CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Didenda 1000 Kerana Curi Coklat Di Giant

13-12-2013 03:09 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17992| Komen: 137

Noor Shila dipenjara sehari dan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam.                                                                                                                                    

KUALA TERENGGANU - Seorang ibu tunggal hanya mampu menangis teresak-esak di kandang mahkamah apabila diminta membuat rayuan sebelum hukuman penjara sehari dan denda RM1,000 dijatuhkan selepas mengaku bersalah mencuri coklat milik Pasaraya Giant, di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.
        
Selain itu, Noor Shila Mamat, 28, dari Jalan Kamaruddin, Kampung Banggol, di sini, turut berdepan hukuman penjara selama sebulan lagi sekiranya gagal menjelaskan jumlah denda berkenaan.
        
Kesemua keputusan itu dibuat selepas Noor Shila mengaku bersalah telah mencuri lima keping coklat Cadbury Cashewnut 175 gram; lima keping coklat Cadbury Almond 175 gram; lima keping coklat Cadbury Mired Nuts 175gram dan lima keping coklat Cadbury Dairy Milk H/Nut Praline 175 gram.
        
Dia mengaku bersalah mencuri coklat yang bernilai keseluruhan RM150 bersama dengan seorang lagi yang telah dituduh di Pasaraya Giant, Jalan Sultan Mohamad, di sini, pada 6 Febuari 2010 di antara jam lebih kurang 5.35 petang hingga 5.45 petang.
        
Dengan itu, Noor Shila mengaku bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri di dalam bangunan yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai 14 tahun dan denda, jika disabitkan kesalahan.
        
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor L Rathna di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi manakala Noor Shila tidak diwakili peguam bela.
        
Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian lebih kurang jam 6 petang, seorang pengawal keselamatan bertugas yang sedang melakukan rondaan telah menerima maklumat daripada salah seorang pekerja memaklumkan terdapat seorang wanita berbaju hijau dan bertudung kuning bersama seorang lelaki telah memasukkan barang ke dalam beg tanpa membuat pembayaran terlebih dahulu.
        
Sebaik sahaja menerima maklumat tersebut, pengawal keselamatan itu dengan ditemani salah seorang rakan sejawat terus ke lokasi dimaklumkan sebelum mendapati wanita dimaksudkan telah melalui kaunter tanpa membuat sebarang pembayaran.
        
Wanita itu ditahan di luar kawasan kaunter pembayaran dan hasil pemeriksaan berjaya menjumpai kesemua jenis coklat yang dicuri, sebelum diserahkan kepada polis.

3

Bagus
11

Marah
2

Terkejut
21

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (41 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote the_killer 13-12-2013 09:56 AM
tak cun pon
Quote Suchi 13-12-2013 09:57 AM
betul ke umur dia 28?
Quote ogata 13-12-2013 09:57 AM
kesian tengok dia..mungkin dah lama ngidam makan coklet cadbury...

Quote ifanonline 13-12-2013 09:58 AM
knp janda ni nak makan cokelat?
Quote Kassim_Patalon 13-12-2013 09:59 AM
terengganu darul coklat
Quote amyainsamad 13-12-2013 10:00 AM
kesian gak....tp knape kena mencuri??
Quote mak_wa95 13-12-2013 10:00 AM
dia xtau ke supermarket besar2 ni ada cctv
Quote highcastle 13-12-2013 10:01 AM
Okey, korang boleh ratib Shahrizat dan Khir Toyo skg.........
Quote ringcat 13-12-2013 10:01 AM
mana spesis backing pencuri di forum CI?

bilakah spesis-spesis backing ini akan muncul?
Quote purpledesire 13-12-2013 10:02 AM
cun ker polis tu.? tgk cam tebal jer make-up dia..
Quote sekngucing 13-12-2013 10:02 AM
nasib ada yg dah buka
aku baca di forum sebelah, takde gambar, boring pulak tu
Quote sekngucing 13-12-2013 10:03 AM
nasib ada yg dah buka
aku baca di forum sebelah, takde gambar, boring pulak tu
Quote sekngucing 13-12-2013 10:06 AM
the_killer posted on 13-12-2013 09:56 AM
tak cun pon

boleh tahan la utk seorang polis
mungkin mekap terlalu tebal + flash kamera

Quote PEPPERMAN 13-12-2013 10:06 AM
patut penjarakan lebih lama supaya jadi pengajaran.
jka tidak, masa akan datang dia akan mencuri yang lebih besar hingga melibatkan nilai jutaan ringgit
Quote pakwetizzaqyah 13-12-2013 10:09 AM
getah je aku nengok mak cik polis sebelah tu..ni msti bini forumer ni
Quote sekngucing 13-12-2013 10:11 AM
umur 28 ke tu?
aku jauh lg muda walau dah masuk 30
Quote yayah8989 13-12-2013 10:12 AM
gebunye
Quote ocho 13-12-2013 10:16 AM
besar pangkat  sis polis .. tengok mendada sebaris badge sheols ..

Quote sepatmasin 13-12-2013 10:17 AM
purpledesire posted on 13-12-2013 10:02 AM
cun ker polis tu.? tgk cam tebal jer make-up dia..

tu bukan mekap tebal..tp guna produk2 yg ala2 kak ton..face look fair n glowing n oily

Lihat semua komen(137)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 01:52 AM GMT+8 , Processed in 0.038254 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top