PENGANTIN berlainan bangsa (dari kiri) Kanesan Sinnan, Tuvashini Pandian, Hakeemullah Ismail, Nurul Izzati Anuar, Raymond Hui dan Jess Heng. SHAH ALAM, 1 Disember : “Bukan sedikit perasaan gementar yang perlu saya hadapi apabila dinikahkan di depan ribuan hadirin termasuk keluarga dan saudara mara, tapi ini adalah pengalaman berharga yang tidak akan saya lupa sampai bila-bila,” kata Muhamad Izwan Saharin, 25. Muhamad Izwan selamat diijab kabul dengan pasangannya Nur Bariah Zakariah, 20, sempena Majlis Perkahwinan Perdana Belia Selangor 2013, di sini, semalam, bersama empat lagi pasangan pengantin. Beliau berkata, pengalaman meraikan hari bahagia yang diperoleh ini bukan saja begitu bermakna untuknya dan isteri, malah lebih menggembirakan ia diraikan bersama empat lagi pasangan yang turut dinikahkan semalam. Katanya, pada mulanya beliau dan isteri merancang bernikah awal tahun depan, namun dibatalkan kerana kerajaan negeri mempelawa mereka menyertai majlis perkahwinan perdana. “Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal, saya dan isteri teruja bila ditawarkan menjadi antara lima pasangan yang akan dinikahkan secara beramai-ramai hari ini (semalam) selain beberapa kelengkapan perkahwinan turut ditaja. “Walaupun gembira, tanggungjawab yang akan dipikul kelak selepas berkeluarga jauh lebih berat dan saya dan isteri berharap kami dapat menempuhnya dengan tenang,” katanya yang juga pekerja di hospital swasta. Turut diraikan dalam majlis itu ialah 40 pasangan lain termasuk satu pasangan Cina dan India yang dihadiri Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Sementara itu, Abdul Khalid dalam ucapannya turut mengumumkan penambahan pemberian insentif RM500 mulai tahun depan berbanding RM400 sebelum ini kepada pasangan belia negeri ini yang mahu mendirikan rumah tangga. “Program Perkahwinan Belia memberi peluang kepada pasangan muda mengurangkan kos perbelanjaan kerana sebahagian kos perbelanjaan perkahwinan ditanggung kerajaan negeri dan syarikat swasta,” katanya.
|
5
Bagus |
7
Marah |
12
Terkejut |
11
Sedih |
1
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
annehuda posted on 1-12-2013 09:56 AM
RM500 tu dpt beli ape je pun? la ni blanja kawen habeh beribu2 gak
tongkatwaran75 posted on 1-12-2013 10:10 AM
aku dgn ko takde kaitan...
pertalian maya sebagai forumer je kot...
tongkatwaran75 posted on 1-12-2013 10:10 AM
aku dgn ko takde kaitan...
pertalian maya sebagai forumer je kot...
tongkatwaran75 posted on 1-12-2013 10:27 AM
manade...
wa bru gesel, dia dh jerit...
mana wa tau dia pengeli...
tongkatwaran75 posted on 1-12-2013 10:10 AM
aku dgn ko takde kaitan...
pertalian maya sebagai forumer je kot...
ADVERTISEMENT