CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Keropok Lekor Nak Dijenamakan Semula

3-12-2013 10:12 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7149| Komen: 82

Kuala Terengganu, 3 Disember : Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) melakukan penjenamaan semula industri keropok di negeri ini secara berperingkat bagi membolehkan produk itu berdaya saing dan mampu menembusi pasaran lebih luas.


Ketua Pegawai Eksekutifnya, Che Razali Adis  berkata, sebagai projek perintis, pengusaha keropok lekor di Kampung Losong di sini,  sudah melalui fasa penjenamaan semula sejak 2005.

Menurutnya, penjenamaan kepada TLekor memberi nafas baru kepada 14 pengusaha keropok lekor yang aktif di kampung itu untuk bersaing dan mengetengahkan produk masing-masing.


“Kita mempunyai unit pembungkusan, pelabelan produk, jadi dengan kepakaran yang ada satu transformasi penjenamaan sudah dilakukan sejak lapan tahun lalu.

“Pengusaha diperkenalkan dengan wajah baru antaranya papan tanda kedai, beg plastik dan kertas pembungkusan yang tertera label TLekor yang lebih menarik dan seragam,” katanya.

Menurutnya, penjenamaan adalah aspek penting dalam perniagaan, justeru, kerajaan negeri melalui YPU dan agensi lain berperanan membantu usahawan di negeri ini meningkatkan produktiviti dan imej sesuatu perusahaan.


Katanya, penjenamaan menarik dan persekitaran perusahaan bersih mampu menarik pengunjung dalam dan luar negeri untuk terus bertandang selain menjadikan produk hasil laut itu sebagai buah tangan mereka.

Selain itu, beliau berkata, kerajaan juga sering menjalankan program mempromosikan makanan tradisional Terengganu termasuk produk keropok lekor dalam membantu usahawan berkaitan.


“YPU mempunyai kepakaran dalam melakukan reka bentuk penjenamaan produk sama ada idea itu daripada kakitangan YPU atau pemilik usahawan dan ia bergantung kepada kesepakatan bersama.

“Usaha terbaru YPU kini adalah membantu dalam aspek penjenamaan perusahaan keropok kering di Kampung Pengkalan Setar yang mempunyai 49 pengusaha aktif.

“Perusahaan keropok kering adalah satu cabang dalam perusahaan keropok kerana ia menggunakan bahan asas yang sama dan hasilnya hanya diterjemah dalam bentuk berlainan,” katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sueism 3-12-2013 07:42 AM
dick snack ! boleh ???
Quote tongkatwaran75 3-12-2013 07:46 AM
sueism posted on 3-12-2013 07:42 AM
dick snack ! boleh ???


bole jugak...klu diambil nama Port Dickson...

Quote sueism 3-12-2013 07:51 AM
or Dickson snack from malaya banglasia
Quote namirulmukminin 3-12-2013 09:20 AM
Malaysian Hot Dog / Malaysian Sausage..
Quote axl_bach 3-12-2013 09:28 AM
kepekpekkor
Quote namirulmukminin 3-12-2013 09:29 AM
Kena cepat2 patternkan neh... kalu dan masuk indon dulu kang indon pulak sibuk nak claim...
Quote brownstone 3-12-2013 09:32 AM
fish jerky barangkali?
Quote Innrukia 3-12-2013 09:33 AM
Prefer maintain nama yg ada. Unik.
KEROPOK LEKOR
Sapa lidah pendek xleh sebut.
Quote nurul_akmar 3-12-2013 09:35 AM
sedapnya keropok lekor
Quote msshy 3-12-2013 09:35 AM
idea sapa la ni..kekalkan la nama keropok lekor tuh..
x kan malu dgn identiti negeri sendiri..
Quote all4rez 3-12-2013 09:38 AM
Keropok PENIH ...
Quote mziskandar 3-12-2013 09:39 AM
k-pok le cock..
dah nama kopok lekor. ape hal nk tukar2 lak?
Quote wickedcat 3-12-2013 09:42 AM
Kekalkan jer nama asal....buat pe nak tukar....makanan negara lain pun ada gak jenuh kita nak sebut...berbelit2 lidah..xder pun depa nak tukar...
Quote jengkoil 3-12-2013 09:43 AM
Kalu kat indon...bg nama kerlek...ala ala dubes..timnas..golkar
Quote abgboroi 3-12-2013 09:44 AM
kat kl/selangor ada org buat kioks kerepok lekor yg dipanggil leko-leko  utk pasaran urban gitu....kerepok lekor dimasak dalam supermarket/mall...dengan dapur moden yg bersih...pastu ada macam macam topping...ada mayonis...ntah apa lagi...

Quote AHMADVW 3-12-2013 09:48 AM
kopok gote, @namirulmukminin

name langsung xkomersial  
Quote espri6006 3-12-2013 10:14 AM
Alah tak yah tukar....memang nama itu dari dulu dan sekarang...rata2 sesiapa yg pergi ke Terengganu mesti akan cari keropok lekor....so memang dah lama dah...keropok lekor berdaya saing....kalau nak tukar sangat ambik je POKKOR
Quote abgboroi 3-12-2013 10:18 AM
AHMADVW posted on 3-12-2013 09:48 AM
kopok gote, @namirulmukminin

name langsung xkomersial

masa aku kecik2 dulu selalu sebut...nama kerepok ni...kerepok gondel...ntah mana datangnya kopok gondel ehe...
Quote amyainsamad 3-12-2013 10:21 AM
nama ni yg bt mahal.....xpyh tukar nama

Lihat semua komen(82)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 11:56 AM GMT+8 , Processed in 0.086993 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top