CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Majlis Rasmi Perlu Hidang Buah-Buahan Tempatan

17-12-2013 04:56 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12099| Komen: 49


ALOR SETAR - Mulai tahun depan, hanya buah-buahan yang dihasilkan di Kedah yang akan dijadikan bahan pencuci mulut dalam majlis rasmi kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Asas Tani dan Pembangunan Usahawan Negeri Datuk Suraya Yaacob berkata langkah itu adalah untuk mempromosi hasil tanaman Kedah di peringkat tempatan dan luar negara.

"Kedah merupakan negeri pertanian yang banyak mengeluarkan hasil tanaman seperti betik, pisang dan nanas yang boleh dipasar dan diperkenal kepada pasaran luar.

"Sebelum itu rakyat Kedah perlu merasai hasil tanaman Kedah sendiri sebelum diromosikan di peringkat tempatan dan pasaran luar," katanya selepas merasmikan seminar teknikal pertanian di sini hari ini.

Katanya buah seperti epal dan strawberi yang sering digunakan dalam upacara rasmi termasuk di hotel di negeri ini perlu ditukar bagi membantu mengetengahkan hasil tanaman Kedah.

Suraya berkata cadangan mengenai perkara itu akan diusul dalam mesyuarat majlis mesyuarat kerajaan negeri secepat mungkin bagi membolehkan ia direalisasikan.

"Kita masih dalam proses untuk mengusulkan cadangan ini dalam mesyuarat dan sekiranya diluluskan, kita akan minta kerjasama dengan untuk menghidangkan buah-buahan ini.

"Penukaran ini tidak memakan belanja yang tinggi kerana kita hanya perlu tukarkan buah-buahan berkenaan kepada produk tempatan seperti pisang, betik dan nanas untuk semua majlis yang diadakan di negeri ini," katanya.

Sementara itu beliau berkata Kedah sedang giat mempromosikan tanaman nanas yang melibatkan kawasan kira-kira 600 hektar.

"Kita mahu mempromosikan nanas yang kini semakin banyak ditanam di negeri ini terutama di daerah Kubang Pasu dan Kuala Muda dengan anggaran keluasan tanaman kira-kira 600 hektar.

"Sebelum ini Nanas Moris banyak ditanam dan kini kita dalam usaha untuk memperkenalkan Nanas Manis MD2," katanya.

Beliau berkata menerusi hasil tanaman nanas, kerajaan negeri mampu menjana pendapatan tinggi selain memiliki teknologi yang membolehkan nanas ditanam dalam kepadatan yang tinggi.

Beliau berkata Kedah juga akan menjadi negeri kedua yang mewujudkan pusat penanaman nanas selepas Johor.

"Kita lihat Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (Lembaga Nanas) serius dalam mengembangkan industri pertanian nanas dan ingin membuka pusat penanaman nanas di negeri ini.

"Saya menyeru agar semua jabatan dan agensi yang mempunyai kawasan tanah yang sesuai untuk penanaman nanas agar bekerjasama dengan Jabatan Pertanian bagi membantu mengembangkan industri pertanian nanas di Kedah," katanya. 


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alepmama 16-12-2013 05:26 PM
baguih, keep it up
Quote solstice 16-12-2013 05:35 PM
Masa jaman bimbo dedolu selalu rasa best makan buah2an obesi
Epal... anggur.. oren
Buah2an tempatan ni.. jambu depan rumah... betik.. pisang. mangga etc rasa mcm buah 3rd class jahs
Bila dah cerdik sikit baru tau buah2an tempatan pon byk khasiat
Ada yg lebih dari buah2an obesi
Lg pon secara natural aku mcm x gemar buah2an obesi ni
Espeseli epal
x gemar

Akhir2 ni terpikir pulak
Setiap buah2an ada kelebihan memasing
Dan ia dijadikan sesuai utk ummah yg tinggal di kawasan tersebut
Cth: ummah penduduk tropika, sesuai & serasi ngan khasit buah2an tropika
Ummah kokesen serasi ngan khasiat epal, oren etc
Keprluan khasiat mungkin berbeza ikut cuaca persekitaran etc

Kesimpulan
Tak payah lah gigih dok melahap oren.. epal bagai.. kalau niat nak dapatkan khasiat
Sekali sekala ok lah
Lahap sajalah pisang.. jambu.. mangga... even durian..
Murah & lebih senang didapati
Quote gogo2 16-12-2013 05:37 PM
mangga perlis boleh?
Quote PathFinder@60 16-12-2013 05:38 PM
Good Move,
Sebab ini ada value added pada produk tempatan

Quote solstice 16-12-2013 05:38 PM
Lg satu.. buah local lebih fresh
Boleh petik dari pokok lagi
Buah2an obesi dah berhari2/berbulan2 usianya
Sbb ekspot
Tambahan lg epal hijau yg disalut lilin tu
Nak bagi berkilat
Euwwww
Geli tengok org makan epal hijau ngan kulit2 dia
Macam makan lapisan lilin
memang kulit pon ada khasiat
Unless epal tu dipetik dari pokok.. x payahlah
Tu pon seeloknya dicuci bersih dulu
Takut ada kesan racun serangga
Quote pakwetizzaqyah 16-12-2013 07:27 PM
buah apa yg ada dari kedah?? pelxxq??
Quote Suchi 16-12-2013 07:41 PM
solstice posted on 16-12-2013 05:35 PM
Masa jaman bimbo dedolu selalu rasa best makan buah2an obesi
Epal... anggur.. oren
Buah2an tempata ...

khen..tp oren ngn epal murah kat paso malam hahah
tu jelah hat murohnya
aku pun suka buah2an tempatan
skrg neh try gunakan buah2an tempatan menjadi menu sihat bagai
dorang neh pikir buah tempatan manis leting tak elok tuk kesihatan
ekceli ade je buah yg tak manis n ok je
cth jambu batu,tembikai susu,betik,buah naga manaa da manis sgt
aku suka wat cupcake guna pisang dan nangka..
nangka best wangi je
sesetengah org yg kaya blehla nak makan buah beri bagai
ade pren aku yg ajar anak dia sejak baby makan buah2 omputeh neh
rasberi lah setoberi lah pehtu mkn salmon la,tuna lah
mmglah berkhasiat tp mahal bukan semua org mmpu mkn
lgpun rasa masam je harap rupa lawa je.
Quote Suchi 16-12-2013 07:47 PM
gogo2 posted on 16-12-2013 05:37 PM
mangga perlis boleh?

pehtu buat neh

gulpppp..mouth watering okeyy
peberet nehh..


Quote axl_bach 16-12-2013 07:47 PM
pakwetizzaqyah posted on 16-12-2013 07:27 PM
buah apa yg ada dari kedah?? pelxxq??

buah jentik ada,buah kxtx mamak ada....hahahahah

Quote axl_bach 16-12-2013 07:48 PM
gogo2 posted on 16-12-2013 05:37 PM
mangga perlis boleh?

mangga harumanis mahal wooooooooooo
Quote pakwetizzaqyah 16-12-2013 07:49 PM
axl_bach posted on 16-12-2013 07:47 PM
buah jentik ada,buah kxtx mamak ada....hahahahah

hahahahaha...ini sindir lebih
Quote pakwetizzaqyah 16-12-2013 07:50 PM
Suchi posted on 16-12-2013 07:47 PM
pehtu buat neh

gulpppp..mouth watering okeyy

apa mcm kena tuuuuuuuuuuuuuuuuuuut je
Quote xAthenax 16-12-2013 07:52 PM
personally kaka memang prefer local fruit
tapi  masalahnya local fruit ni selalu mahal
cuba tengok harga pisang? jambu air? jambu batu? mangga?
kenapa ek mahal?
only water melon dan nenas jah yang kaka rasa murah...
tapi kalau majlis kerajaan takpe kot
Quote axl_bach 16-12-2013 07:54 PM
xAthenax posted on 16-12-2013 07:52 PM
personally kaka memang prefer local fruit
tapi  masalahnya local fruit ni selalu mahal
cuba teng ...

mahal ker pisang???cam murah jer siap org wat kenduri di semejid hari jumaat main lambak jer kat tangga....kalo harumanis mmg mahal laaa......

Quote Suchi 16-12-2013 07:56 PM
pakwetizzaqyah posted on 16-12-2013 07:50 PM
apa mcm kena tuuuuuuuuuuuuuuuuuuut je

tuut apa?
Quote xAthenax 16-12-2013 08:00 PM
axl_bach posted on 16-12-2013 07:54 PM
mahal ker pisang???cam murah jer siap org wat kenduri di semejid hari jumaat main lambak jer kat t ...

noks pisang montel comel series tu mahal lah...
kalau yang murah tu jenis2 yang dah over ripe
Quote axl_bach 16-12-2013 08:03 PM
xAthenax posted on 16-12-2013 08:00 PM
noks pisang montel comel series tu mahal lah...
kalau yang murah tu jenis2 yang dah over ripe

ooooo,mana eden tau....eden x makan pisang laaaa.......so kalo dah mahal baik makan yg import....strawberry ker epal carlifonia ker,limau mandarin ker,heheheheheh

Quote TuntungReturn 16-12-2013 08:08 PM

dekat sik ade anggur,
Quote ikan_kaghing 16-12-2013 08:09 PM
Kalau letak dorian selonggok atas meja lagi aku sokong

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-10-2024 06:18 PM GMT+8 , Processed in 0.078959 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top