CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dapur Hotel Kotor

6-12-2013 10:45 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6561| Komen: 35

Gambar hiasan

GEORGETOWN - Sebuah hotel bertaraf tiga bintang di Bukit Mertajam, di sini diarahkan tutup serta-merta berikutan keadaan dapur hotel yang kotor dan menjijikkan.
        
Lebih teruk apabila dalam operasi yang dilakukan kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) itu, turut menemui kesan gigitan tikus pada bungkusan mi kuning.
        
Malah, ada stor dapur yang dipenuhi dengan najis tikus yang begitu banyak.
        
Timbalan Pegawai Kesihatan Kanan JKNPP, Dr T Vashanta berkata, antara kesalahan lain termasuk kakitangan hotel tidak mengamalkan kebersihan diri.
        
“Ada di antara pekerja di dapur hotel tidak menjalani kursus pengendalian makanan termasuk tidak mendapat suntikan kepialu,” katanya pada sidang media di Komtar, semalam.
        
Kira-kira 19 hotel yang agak terkenal di sekitar Tanjung Tokong, Georgetown dan Seberang Perai juga diserbu dalam operasi yang bermula jam 8 pagi kelmarin.
        
26 kompaun dikeluarkan Hampir semua hotel berkenaan mempunyai tahap kebersihan yang rendah walaupun ruang makannya cukup cantik.
        
Vashanta berkata, sebanyak 26 kompaun dikeluarkan dengan jumlah RM2,780.
        
Menurutnya, hotel di Daerah Timur Laut menerima kompaun paling tinggi iaitu sebanyak RM1,050.
        
“Ada di antara hotel yang turut menggunakan surat khabar lama untuk membungkus sayur dan ada juga yang tidak tutup makanan untuk dihidangkan kepada pelanggan,” katanya.
        
Dalam masa sama, JKNPP turut memberi amaran kepada 110 hotel di seluruh negeri ini berikutan operasi akan dijalankan setiap masa tanpa mengira waktu.
        
Operasi akan dijalankan di semua hotel tanpa mengira taraf hotel berkenaan.
        
Peka isu kebersihan
        
Vashanta turut mengingatkan pengguna untuk sentiasa peka dengan kebersihan sesebuah premis makanan sebelum menikmati hidangan bagi mengelakkan sebarang penyakit termasuk keracunan makanan.
        
Selain dari premis yang bersih, pengguna perlu memilih pengendali makanan yang mengamalkan ciri kebersihan seperti memakai apron dan penutup kepala.
        
“Orang ramai juga boleh membuat aduan sekiranya ada premis tidak bersih dengan menghubungi talian 04-2017277 atau 04-2017278,” katanya.

5

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
4

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (27 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RosesAre_Red 6-12-2013 09:14 AM
turut menemui kesan gigitan tikus pada bungkusan mi kuning.


tikus dh buat food tasting dulu
Quote idadzira 6-12-2013 09:23 AM
yuckkkkkkkkkk.
Quote addicted 6-12-2013 09:39 AM
taik tikus merata2.. heiii cane la diorg leh keje dlm keadaan mcm tu
x de plak diorg ni kena penyakit
Quote BebolaLoyangz 6-12-2013 09:44 AM
Sebelum Kassim komen, better aku post dlu.. Penang Darul Kotor Ya Ampun.....
Quote pehbedah 6-12-2013 09:45 AM
bukan penang saja...merata2 tempat cam ni...ada org pesan ..kalo nak makan kat mana2 jangan dok gatai2 jengok dapur..garenti boleh muntah...
Quote aikee04 6-12-2013 10:03 AM
Bersih diluar xsemestinya bersih didalam....
Mcmana nak tau sesuatu permis makan itu bersih ye... seblm mkn intai dapor dulu kot ataupun masak sendiri makan sendiri
Quote dino 6-12-2013 10:03 AM
berjaya jugak team dr KL hantar tikus ke penang.....
Quote cutebaby5907 6-12-2013 10:13 AM
kongsi 1 pengalaman
2 minggu lepas ade jalan2 gi penang
sewa 1 hotel nih
pakej ade sarapan sekali
kat tempat parking tu mmg nampak ade peti sejuk buruk
x sengaja waktu tgh park kereta, nampak supplier roti anta roti
mak aiiiii...rupenye roti tu diorg simpan dalam peti sejuk tu
pastu roti tu buatan tempatan kot...ca ya nun alip (sori bukan racist tp aku yakin dgn pembuatannye)
mmg aku x amek sarapan kat hotel tu
baik aku beli roti cicah nescafe 3 in 1
x rela aku nk menjamah
tu baru roti
hat yg lain2 x tau la...

** pastu yg aku x faham, dalam pada aku belek2 bilik hotel tu, ade plak tersimpan dalam laci, kitab bible...aku dh rase senang dh..ape ek tujuak diorang letak kitab bible dalam laci? pertama kali aku jumpe situasi gini...kt hotel tempat2 lain @ negeri lain xde plak...
Quote Innrukia 6-12-2013 10:14 AM
Tau dh hotel mana ni :lol
Quote ayie02 6-12-2013 10:18 AM
Hotel Summit ke?
Quote amyainsamad 6-12-2013 10:38 AM
hotel apa ni???
Quote annehuda 6-12-2013 10:44 AM
kisah benar. bos aku kene kencing tikus last week. seb baik smpt dirawat. kalau tak sapelah nk byr bonus aku nnt?
Quote cheida_mymee18 6-12-2013 11:48 AM
ayie02 posted on 6-12-2013 10:18 AM
Hotel Summit ke?

kat bm hotel sumiit je la kan
Quote noell 6-12-2013 11:55 AM
cheida_mymee18 posted on 6-12-2013 11:48 AM
kat bm hotel sumiit je la kan

hotel summit 3 bintang??? patut takpayah bagik bintang...hotel mcm umah flet saja

Quote kasibiman 6-12-2013 12:36 PM
dino posted on 6-12-2013 10:03 AM
berjaya jugak team dr KL hantar tikus ke penang.....

Kebangga siot...


hahshahahagaga
Quote ushioz 6-12-2013 12:37 PM
kebangga
Quote nurul_akmar 6-12-2013 02:04 PM
euwwww.. nak muntah.
Quote cmf_blingblings 6-12-2013 02:05 PM
kalau kat BM tu aku sgt percaya, BM bandar busuk sampah

Quote cheida_mymee18 6-12-2013 02:19 PM
noell posted on 6-12-2013 11:55 AM
hotel summit 3 bintang??? patut takpayah bagik bintang...hotel mcm umah flet saja

hotel summit
bangla,indon,myanmar,nepal punya tmpat la situ..
dulu zman aku skola famos la tmpat tu. skng nk pegi geli mampos,,
baw mat2 bangla blom campur indon gedik lggg

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 05:47 PM GMT+8 , Processed in 0.206873 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top