CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penipuan Kakitangan Bank : Rm 473.82 Juta

9-12-2013 12:26 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7885| Komen: 47

Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Penipuan oleh kakitangan bank dilihat semakin serius sehingga membabitkan kerugian berjumlah RM473.82 juta dalam tempoh lima tahun sejak 2008 sehingga bulan lepas.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Perbankan Kewangan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Superintendan Harjinder Kaur Gurdial Singh berkata, keseluruhan kerugian penipuan bank yang direkodkan dalam tempoh itu adalah RM789,106,376.

Iaitu RM10.1 juta pada 2008, RM27.1 juta (2009), RM85.4 juta (2010), RM84.5 juta (2011), RM191.8 juta (2012) dan RM390 juta (November 2013), katanya kepada pemberita dalam wawancara khas Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) di sini hari ini.

Beliau berkata, antara penipuan yang dijalankan oleh kakitangan bank ialah mengeluarkan wang daripada akaun tidak aktif lebih dari tiga tahun dan deposit tunai tidak dimasukkan ke dalam akaun penerima.

Selain penyalahgunaan kemudahan overdraf oleh pengurus cawangan bank menggunakan akaun simpanan, semasa dan simpanan tetap pelanggan dan menggunakan kad pengenalan, lesen serta penyata cukai individu untuk membuat pinjaman peribadi, perumahan kepada pihak lain tanpa pengetahuan individu terbabit, katanya.

"Siasatan kami mendapati jenayah penipuan bank dilakukan oleh kakitangan bank sendiri merangkumi 60 peratus, 30 peratus oleh pihak pengurusan manakala 10 peratus oleh pemilik akaun sendiri,” katanya.

Selain kes penipuan melibatkan kakitangan bank, penipuan lain yang melibatkan jenayah penipuan bank ialah pecah amanah (CBT), pemalsuan dokumen, penyelewengan harta (CMP) dan cubaan menipu melalui bank, kata Harjinder Kaur.

"Lebih memeranjatkan jenayah penipuan bank, 60 peratus si pelaku jenayah itu adalah wanita berbanding lelaki hanya 40 peratus. Manakala mangsa penipuan 70 peratus adalah lelaki,” katanya.

Beliau berkata, pegawai serta kakitangan bank dinasihatkan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan semasa memproses permohonan pinjaman dari pelanggan.

14

Bagus
14

Marah
8

Terkejut
12

Sedih
9

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (62 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BotakChinPeng 6-12-2013 07:33 PM
Baru aku tau
Quote intan_smsb 6-12-2013 07:37 PM
Macam mana diaorg buat yg ni
"Beliau berkata, antara penipuan yang dijalankan oleh kakitangan bank ialah mengeluarkan wang daripada akaun tidak aktif lebih dari tiga tahun dan deposit tunai tidak dimasukkan ke dalam akaun penerima."
Boleh lepas ke buat???
Quote nurul_akmar 6-12-2013 07:42 PM
huh?? aku rasa makin tinggi tekanan hidup, makin ramai pecah amanah
Quote jengkoil 6-12-2013 07:42 PM
Owh..inesen dan naive nye aku sbg seorg lelaki   
Quote an2toncit 6-12-2013 07:46 PM
kes branch lama aku dulu pompuan gak yg buat ....laki kaki judi pastu akak ni cilok  300k ...branch manager kene demote

lg 1 kes programmer IT pompuan gak yg add something dlm job yg run kat mainframe masuk ac
Quote langit_biru18 6-12-2013 07:48 PM
kerana duit senang2 jer gelap mata..huhuhu
Quote intan_smsb 6-12-2013 07:49 PM
an2toncit posted on 6-12-2013 07:46 PM
kes branch lama aku dulu pompuan gak yg buat ....laki kaki judi pastu akak ni cilok  300k ...branch  ...

Branch bank ke?? Cmne diaorg wat.. transaction x kne pantau ke.. dulu aku pn keje bank gak
Quote dubuk 6-12-2013 07:50 PM
orang kerja bank gaji berapa nampak macam kaya sangat
Quote estrelle 6-12-2013 07:55 PM
No wonder...

Pernah kwn aku dapat gaji kat bank m****** ni....dia pelik tiap2 bulan duit mesti hilang sikit2..tp dia tak tanya la sbb mungkin tak perasan...kadang2 sampai rm50...then, satu masa tu dapat gaji je cek2 tengok duit dia abis lesap terus...report kat bank terus ganti balik....maybe malas nak kecoh2...staf dalam bank sendri tak leh caye..pastu kawan aku dah tobat tak nak simpan lame2 dalam bank tu...dapat gaji je ambik kosongkan akaun tu tggalkan rm10 je...
Quote ninja boy 6-12-2013 07:57 PM
dah lama berlaku, kerap berlaku menjelang musim perayaan, ramai yg terkena, bekerja bawah sistem riba dan makan duit haram anak beranak,
org ramai yg penat2 bekerja disonglapnya duit
diharap semua perompak silalah rompak pekerja bank
Quote intan_smsb 6-12-2013 07:58 PM
estrelle posted on 6-12-2013 07:55 PM
No wonder...

Pernah kwn aku dapat gaji kat bank m****** ni....dia pelik tiap2 bulan duit mesti hi ...

Cina kt opih aku smpi x pki atm kad pki buku cek je katanyer selamat klu pki atm x selamat.. asal gaji je keluar kn duit tuk sebulannyee idup.. lalu die simpan duit byk2 kt dlm rmh dr simpan kat bank
Quote noor2 6-12-2013 07:59 PM
dari pemimpin  duk makan duit org ....sampai ke rakyat....kembong perut...

Quote reyust 6-12-2013 08:06 PM
perempuan ramai blaja tinggi, last2 keja bank menipu lelaki....
Quote tomatome 6-12-2013 08:10 PM
kes ni byk blaku kt maybank.. family aku salah sorang mangsa..mcm cilakak
Quote estrelle 6-12-2013 08:14 PM
intan_smsb posted on 6-12-2013 07:58 PM
Cina kt opih aku smpi x pki atm kad pki buku cek je katanyer selamat klu pki atm x selamat.. asal  ...

Aku pon terpikir nak wat camtu tp tak boleh sbb aku ni boros sket....tak pasal2 abis gitu je...nak pakai buku pulak nak kena tunggu kat bank tiap kali nak withdraw...tp utk security mmg perlu pon...motip banyak alasan plak...
Quote FlowerGirl 6-12-2013 08:17 PM
Aku selalu cek transaction history. ada pelik je aku call bank. Hari tu bank deduct 2x dr akaun aku masa aku guna atm card kat giant. Sib baik aku perasan
Quote an2toncit 6-12-2013 08:27 PM
intan_smsb posted on 6-12-2013 07:49 PM
Branch bank ke?? Cmne diaorg wat.. transaction x kne pantau ke.. dulu aku pn keje bank gak

ko keje branch ke ? debit je la ac mana ko nak pastu pandai2 la sorok ...officer ni kadang2 kamcing ngan clerk/teller bawah dia bukan nk cek sangat balancing eod tu ....
Quote intan_smsb 6-12-2013 08:32 PM
estrelle posted on 6-12-2013 08:14 PM
Aku pon terpikir nak wat camtu tp tak boleh sbb aku ni boros sket....tak pasal2 abis gitu je...nak ...

Aku x bani pki intenet banking.. bia arr org kata aku hulu ka.. kampung ka.. x upgrade ka.. hehe.. x kisah.. tp atm aku msh pki la.. kekadang print penyata ringkas tuk tgk transaction dlm seminggu.. nk update buku mls.. klu nk selamat lg simpan kt asb.. kikikiki
Quote intan_smsb 6-12-2013 08:34 PM
an2toncit posted on 6-12-2013 08:27 PM
ko keje branch ke ? debit je la ac mana ko nak pastu pandai2 la sorok ...officer ni kadang2 kamcin ...

Aha kt branch tp da lama da.. tu ms zaman aku muda dulu.. aku bhenti ms zaman 2000.. taim tu kan krisis skt rmi org kua kn duit dr bank katanyer takut sistem tak run..

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 10:08 AM GMT+8 , Processed in 0.060032 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top