CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pdrm Pasang 1,000 Cctv Seluruh Selangor

16-12-2013 04:40 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4354| Komen: 15



Khalid (dua kanan) ketika majlis menandatangani MOU antara MRCB dan Safecam Partnership di IPD Shah Alam, semalam.


SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memasang di antara 500 hingga 1,000 kamera litar tertutup (CCTV) di seluruh Selangor pada tahun depan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata, CCTV tersebut  akan dipasang di beberapa kawasan strategik  yang sering berlaku jenayah.

“Setakat ini, terdapat 666 CCTV sudah dipasang di lokasi strategik 15 daerah di negeri Selangor sejak tahun lalu,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan program ‘United Against Crime Through Eyes In The Sky’ di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, di sini, semalam.

Menurutnya, CCTV berkenaan menghasilkan imej yang lebih baik sekaligus dapat membantu polis melakukan siasatan dengan lebih jelas dan teliti.

“CCTV ini juga dapat mengesan kemasukan kenderaan dan individu ke dalam bangunan atau premis," katanya.

Khalid berkata, selain itu polis juga memasang pembesar suara di beberapa CCTV yang berfungsi untuk memberi peringatan kepada orang ramai mengenai jenayah.

Menurutnya, rakaman CCTV boleh disimpan lebih dari sebulan dan boleh menjadi bahan bukti ketika sesi pendakwaan di mahkamah kelak.

Ditanya kos pemasangan CCTV, Khalid enggan mengulasnya kerana ianya di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Dalam pada itu, beliau  menyarankan individu atau pemilik syarikat supaya memasang CCTV berkualiti dan berdefinisi tinggi bagi memudahkan polis melakukan siasatan sekiranya berlakunya jenayah di tempat mereka.

“Selain itu, saya minta kerjasama daripada syarikat atau individu yang memasang CCTV supaya menyambungkan sistem CCTV mereka ke bilik gerakan  polis untuk memudahkan kerja pemantauan,” katanya.

Dalam majlis yang sama, Khalid juga menyerahkan pemakaian pangkat kepada 23 anggota polis yang bakal diserapkan di bahagian Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik.



Bagus
5

Marah
2

Terkejut
1

Sedih

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 14-12-2013 12:19 PM
wajibkan pemilik kenderaan pasang dvr cam sekali..barula bagus..
ni dvr dashboard cam  hd rm120 pun kedekut...

tepon sematpon rm2200.00 tk kedekut lak..

mentaliti ummah kelas ke empat gamaknye..
Quote xpdckelate 14-12-2013 12:23 PM
ni kos tanak cakap xpelah walau mackup rega berjuta,harapan kami agar nanti maintanance tolong jaga la,jangan nanti sana rosak sini rosak last2 jadi perhiasan jah cctv tu
Quote xpdckelate 14-12-2013 12:25 PM
batmana posted on 14-12-2013 12:19 PM
wajibkan pemilik kenderaan pasang dvr cam sekali..barula bagus..
ni dvr dashboard cam  hd rm120 pun ...

dari wajibkan pemilik pasang dvr baik wajibkan pembuat kereta pasang awal2,pengguna cuma letak memory card jah,xyah la wayar berjela nak mengecas bagai maklum la bateri dvr ni tak tahan lama

Quote pelukis.plan 14-12-2013 01:07 PM
xpdckelate posted on 14-12-2013 12:25 PM
dari wajibkan pemilik pasang dvr baik wajibkan pembuat kereta pasang awal2,pengguna cuma letak mem ...

ok bagus ni
aku lantik kau jadi senator la
nanti kau buat usul ni
confirm aku tepuk meja tanda setuju

Quote Acong 14-12-2013 01:09 PM
berapa ratus ribu RM utk satu CCTV?
Quote dasatgiler 14-12-2013 01:33 PM
pekejadah nya pdrm sebok2 nak pasang beribu2 cctv kat selangor yg bukan ditadbir oleh umno/bn pon.. concentrate je la jaga kubu kuat hampa.. depa ni bukan tawu appreciate pun inisiatif mencegah jenayah.. yg akan depa dok hingaq nanti berapa ratus riboo pdrm bayar utk 1 camera, berapa biliyon kos keseluruhan dan macam2 lagi benda yg tak sedap didengar.. biarkan ahli parlimen DAP settle kan masalah jenayah di selangor kerana pada depa, sapa2 lawan kerajaan dlm apa cara sekali pun bermaksud menyokong perjuangan DAP.. mcm dalam kes nih, pembunuh tak bawak lawyer pun masa serah diri.. dia bawak ahli parlimen DAP jerk.. settle beb..


Quote ape2aje 18-12-2013 09:36 AM
dap boleh tolong basmi jenayah tak payah buang duit rakyat.
Quote Lina66 18-12-2013 09:39 AM

Harap2 CCTV yg dipasang tu nanti semuanye in good condition...


Quote Al-Patih 20-12-2013 05:56 AM
Hmm...
Quote nexusys 20-12-2013 07:08 AM
Aku sokong santa plan nih... cctv merata2 senang nak track kalo apa2 jadik....

aku harap kos dia ni telus ler...
Quote tomatome 20-12-2013 07:21 AM
cuba cel kompeni mana dpt supply cctv ni.. sebijik lak brp??? untungla..
Quote BurningTimes 20-12-2013 07:34 AM
Lepas ini ummah melayu sunni wal jamaah tidak boleh lah nak berzina tepi jalan kan, dah alang2 CCTV duk perhati kan, malu katanya. Bagus lah kot sebab mencegah zina sekali.
Quote freebird 20-12-2013 07:38 AM
buruk benar rekod kerajaan bangkai najis ni...
setiap kali nak buat projek, musti orang tanya penyangak mana yang dapat dan berapa juta harga diaorang markup...
nak buat camna, muka sekor sekor macam taik anjing....
Quote brownstone 20-12-2013 08:18 AM
dalam Ambank ada cctv pon pecah berderai kepala ditembak penyamun...

so polis pasang cctv ni supaya public boleh tgk video jenayah yg diupload kat facebook ke??
Quote daisy71 20-12-2013 08:23 AM
CCTV lagi bagus dari projek AES yg tak dapat dilaksanakan sepenuhnya. PEMBAZIRAN!!

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 04:13 AM GMT+8 , Processed in 0.232299 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top