|
Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan insiden individu menghempas kucing hingga mati di hadapan premis perniagaan dekat Lingkaran Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Melaka.
Presiden Animal Malaysia, Arie Dwi Andika berkata, insiden itu dilaporkan berlaku pada 6.40 pagi ini dan dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berkenaan. "Rakaman CCTV itu menunjukkan seekor kucing tidur di hadapan sebuah premis. "Kemudian, datang individu disyaki sedang berjoging mengangkat kucing itu lalu menghempas ke lantai beberapa kali. "Pengadu yang membekalkan rakaman CCTV mendakwa tidak mengenali pelaku terbabit," katanya menerusi perkongsian di laman Facebook (FB) Animal Malaysia.
Arie menyeru orang ramai di sekitar kawasan Ayer Keroh Heights mengenal pasti pelaku kejam atau mana-mana saksi kejadian menghubungi hotline jenayah haiwan Animal Malaysia 010-5394749. Loading FB Post... "Bersama banteras jenayah haiwan. Berikan keadilan kepada haiwan dizalimi. Kongsikan kes jenayah haiwan ke www.animalmalaysia.com/report-animal-crime," katanya. Sumber: Harian Metro
|
_blackbird replied at 13-10-2021 06:06 PM
selalu org myanmar yg buat lagu ni kat kucing & anjing sebelum bawa balik masak







ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
15-2-2026 07:48 AM GMT+8 , Processed in 0.100991 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.