
cutieslilies replied at 12-10-2021 09:14 AM
mmg kalau khatam kene letak hashtag ke?

so kalau 20x khatam buh #20xkhatamquran ???

[attach]595839[/attach]
Quote KamikuP 12-10-2021 09:49 AM
Betoi ke EF ni taste kat Peja..
Quote uori 12-10-2021 09:52 AM
KamikuP replied at 12-10-2021 09:49 AM
Betoi ke EF ni taste kat Peja..

taste kat uwang barangkali
Quote stingerkotex 12-10-2021 09:58 AM
cutieslilies replied at 12-10-2021 09:14 AM
mmg kalau khatam kene letak hashtag ke?

so kalau 20x khatam buh #20xkhatamquran ???

Wajib...kalau tidak mana org nak tahu? Semua org can claim khatam quran.kheunz?

Tapi berapa kali khatam? Iteww yg membezakan syurga tingkat berapa kita dok nanti...

Sama juga seperti kata @greentea...semua org boleh claim beli chanel handbags...tapi berapa org yang boleh claim beli dari 31 rue cambon, chanel flagship store?..siap dgn kotak exclusive bearing the address lagi kheunz.?

See my level la katanya....


Kahkahkahkahakhakahkahakhakahkahkahkah

Quote tumpanglalu74 12-10-2021 10:07 AM
KamikuP replied at 12-10-2021 09:49 AM
Betoi ke EF ni taste kat Peja..

Uweeekkkkkkkkkkkkkkk!!!!

[attach]595845[/attach]

Masok sini:

https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1163054

Quote 3chanceno 12-10-2021 10:11 AM
Yang selalu berkata maniz cam madu eg.bidadari  buat isteri tulah boya abadi

Quote MissYouSayang 12-10-2021 11:01 AM
Sifir org politik ni bila kata no maknanyer yes!!!
Quote haifawehbe 12-10-2021 11:24 AM
sebelum ni pun dah ada ura2 gosip ni dari bekas wartawan utusan kalini jiran pulak konpemkan.. maybe ikut style bung kot dulu x mengaku zizie bini dia last kantoi jugak.. iols susah sikit nk percaya ayat pak menteri ni..
Quote rospinki 12-10-2021 11:30 AM
eleh...tah diam2 dia suda berkawen.

ni derama dalam kain sajak
Quote funz_universe 12-10-2021 11:40 AM
Dok tengok2 muka dia ni, macam ada iras2 husband kawan fb pulak. Kawen dua jugak lakinya itu. Tapi nampak happy2 je lah sebab lakinya macam dominan
Quote RatuDunia94 12-10-2021 12:00 PM
Berdasarkan kes2 lepas kalau story mcm ni BETUL! ko ingat netizen Malaysia ni saje nk buat cite ker.
Quote misuke 12-10-2021 12:02 PM
nafi pulak. Kalo ko menipu, semoga kena panah petir
Quote shark_eow7 12-10-2021 12:06 PM
semoga berbahgia tu je nak cakap.
Quote chinta89 12-10-2021 01:22 PM
dah tu jirannya kata ada majlis kawin tu, sape yg nikoh nya??
Quote Orix 12-10-2021 01:26 PM
muka dia cm lan pet pet... 2x tgok kalau org kata dia peserta maharaja lawak pun iols purcaya 100% tanpa syak wasangka gituh
Quote Kitty_catz 12-10-2021 01:30 PM
alah kut meols bini si peja ni, memalam masa tido meols snip aje la tote heols, campak dlm  tong taik

kan binik peja doc pakar tu...
Quote nakkomenjugak 12-10-2021 05:56 PM
So angin dah menderu pokok da konar baring

Kenapa mesti ratu dan kenapa bukan si kemut or mendosa or etc? Haaaa gituuuuu

Mestiii ada jawapannya kenapa ratu dikaitkan dengan ko

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 09:23 PM GMT+8 , Processed in 0.164188 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top