Gambar hiasan Pulau Pinang Kenakan Caj Levi GEORGETOWN – Mulai Mac tahun depan, kerajaan negeri cadang untuk mengenakan caj levi bagi setiap bilik penginapan hotel disewa pelanggan mengikut taraf bintang hotel berkenaan.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata demikian dalam ucapan pembentangan Rang Undang-undang Pembekalan Tahun 2014, pada Sidang Dun kelmarin. Menurutnya, tujuan kutipan levi itu akan digunakan sebagai dana untuk mempromosikan aktiviti kebudayaan dan pelancongan Pulau Pinang. “Satu jawatankuasa khas yang terdiri daripada sektor hotel dan penginapan bersama dengan kerajaan negeri akan mendapat input untuk berbincang tentang jenis perbelanjaan ke atas kutipan levi ini. Levi ini dicadang dikenakan mulai bulan Mac 2014,” katanya.
Beliau berkata, cadang untuk mengenakan levi RM2 bagi setiap malam di bilik penginapan di hotel yang bertaraf satu hingga tiga bintang, manakala levi RM5 akan dikenakan bagi bilik penginapan di hotel yang bertaraf empat bintang dan ke atas. “Demi memastikan produk pelancongan bertaraf antarabangsa dalam acara Tahun Melawat Pulau Pinang pada tahun 2015 hingga 2017, kerajaan negeri perlu membuat perancangan teratur dan pelaburan besar dalam infrastruktur asas untuk mewujudkan produk baru. Oleh itu, cadangan, kutipan levi akan dilaksanakan untuk menampung kos berkenaan,” katanya. Pada tahun lalu, Pulau Pinang merekodkan lebih kurang lima juta bilik penginapan hotel disewa pelanggan tempatan dan luar negara. |
airfilterkotor posted on 1-12-2013 03:46 PM
Anthony Bourdain tak kesah pun. Janji makanan shedap sudehh.
azharariff posted on 1-12-2013 03:26 PM
kalau dok hotel taraf 4-5 bintang tapi servis,kualiti hampeh menyirap gak kalau kena bayaq levi RM5 ...
dino posted on 1-12-2013 03:54 PM
klau negeri pakatan takpe naik.... nmpk tak byk yg hipo..... mb selangor naik gaji takpe..... depa ...
Magika posted on 1-12-2013 04:04 PM
cuba baca thread melaka kenakan levi RM2 untuk hotel
bukan main maki hamun kena ....
dahliateck posted on 1-12-2013 04:21 PM
rasanya dah lama kot ci ni camni, kalau pr buat masing2 senyap jer buat2 x nampak, tred pun slow : ...
Magika posted on 1-12-2013 04:04 PM
cuba baca thread melaka kenakan levi RM2 untuk hotel
bukan main maki hamun kena ....
dino posted on 1-12-2013 04:51 PM
hipokrit gile.... tgk thread mb selangor naik gaji dah la.... wajar naik katanya..... lgpun depa t ...
dahliateck posted on 1-12-2013 04:55 PM
mana la org nak respek kan, bias gila, kalau hak umno dia punya pong pang x cukup tanah
io ...
dino posted on 1-12-2013 04:58 PM
mcm aku org kata lalang.... lalang pun lalang aaaa.... janji tak hipokrit.....
nak jaga kebajikan ...
dahliateck posted on 1-12-2013 05:08 PM
kan, benda ni kena jgn bias, jgn menegakkan benang basah, xde sesiapa pun yg sempurna, x perlu nak ...
dino posted on 1-12-2013 05:13 PM
tu la kan.... bukan kita kata umno ni baguih..... mslhnya klau puak sendiri punya la bersangka bai ...
ADVERTISEMENT