CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Cina, Melayu? Jika Ada Keserasian Dengan Gadis India Pun Jalan Sahaja,"- Alvin Chong

12-10-2021 09:49 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5391| Komen: 10

Jika ikutkan, kehidupan penyanyi dan pelakon, Alvin Chong, 30, cukup dekat dengan masyarakat Melayu. Bukan sahaja selesa berkawan dengan orang Melayu, malah memilih berada di pasaran Melayu untuk anjakan kerjaya lakonan dan nyanyiannya.


Bagaimanapun, penyanyi lagu Sayang Salmah belum terfikir akan memilih bangsa calon jodohnya, biarpun pernah digosipkan menjalinkan hubungan cinta dengan gadis Melayu.

Secara jujurnya, Alvin mengakui, dia belum berfikir sejauh itu.

Foto: IG

"Bercakap soal kahwin, belum pernah terdetik dalam hati saya mahu berkahwin dengan gadis Cina, India, Melayu, Iban atau sebagainya. Jika saya rasa ada keserasian dengan gadis India sekalipun, saya tidak kisah, jalan sahaja.


"Cuma, sekarang saya tidak fikir banyak soal jodoh. Saya sedar ada tertanya-tanya memandangkan ramai rakan saya di kalangan orang Melayu. Saya juga dilihat cuba menyelami budaya dan adat Melayu.

"Saya bersahur, berpuasa, meraikan Aidilfitri dan sebagainya. Ini disebabkan saya menghormati rakan saya yang kebanyakan orang Melayu.



"Saya pun bercakap bahasa Melayu lebih banyak daripada bercakap bahasa Kantonis atau Mandarin.

"Jadi, apa sahaja yang dilakukan atas dasar hormat. Saya juga tidak akan melakukan perkara yang tidak sensitif dengan umat Islam," katanya kepada BH Online.

Bagaimanapun, Alvin mengakui, tuahnya lebih menyebelahi di pasaran Melayu, apatah lagi, lagu Sayangku Salmah mendapat sambutan baik, malah, menjadi tular di aplikasi TikTok.


Namanya juga membolosi calon awal bagi kategori Penyanyi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34, namun, gagal ke peringkat Top 5.

"Saya tak sangka dan tak pernah fikir sebab lagu tidak dimainkan di stesen radio, penstriman pun kurang jika mahu dibandingkan penyanyi lain.

"Saya bersyukur pencalonan awal ABPBH 34 menyebabkan orang akan lebih mengenali saya sebagai penyanyi.

"Sebelum ini, masih ada yang tidak tahu saya boleh menyanyi. Pencalonan ini juga mungkin membantu orang mendengar lagu-lagu saya," katanya.



Alvin berkata, dia tidak pernah menduga lagu berkenaan mendapat sambutan baik, malah, menjadi tular di aplikasi TikTok.

"Lagu Sayangku Salmah antara lagu yang pendengar suka. Mereka tidak menyangka penyanyi berbangsa Cina seperti saya boleh menyanyikan lagu seperti ini.

"Jadi, ini adalah karya segar buat pendengar.

"Nama Salmah sendiri sangat sinonim dan dekat dalam komuniti Melayu. Saya rasa setiap orang mesti ada kawan atau ahli keluarga bernama Salmah.



Ketika berkongsi lagu Sayangku Salmah dalam aplikasi TikTok, ramai komen dan memberitahu memiliki kawan bernama Salmah," katanya yang mempunyai 1.9 juta pengikut dalam laman popular itu.

Penyanyi kelahiran George Town, Pulau Pinang itu berterima kasih kerana pendengar yang menyokong lagu Sayangku Salmah.

"Saya kini sedang mencari lagu bergenre seperti ini untuk dijadikan single seterusnya," katanya.



Dalam perkembangan lain, Alvin berkata, jadual lakonannya penuh sehingga tahun hadapan selepas beberapa bulan penggambaran tidak dapat dijalankan.

"Syukur, sekiranya semua berjalan lancar. Jadual saya penuh sehingga tahun hadapan. Saya akan memulakan penggambaran drama pada November ini, kemudian perlu menyelesaikan dua naskhah lagi yang masih tertangguh," kata pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 12-10-2021 10:33 AM
Comelnya......
Quote apedehal 12-10-2021 10:57 AM
Alvin, sean lee chinese yg cute..muka xtipikal bukit sgt
Quote trexxxxxi 12-10-2021 11:02 AM
Tak jadi nak marah reput cari
Bila ai lehat Ali eh Alvin ni cute

Ya awloh ampunilah nabila
Quote RatuDunia94 12-10-2021 11:49 AM
Heols mmg cute.. tp jd turn off bile dgr dia menyanyi.. x sedap! Tipikal suara cina..
Persoalan utama bukan sedia nk kahwin gadis melayu atau tidak. Tapi. BERSEDIAKAH CONVERT ISLAM?
Quote dejure 12-10-2021 02:40 PM
apedehal replied at 12-10-2021 10:57 AM
Alvin, sean lee chinese yg cute..muka xtipikal bukit sgt

Alvin ni lg cute compare sean lee..sean lee tu for muka tipikal cina malaysia.
Quote fizamn 12-10-2021 03:56 PM
patutla k pop habis.. adeline tsen mana erkk.. lama x nampak..
Quote miu84 12-10-2021 04:30 PM
Ala comeyyyyyyy. Yang video from tiktok dia tu dia kiss camera ehhh mengundang betul. Bergetar mutiara gadis gadis (dan acik acik) hijabis
Quote bankerpencen 12-10-2021 05:21 PM
dejure replied at 12-10-2021 02:40 PM
Alvin ni lg cute compare sean lee..sean lee tu for muka tipikal cina malaysia.

Ye sean tu sangat basic muka dia. Chinese guys kat tempat kerja i lagi banyak handsome lagi daripada dia tu.

Cina yang terpaksa masuk entertainment industry Melayu ni sebenarnya tak cukup berbakat or tak ada rupa, tu yang tak mampu nak join Chinese music/ent industry... dulu geng2 macam Guang Liang, Nicholas Teo, Fish Leong, Penny Tai - cina2 malaysia yang berjaya juga tebus market China/Taiwan sana.
Quote nakkomenjugak 12-10-2021 05:48 PM
Lohhh baya iol kahhh heol ni?
Quote makadek 12-10-2021 07:12 PM
Acik ttp ta menat spesis mata ripit walapun dia kiut ka sakalipom

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.179526 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top