CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Imran Aqil Terkejut Bekas Kekasih Bertunang Dengan Yonnyboii

13-10-2021 08:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 18433| Komen: 83

Penyampai radio Hot FM, Imran Aqil yang juga bekas teman lelaki kepada tunang Yonnyboii mengakui terkejut dengan berita pertunangan penyanyi berkenaan.

Imran, 22, berkata, walaupun perit, namun dia mendoakan kegembiraan bekas kekasihnya, Nik Nazira dan Yonnyboii yang bakal berkahwin tahun depan.


Foto: IG

"Kami sebenarnya berkawan bermain 'game' bersama, jadi apabila putus cinta pada 9 September lalu, tidak sangka mereka akhirnya mengikat tali pertunangan.

"Walaupun hampir dua tahun menyulam cinta, namun kami tidak ada jodoh. Saya memilih untuk tidak membuka lagi kisah lalu dan memandang ke depan. Saya doakan mereka berbahagia, cuma buat diri saya, beri sedikit ruang dan masa," katanya kepada Harian Metro.




Imran yang juga finalis pencarian Hero Remaja 2020 yang menyandang kategori Hero Inspirasi itu berkata, dia mengambil pendekatan untuk memandang positif setiap aspek dan maju ke depan.

Di Hot FM, Imran mengendalikan segmen Hotflix yang bersiaran bermula jam 8 malam hingga 12 tengah malam.



"Walaupun agak kekok, namun tanggungjawab sebagai penyampai radio banyak memberi ilmu kepada saya. Banyak benda baru yang saya belajar dan penyampai lain turut memberikan tunjuk ajar.

"Memandangkan banyak aktiviti dilakukan pada sebelah malam seperti bermain badminton dan sebagainya, jadi saya perlu menukar rutin bagi menyesuaikan diri dengan tugas sebagai penyampai radio," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote babelina 13-10-2021 09:06 AM
"Imran, 22, berkata, walaupun perit, namun dia mendoakan kegembiraan bekas kekasihnya, Nik Nazira dan Yonnyboii yang bakal berkahwin tahun depan."

nk perit apa nya.. bekas kekasih kn.. saja jer nk create issue..
Quote shernazz 13-10-2021 09:17 AM
Alahai
Nak perit2.plak...
2 tahun takdak ikatan apa apa
Elok la pompuan tu bertunang dgn yoniboi
Harap berkekalan hingga akhir hayat..amin
Quote kikuri 13-10-2021 09:20 AM
perit jadahnya... bukannya yoniboi tu rampas awek dia pun... tayah acah2 perit sgt
Quote midori_katana 13-10-2021 09:24 AM
pompuan tu lawa... semoga berbahagia ke akhir hayat!
Quote akuMNdia 13-10-2021 09:25 AM
ko muda sgt lg dik oooiiii..
kerja & kumpul duit, kumpul harta, bahagiakan makpak  sambil enjoy your single life..
so takyah la acah2 perit sbb bekas gepren bertunang..bekas jer pun bukannya kena rampas.
Quote genUmi 13-10-2021 09:25 AM
taste pompuan ialah pada hidung
Quote tagas 13-10-2021 09:39 AM
Lu jage jodoh org lain bro
Quote 3chanceno 13-10-2021 09:45 AM
Apahal naik cerita nie di bodgos pulak??? Dah lama putus tak de isu pun
Quote Mulotkoyak 13-10-2021 09:47 AM
Yonnie tu nmpk cm baik je...
Quote syamzana 13-10-2021 09:48 AM
tahniah yonny, cantik tunangnya.
agaknya perit tgk "aku yg ada rupa sikit neh ko taknak, hak gitu jugak ko p bertunang"
Quote nuhanis 13-10-2021 10:05 AM
Aku tgk gambar yg TT tepek tu lawa2 sweet. Lantas aku gigih ke IG, then kat ig biasa2 le pulok
tunang beliau (gambar org tag kat story).
Quote bintangct 13-10-2021 10:08 AM
22 thn dah jd dj.. muda lagi
enjoy single life je la dulu
Quote Noraniza_Iblis 13-10-2021 10:11 AM
abg die dlu masuk hero remaja jgk..
tp die ni lg femes compare to abg die..
job pun byk..
Quote slyfynx 13-10-2021 10:20 AM
3 3 aku x bape kenal.
Tau nama je.
Hahahaha, aku dah tua
Quote Kurex 13-10-2021 10:30 AM
Iols kan ada
Quote Suchi 13-10-2021 10:36 AM
Yonniboi je iols kenal, ingt dia bbnu baru abis spm rupanya dah nak jd suami org dah.
Satu lg igtkan jenis tak minat cinta cintun ni yela lagu2 dia pun bukan jenis lagu  org putus cinta tu kan rupanya know know dah nk kawen dh pun.
Quote imanjannah 13-10-2021 10:47 AM
Edited by imanjannah at 13-10-2021 10:48 AM

tak payah nak terkejut bagai dik oii, nyampah aku
Quote stania83 13-10-2021 10:51 AM
cantik make up dia ..sebanarnya tunang dia biase jee mukaa
Quote electricopop 13-10-2021 10:52 AM
Kami juga terkejut mendengar berita ni. Sekian.

Lihat semua komen(83)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 11:18 PM GMT+8 , Processed in 0.054157 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top