CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tak Kenang Budi Dah Dibantu,"-Artis Wanita Reka Cerita, Fitnah, Burukkan Penerbit

13-10-2021 01:33 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 9758| Komen: 28|Original author: Oleh: Cari-Saiful

Penerbit Ayu Puteh kecewa dengan sikap tak kenang budi seorang pelakon baharu walaupun dah dibantu sejak dua tahun lepas.

Katanya, dia terkilan dengan pelakon wanita yang dah dianggap seperti anaknya sendiri.


Dakwanya, pelakon itu menabur fitnah dengan mereka-reka cerita dan memburukkan dirinya dan keluarga.


Foto: IG
"Saya betul-betul tak sangka. Sanggup dia melaga-lagakan keluarga saya sana-sini, selama ni saya menjaga dia macam menatang minyak yang penuh tapi ini balasan yang saya dapat.

"Saya bawa dia masuk dalam keluarga saya dan jadikan artis di bawah syarikat kami tapi akhirnya dia tergamak buat saya begini sampai huru-hara ahli keluarga saya. Bila benda dah banyak kantoi, kita tanya tak mengaku pula sebaliknya memilih terus berdiam diri, kononnya mangsa keadaan.


"Ibaratnya dah baling batu sorok tangan. Yang mendengar ceritanya pun boleh percaya bulat- bulat tanpa bertanya dengan saya dan keluarga dahulu. Saya mengamuk di laman sosial sebab apa yang dia cakap itu benda tak betul, fitnah!

"Sebelum ni apa sahaja yang dia mahu saya penuhi, saya layan dia macam anak sendiri, apa anak saya dapat dia pun merasa sekali. Saya beri dia tawaran kerja untuk naikkan nama dia, daripada orang tak kenal, sikit-sikit nama dia mula orang tahu," katanya kepada mStar.



Di Instagram, Ayu juga sempat meluahkan kekecewaannya.

"Tak perlulah orang tahu siapa pelakon itu... cukuplah orang tahu saya dah anggap dia macam anak sebelum ini! Selama ini kami sekeluarga layan dia begitu baik.

"Saya memang terkilan. Tak cukup lagi ke layanan baik kami sekeluarga sebelum ini? Cukuplah... Lepas ini jaga anak sendiri lebih baik... sikit pun dia tak bersyukur dengan apa dia dapat, memang tak sedar diri.


"Untuk berbaik seperti dulu dan terima dia semula, tak mungkin. Sampai sekarang dia tak ada hubungi saya untuk jernihkan keadaan... tidak rasa bertangungjawab. Nak ucap terima kasih jauh sekali. Mungkin juga silap saya sebab terlalu baik dan mempercayai orang, sudahnya memakan diri sendiri."

Okay,marilah kita teka siapakah gerangan artis yang tak kenang budi itu? -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sayangselasih 13-10-2021 01:55 PM
wanna ali tu memang anak kandung sheols kan?
Quote chinta89 13-10-2021 02:30 PM
sapekah pelakon ittewwwww
Quote cruz2 13-10-2021 03:47 PM
Lebih nk tahu masih berbaik ke dia dgn laki muda dia si aiman tu?
Quote Pujangga22 13-10-2021 04:03 PM
dah sama mcm kes cyst ngn ank angkt
Quote aldilla_zahraa 13-10-2021 05:09 PM
sayangselasih replied at 13-10-2021 05:55 AM
wanna ali tu memang anak kandung sheols kan?

iya anak kandung

Quote dejure 13-10-2021 05:16 PM
Igt dia gaduh dgn si laknat mj tu..sekali baca artis baru..dia ni lah yg puji2 laknak kaki solat dulu.
Quote bintangct 13-10-2021 05:48 PM
anaknya yg pelakon tu sebijik muka maknya..
ni sama kes mcm janna ke? ditatang bagai anak tup2 sentap.. gaduh
tak boleh buat biasa ke production hse ni? mcm david teo tu ok je haha tp iols xsure la
Quote bintangct 13-10-2021 05:59 PM
chinta89 replied at 13-10-2021 02:30 PM
sapekah pelakon ittewwwww

iols google drama dia yg ada pelakon isyarina atau bella bini aliff.
Quote nakkomenjugak 13-10-2021 06:57 PM
Siapakah pelakon ituuuu?
Quote takayama 13-10-2021 07:30 PM
Anak2 dia ke tu semua, yg dia kawen br tu ada anak ke?
time baik semua wangi bila dah busuk maka hbs diungkit jd buat baik tu berpada2
Quote anony-mous 13-10-2021 07:56 PM
bintangct replied at 13-10-2021 05:48 PM
anaknya yg pelakon tu sebijik muka maknya..
ni sama kes mcm janna ke? ditatang bagai anak tup2 sent ...

David teo pon bergaduh dgn wawa-aeril kesian DT padahal mmg salah pasangan tu langgar kontrak. Sng ckp penerbit ni xpyh buat baik dgn mana2 retis
Quote Nenasketum 13-10-2021 08:16 PM
Baeeek punya balut betik pakai sarung kaler kuning. Sori ek, acik tak kenal ko, pastu mamak atau paki tak leh caya ( belah laki ko ler tu termasuk ko gak ) hahaha
Quote missHaidiD 13-10-2021 09:00 PM
dejure replied at 13-10-2021 05:16 PM
Igt dia gaduh dgn si laknat mj tu..sekali baca artis baru..dia ni lah yg puji2 laknak kaki solat dul ...

Sapa mj tu kaka
Quote Cik_jantung 13-10-2021 09:12 PM
Edited by Cik_jantung at 15-1-2022 11:14 AM

..........
Quote pencintaABC 13-10-2021 10:12 PM
bintangct replied at 13-10-2021 05:48 PM
anaknya yg pelakon tu sebijik muka maknya..
ni sama kes mcm janna ke? ditatang bagai anak tup2 sent ...

David Teo pon pernah gadoh dgn Wawa Zainal-Aeril Zafril masa dorg kawin rahsia tu
Quote Pujangga22 13-10-2021 10:53 PM

yg dah blk US tu
Quote syidasaleh 13-10-2021 10:56 PM
missHaidiD replied at 13-10-2021 09:00 PM
Sapa mj tu kaka

Maikel jeksen mesia
Quote bintangct 14-10-2021 12:06 AM
anony-mous replied at 13-10-2021 07:56 PM
David teo pon bergaduh dgn wawa-aeril  kesian DT padahal mmg salah pasangan tu langgar kontrak.  ...

tp david xde la tatang depa dua tu kan hahah
kalo langhar kontrak mmg sendiri salah ler
Quote bintangct 14-10-2021 12:07 AM
pencintaABC replied at 13-10-2021 10:12 PM
David Teo pon pernah gadoh dgn Wawa Zainal-Aeril Zafril masa dorg kawin rahsia tu

ye la sendiri yg salah

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 07:18 PM GMT+8 , Processed in 0.065340 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top