CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Bila Hantar Nama Pada Stesen TV Mereka Senyap Saja,"- Husna Mustaffa

13-10-2021 08:41 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6396| Komen: 16

Hampir semua pelakon kembali berada di lokasi penggambaran tanpa henti sebaik kebenaran melakukan penggambaran dibenarkan kerajaan sejak Julai lalu.

Bagaimanapun, pelakon dan model Sharifah Husna Syed Mustaffa, 34, sebaliknya sibuk mengeluarkan produk terbaharu untuk perniagaannya.

Foto: IG


"Memandangkan semua urusan dah dibenarkan dan semua sektor pekerjaan dah dibuka, saya sedang siapkan 'production' baharu untuk butik pakaian saya.

"Dah lama saya tak keluarkan koleksi baharu iaitu hampir setahun. Sebelum ini butik saya hanya keluarkan baju, tapi kali ini saya keluarkan koleksi tudung sekali. Keputusan ini dibuat kerana projek drama saya yang tertunda dijadualkan bermula semula dalam Disember depan," katanya.


Bagaimanapun, dia ada terbabit dalam beberapa drama sebelum ini antaranya Malaysian Ghost Stories dan beberapa program TV.



"Itu saja yang saya buat untuk masa ini. Saya akan mula sibuk dengan lakonan tahun depan. Habis saja, saya akan sambung drama yang tertunda kerana PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) lalu. Saya akan mula penggambaran untuk 20 episod RTM.

"Dalam pada itu saya menunggu tawaran sementara berbaki beberapa bulan yang ada untuk masuk ke tahun depan," katanya.

Pelakon drama Isteri Tuan Ihsan, Mencari Kiblat Cinta dan Hati Yang Tersakiti ini mengakui, beberapa produksi pernah bertanyakan jadualnya untuk penggambaran, namun tiada rezeki untuk berlakon.




"Bila hantar nama pada stesen TV mereka senyap saja. Mungkin bukan rezeki saya. Ada yang tawarkan, tapi jadual bertembung pula. Jadi, saya fokus pada perniagaan dulu.

"Buat masa ini, beberapa lagi drama dan telefilem lakonan saya belum ditayangkan. Saya sendiri pun belum pasti tarikh siaran drama terbabit," katanya.

Husna yang mula terbabit dalam lakonan sejak 2016 mengakui kebanyakannya ditawarkan watak sama dalam setiap drama.

"Banyak watak yang saya dapat sebelum ini agak sama. Dulu ketika saya baharu mula berlakon, saya selalu dapat watak pembantu peribadi bos. Malah, ia berterusan sehinggakan orang labelkan saya kalau berlakon saja mesti watak ini. Sekarang pula watak yang saya lakonkan kebanyakannya watak yang agak baik, lembut dan sopan," katanya.



Menurutnya, itu agak mudah untuknya kerana tidak jauh daripada personalitinya yang sebenar.

"Saya jarang dapat watak jahat. Pernah beberapa kali saya dapat dan agak mencabar juga buat saya.

"Sebabnya saya perlu berusaha lebih lagi untuk menjayakan watak itu. Saya juga ingin bawa watak 'split personality' iaitu seorang yang ada banyak personaliti dalam diri.

"Dari awal saya masuk bidang ini, saya nak sangat cuba bawa watak itu. Tapi, setakat ini belum ada rezeki lagi," katanya.



Husna sebelum ini mengakui sebenarnya tidak terfikir untuk menjadi pelakon.

Walaupun mempunyai minat, dia tidak pernah terpanggil untuk mencuba nasib.

"Sudah lebih empat tahun saya dalam bidang lakonan, cuma dalam tempoh dua tahun ini baru saya berlakon secara serius.



"Saya mengambil keputusan mengikuti kelas lakonan anjuran pelakon dan pengarah Zul Huzaimy untuk belajar asas lakonan. Alhamdulillah ia banyak membantu dan sekarang saya berlakon ikut yang diajar dan ditambah baik dengan pengalaman yang saya dapat sepanjang berlakon," katanya.

Dia yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak tiada masalah membawakan watak bercinta, namun dalam masa sama mengakui perlu mempunyai batas yang perlu dijaga. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kukukatablog 13-10-2021 08:47 AM
panjangnya artikel malas nak baca
Quote shernazz 13-10-2021 09:26 AM
Iols baca tang zul huzaimy jahhhhhh
Quote midori_katana 13-10-2021 09:49 AM
lawanya sheols...
Quote bintangct 13-10-2021 10:12 AM
midori_katana replied at 13-10-2021 09:49 AM
lawanya sheols...

dalam ig je lawa.. bila tgk dia dlm drama biasa2 je
Quote slyfynx 13-10-2021 10:19 AM
Bila hantar nama pada stesen TV mereka senyap saja. Mungkin bukan rezeki saya. Ada yang tawarkan, tapi jadual bertembung pula. Jadi, saya fokus pada perniagaan dulu.


So ade ke x sebenarnye?
Quote midori_katana 13-10-2021 11:03 AM
bintangct replied at 13-10-2021 10:12 AM
dalam ig je lawa.. bila tgk dia dlm drama biasa2 je

la .. yer ke?.. iols dah. lama tak tgk drama... tak kenal sgt pelakon.. dlm gambar atas sheols lawa betul..
Quote dekmieDandy 13-10-2021 12:23 PM
sapooo ni, tapi cantik

sesuai jadi mak-mak astro ceria
Quote nakkomenjugak 13-10-2021 06:36 PM
Whoisyuhhhhhhh?
Quote cheezel 13-10-2021 09:28 PM
dia berlakon kayu ke x
Quote hotmak 13-10-2021 09:37 PM
lawa dia ni, taktau ada berlakon juga ingat model tudung je
Quote misspokoyo 13-10-2021 09:37 PM

separa kayu.... blh lah untuk watak sampingan
Quote ipad2 14-10-2021 02:23 AM
Edited by ipad2 at 14-10-2021 02:26 AM

Butik hanalluna..lawa baju dia. Bagus la aktif balik bisnes. I rindu hanalluna!! sblm dia jadi artis lagi i mmg follow dia. Dia kan model pakaian/tudung. Penah jumpa depan mmg dia peloles lawa..tapi bab lakonan no komen. X penah mengikuti sgt.
Quote electricopop 14-10-2021 11:32 AM
She lawooo...
Quote sudirmanistas 14-10-2021 11:42 AM
misspokoyo replied at 13-10-2021 09:37 PM
separa kayu.... blh lah untuk watak sampingan

X boleh push sgt for main act. Maybe pasal ada sentimen dah kahwin tu kan.
Quote Nuyak 14-10-2021 12:05 PM
cantik je sebenarnya tapi sebab da berkahwin kan so kurang la famous..rasanya kalau single mesti boleh pergi jauh..
Quote de_ikea 14-10-2021 12:13 PM
manis husna niii.
tak sangka dah besar2 anak2nyaaa

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 01:10 AM GMT+8 , Processed in 0.207889 second(s), 46 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top