CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Panjang Nyawa, Meteorit Jatuh Atas Katil Masa Tidur

12-10-2021 01:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4626| Komen: 8

Seorang wanita nyaris dihempap meteorit yang jatuh di atas bumbung rumahnya di Kanada baru-baru ini.

Ruth Hamilton dari Golden, British Columbia terjaga dari tidur apabila terdengar bunyi dentuman kuat pada siling rumahnya 4 Oktober lalu.


Dia kemudian mendapati terdapat debu pada mukanya.


Kredit foto: Ruth Hamilton/The Independent

Wanita itu kemudian bangun dari katil dan membuka lampu sebelum melihat terdapat seketul batu di atas katilnya.

Lantaran itu, dia menghubungi talian kecemasan 911 bagi mengetahui apakah sebenarnya objek berkenaan.

Difahamkan, seorang anggota polis yang tiba di tempat kejadian memeriksa batu itu dan mendapati ia bukan datang dari kawasan sebuah pembinaan.

Dia membuat kesimpulan bahawa objek berkenaan berkemungkinan berasal dari meteorit.

Ini adalah kerana sekumpulan orang menyaksikan satu lintasan meteor di sebuah tasik kira-kira 83 kilometer dari rumah Hamilton.


Sementara itu, sebuah syarikat insurans Hamilton menyatakan ia akan melihat sama ada meteor itu terkandung dalam perjanjian insurans diri wanita tersebut.

Menurut Pusat Kajian Meteorit Universiti Negeri Arizona, meteor ialah batu dari asteroid yang mengorbit matahari di angkasa lepas.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kluangman 12-10-2021 01:58 PM
Boleh jual batu ni.
Orang melayu dulu campur dalam besi keris
Quote Skuau 12-10-2021 02:37 PM
dh sentuh batu tu x??? dpt 'kuasa' x???
Quote mdhelmi 12-10-2021 03:06 PM
macam mana the cube boleh jatuh kat situ?
cuba anukan kat kereta boleh tukar jadi bumblebee tak
Quote kakikuDibibirmu 12-10-2021 05:28 PM
Akak lagi risau kalu bulan jatuh ke riba
Quote kelapaparut 12-10-2021 05:33 PM
mesti mahal batu ni mcm muntah ikan paus tu..
Quote jalfa 12-10-2021 05:41 PM
Hakak tu patut simpan batu ..tingat cite roswell
Quote nakkomenjugak 12-10-2021 06:01 PM
Ada superpower tak?
Boleh lekat2 kat dinding ke hape ke
Quote AbukRokok 12-10-2021 07:44 PM
kenapa xmeletup dan mengakibatkan kawah?

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 07:25 PM GMT+8 , Processed in 0.048498 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top