Pernah dilabel sombong kerana tidak bersalam dengan wanita, pelakon Adam Corrie Lee Abdullah, 52, mendedahkan perubahannya itu mengambil masa untuk diterima orang sekeliling.
Adam Corrie berkata, dia tidak menafikan itu antara cabaran awal dihadapinya sewaktu baharu memeluk Islam, 14 tahun lalu. Namun, dia nekad demi berubah ke arah lebih baik. "Saya teringat dulu ketika awal pengislaman, saya masih lagi berjabat tangan dengan wanita. Tapi selepas sudah berkahwin, bidadari saya (isteri) maklumkan bahawa orang Islam tak boleh bersentuhan dengan berlainan jantina, haram. "Pada awalnya memang agak sukar untuk mengelak dari peminat dan rakan artis wanita yang hulurkan tangan untuk bersalam. Lama-lama saya rasa, perlu berani buat perubahan demi kebaikan.
"Jadi apabila rakan atau peminat wanita saya selalu hulur tangan untuk berjabat tangan, saya terpaksa kata 'minta maaf' sambil tangan letak di dada," katanya.
|
kucingitam replied at 13-10-2021 02:58 PM
masih takleh hadam dia selalu berlakon jadi jahat ganas2, tapi boleh jadi koreografer dan pandai me ...
Zaien replied at 13-10-2021 03:24 PM
kannnn.. dah la watak antagonis manjang..
ehhhh tiberrr dancer kauuuu hahaahhahaa
alhamdulillah ...
kucingitam replied at 14-10-2021 12:23 PM
haha tula..masa baru tau dulu 2-3 kali aku tanya member aku betul ke org yg sama...hahah..
kat fi ...
ADVERTISEMENT