CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Job Seeker Atau Majikan Tak Beradab?

13-10-2021 02:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7540| Komen: 40

Tular di Twitter mengenai pencari kerja (job seeker) dituduh tidak beradab oleh majikan atau bahagian pengambilan pekerja. 


Gambar hiasan


Isu tersebut mendapat perhatian warganet kerana  pencari kerja tersebut terus dihukum sebagai tidak beradab setelah menjawab soalan yang diajukan.

Berdasarkan tangkap layar perbualan mesej WhatsApp yang tular di Twitter ini, majikan syarikat berkenaan bertanya jangkaan gaji yang diingini kepada pencari kerja tersebut sebelum menyelarnya sebagai seorang yang tidak beradab kerana tidak memperkenalkan diri.







Dalam masa sama, pihak terbabit turut membuat teguran mengenai adab meminta kerja kepada pencari kerja tersebut.

Melihat mesej viral tersebut tersebar di Twitter, ramai warganet meluahkan rasa tidak puas hati terhadap cara majikan syarikat tersebut mengendalikan pengambilan pekerja.



Sebenarnya, cara kedua-dua belah pihak berkomunikasi kurang memuaskan, betul juga kata netizen kalau nak rasmi baik berinteraksi menerusi emel dan menetapkan tarikh untuk menemuduga calon secara empat mata barulah betul.

Dan dari situ, calon juga dapat bersedia lebih awal bagaimana untuk menghadapi penemuduga dengan rasmi dan penuh adab mencari kerja.

Sedar hantarannya tular dan hangat dibincangkan, pihak terbabit tampil memberi penjelasannya.








 

Sumber: Murai

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mdhelmi 13-10-2021 02:59 PM
HR patut suruh drop resume je

nah sape nk jenguk fb dia:
https://www.facebook.com/MachanicTechnologies/
Quote epal21 13-10-2021 03:04 PM
Edited by epal21 at 13-10-2021 07:05 AM

Netizen yg sentap tu mesti bbnu juga. Kira baguslah tu HR tu bagi juga feedback bagi tahu tips untuk apply kerja. Kalau iols jadi HR, iols block je terus no budak tu lepas dia mesej ala2 nak beli barang tu.
Quote kikuri 13-10-2021 03:26 PM
bbnu sekarang mmg cepat sentap..lepas tu jenis nak pastu nak dapat.. tadi pun aku nasihatkan opismate jawab wasap dalam bahasa formal.. sebab nak tukar kerja.. yang tanya dalam wasap walopon tanya dalam bahasa pasar tp ko kena jawab dalam bahasa formal... dr situ org boleh nilai attitude ko... mujo lah boleh terima teguran kita

jangan jadi ex intern opis aku.. bila tegur kenapa masuk lambat eh boleh pulak acah2 gangster berlagak nak mampus...
Quote cik_sssara 13-10-2021 03:34 PM
First impression is everything.

Nampak macam over, terlalu gigih, tapi benda ni lah diteliti dulu kalau ada email for intern/job.

Kalau dari awal lagi takde effort, apatah lagi bila dah kerja nanti.

Email panjang2 tu pun akan dibaca samada ayat sendiri atau too obvious copy paste. So, show some effort ye.
Quote NFBZCantik 13-10-2021 03:48 PM
aku rasa betul je apa HR tu cakap.

benda ni common je, yang marah2 ni mesti BBNU
Quote babelina 13-10-2021 04:02 PM
aku mmg setuju apa yg  HR nie buat.. yg cl tny jwtn kosong suara pn x kuar.. tkemut2.. yg dtg interview pkai bj ntah pape ntah.. ada yg dtg ngn legging la.. yg pkai skrit ngn bj off shoulder la.. adoiiii..
Quote chinta89 13-10-2021 04:43 PM
bebudak yg mcm nih mmg aku kalau bos aku x ambik pekerja.. x kira la email ke w/app ke, adab mana bila nk mohon kerja?
Quote kotakominami 13-10-2021 04:58 PM
Bebudak skang banyak yang lemau...nak mintak kije pon nak ikot geng. Takde geng tak nak kije. Masuk kije inisiatif takde menunggu je org suruh buat ape.tak boleh buat ko peram kije tu sampai jadi jeruk..tp kalu aku jadi hr tu aku ignore je..sebab nampak macam kepoyoan disitu.mungkin sebab byk hr yg deal perangi cam know-it-all gitu.salah org nampak salah dia tutop...ok..done bitter:-)
Quote epal21 13-10-2021 05:05 PM
cik_sssara: First impression is everything. Nampak macam over, terlalu gigih, tapi benda ni lah diteliti dulu kalau ada email for intern/job.Kalau dari awal lagi  ...


Khenssss. Lain lah kalau kita ni ketua puteri umno ke pejuanita ppbm ke,bolehlah buat sambil lewa. Ni kita nak minta kerja dgn orang. Adik kat dalam cerita ni,hantar mesej pun seketul gitu macam nak beli barang kat ig seller. Kira okay lah tu kena 'sekolah'  virtually je,jalau kena f2f mahu merah padam muka. Tak faham dgn bbnu sekarang,takde belajar ke dalam tahun akhir etika apply kerja,buat resume/cover letter etc?
Quote uori 13-10-2021 07:14 PM
tapi kalau tak salah, yang cakap nampak iklan ni di facebook tu autoreply bila klik link wasap tu. HR tu boleh tukar samada nak guna auto reply tu atau kosongkan, tapi dia letak untuk letak, ke dia tak tau. sbb tu main point utama kecoh kat twitter. jenis iklan kena klik link ni, tu yg payah, x macam bg emel. klik je terus masuk wasap. aku taulah sikit2 sbb penah handle fb bisnes buku kompeni aku. lagipun kalo nk cari keje kt fb mmg selalu tak semenggah
Quote nakkomenjugak 13-10-2021 07:39 PM
Takkkk
Apa yang nak dimarahkannnn???
Patut laaa deme budak2 baru masuk tempat keje iol ni macam longlai takde adab
Dah diajar untuk beradab melentingggg macam kita ni kacau awek/bf diorang!
Haaa sentapppp laaa komeeee sampai mamp...
Nak masuk tempat orang, kena laa beradab, first impression kena cantik
Apa jadahhhhh heyyyyy tak paham betul
Ingat tu member ko nak pakai bahasa wechat bagai
Bodohhhhh nyaaaaaaaaaaaaaa budak2 laaa ni!
Quote lattehazelnut 13-10-2021 07:44 PM
Nyahpah hr cmni mcm kampeni bapak dia punye..
So, suro je la drop resume kat email etc..
Knp nak judge org xbg salam or introduce kat whatsapp.. wtf men..
Quote ezacbee 14-10-2021 03:49 PM
Ada gak bbnu hantar email tanya pasal status jawatan yg dia apply.
Tulis dgn shorthand, cam aku paham sbb aku baca longhand

Belum lagi g iv dgn berlenggang. Tanya sijil semua, xbawak katanya.





Quote yondu 15-10-2021 07:35 AM
apa nak kata dgn adab budak2 zaman skg..tgk makcik pakcik komen pn da terikut2 style tak ada adab..circle tu pusing2 macamtu je
Quote Artemesiaa 15-10-2021 11:46 AM
Ramai yang lupa first impression tu penting bukan setakat kelulusan dan pengalaman je.  Dari situ majikan boleh nilai attitute si pemohon macam mana.  Nak bersaing dengan beratus pemohon yang lain kena ada stratyegy.
Quote gideoncross 15-10-2021 02:26 PM
epal21 replied at 13-10-2021 03:04 PM
Netizen yg sentap tu mesti bbnu juga. Kira baguslah tu HR tu bagi juga feedback bagi tahu tips untuk ...

Iol bca kat FB budak tu tkan link kat FB, so kluar lh msg camtu.
Quote BoongaKertas 15-10-2021 04:36 PM
diakui yg bbnu mmg mcm ni. seram memikirkan nasib msia di masa depan.
Quote epal21 15-10-2021 08:25 PM
gideoncross replied at 15-10-2021 06:26 AM
Iol bca kat FB budak tu tkan link kat FB, so kluar lh msg camtu.

So budak tu lagi teruklah maknanya. Maksudnya dia klik link fb tu tanpa sebarang kata2 aluan pun.
Quote Supersirap 15-10-2021 11:25 PM
Kalau syarikat tu jenis kapasiti yang kecil, memang x nya nak berikan gaji yang lumayan, lain lah GLC yang memberikan gaji sebagaimana dipasaran

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 05:25 PM GMT+8 , Processed in 0.065375 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top