CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Datuk Seri Najib Umpama Seorang Chess Grandmaster

5-12-2013 10:35 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5275| Komen: 30


KUALA LUMPUR - Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengibaratkan Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak seperti seorang Chess Grandmaster.

Menurutnya, Najib yang juga Perdana Menteri berani membawa perubahan dengan cara sendiri tanpa meletakkan Malaysia pada paras bahaya.

"Saya berpendapat YAB Datuk Seri Najib boleh diumpamakan sebagai seorang Chess Grandmaster.

"Beliau faham mana tindakan yang mustahak dan mana yang sampingan. Beliau sabar menunggu masa yang tepat untuk membuat keputusan dan ambil tindakan bijak untuk 'checkmate'," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Ketua Wanita pada Perhimpunan Agung Umno 2013, hari ini.

Katanya, Malaysia bertuah mendapat seoang pemimpin yang sentiasa berusaha membawa transformasi kepada parti dan negara.

"Beliau mempunyai keyakinan diri sebab itu beliau tidak teragak-agak 'to concede a Pawn in order to gain Bishop'. Dalam permainan Chess, Grandmaster tak cakap banyak sebab tindakannya lebih lantang daripada kata-katanya.

"Alhamdulillah, Malaysia bertuah mendapat seorang pemimpin yang stabil dan realistik. Beliau bukan seperti tin kosong yang tergolek-golek bising berdering," katanya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan parti pembangkang supaya tidak terlalu ghairah dalam cara politik yang membawa ke arah kehancuran negara.

22

Bagus
19

Marah
20

Terkejut
4

Sedih
19

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (98 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 4-12-2013 03:57 PM
ya, dia bukan tin kosong tapi penah cari tin kosong untuk bantu kelorga
sape tah yang cakap dalam forum neh hari tu
Quote dauswq 4-12-2013 03:59 PM
mak  ijat nak jd menteri kah?
Quote sahamboi 4-12-2013 04:05 PM
Kak jat masih belum kena cekmet sebab ade lagi lembu tukang cover... takpe 5thn sekali main undi nanti terbarai lertu
Quote batmana 4-12-2013 04:06 PM
klu najib grandmaster
rosmah grand ape lak?
Quote leylapple 4-12-2013 04:08 PM
ya..itu dia kipas kuat2...

itu pun dia cakap cam tu sebab najib angkat dia jadi senator sedangkan dah 2 kali kalah dgn budak hingusan..

kalo najib tak pick dia nie, entah2 dah meroyan buat satu lagi parti politik
Quote nurul_akmar 4-12-2013 04:12 PM
amboi. chess grandmaster
Quote ninja9 4-12-2013 04:15 PM

checkmate tax sana sini... pm mat tax..
Quote salimrock 4-12-2013 04:22 PM
ke kak ijat perli tu..

dlm chess queen lagi byk kuasa dari King..buleh bergerak bebas, apa2 cara pergerakan pun buleh...

king cuma buleh jalan setapak je...

tp kalo king mati...adios...
Quote salimrock 4-12-2013 04:22 PM
ke kak ijat perli tu..

dlm chess queen lagi byk kuasa dari King..buleh bergerak bebas, apa2 cara pergerakan pun buleh...

king cuma buleh jalan setapak je...

tp kalo king mati...adios...
Quote gaara_X 4-12-2013 04:49 PM
lom sampai turn kak ijat....lombu tu pembukaan je....
Quote PerKasa 4-12-2013 04:54 PM
batmana posted on 4-12-2013 04:06 PM
klu najib grandmaster
rosmah grand ape lak?

grandSlam lah
Quote zzola 4-12-2013 04:56 PM


suatu hari
grandmaster pun akan
di checkmate

bersedia lah
Quote d-7-0ne 4-12-2013 04:58 PM
mcm la org xtau........klu ikut btul, ko tu da jadi sejarah......jadi tu je la ko mampu......mngampu......
Quote R2D2 4-12-2013 05:37 PM
batmana posted on 4-12-2013 04:06 PM
klu najib grandmaster
rosmah grand ape lak?

grand stand
Quote Centurion 4-12-2013 05:40 PM
Klu bang najib grandmaster kak ros plk grand theft auto..kipas kuat nampak..
Quote ford1 4-12-2013 05:42 PM
her dress looks good
Quote blackred99 4-12-2013 05:50 PM
malangnya ahli yg lain tu sengal..
Quote boyagombak 5-12-2013 01:24 PM
PRU 14 bakal di Checkmate lah
Quote the_killer 5-12-2013 01:30 PM
boyagombak posted on 5-12-2013 01:24 PM
PRU 14 bakal di Checkmate lah

hang dengan slippergombak adik beradik ka?

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 09:20 PM GMT+8 , Processed in 0.066666 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top