CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bank Negara Malaysia Buat Semakan

19-12-2013 01:06 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9533| Komen: 78


Zeti Akhtar Aziz berjabat tangan dengan Azman Hashim sambil diperhatikan oleh Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (kiri) , Datuk Muhammad Ibrahim dan Tay Kay Luan (kanan) pada Pelancaran Asian Banking School di Kuala, semalam. 


KUALA LUMPUR 18 Dis. - Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyemak semula rangka kerja kadar faedah baharu bagi mengukur kadar asas pinjaman (BLR) pada tahun depan dalam usaha memantapkan sistem kewangan negara.

Gabenornya, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, BNM akan mengeluarkan kertas perundingan yang menggariskan rangka kerja kadar rujukan baharu kepada industri pada awal Januari tahun depan.


Katanya, ini adalah sebahagian daripada evolusi berterusan dalam sistem kewangan negara yang mana industri perlu menyesuaikan diri dan terus berkembang bagi memastikan ia memberi perkhidmatan yang lebih baik pada ekonomi.

"Baru-baru ini, terdapat tanda bahawa BLR sebagai kadar rujukan menjadi semakin tidak relevan.
"Oleh itu, BLR sudah menjadi kurang bermakna sebagai asas kepada harga pinjaman, kerana kadar pinjaman runcit ke atas pinjaman baharu yang ditawarkan oleh industri adalah pada diskaun lebih besar berbanding BLR," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada pelancaran Asian Banking School di Sasana Kijang di sini hari ini.
Yang turut hadir, Pengerusi Institut Bank-Bank Malaysia (IBBM), Tan Sri Azman Hashim dan Ketua Pegawai Eksekutif IBBM, Tay Kay Luan.
Pada majlis tersebut IBBM yang menubuhkan Asian Banking School turut mengumumkan penjenamaan semula institut terbabit yang kini dikenali sebagai Institut Bank-Bank Asia Bertauliah.

Sementara itu, Zeti berkata, program pembelajaran yang ditawarkan oleh Asian Banking School adalah penting dalam usaha untuk memenuhi permintaan tenaga mahir yang berkualiti untuk industri kewangan.

"Dijangkakan permintaan terhadap tenaga mahir tersebut akan meningkat sehingga 39 peratus dalam masa 10 tahun.
"Adalah perlu bagi tenaga kerja dalam industri kewangan untuk melengkapkan diri dengan kebolehan yang diperlukan untuk mendorong bidang khusus dan mempunyai pertumbuhan tinggi seperti pembiayaan modal risiko, pengurusan harta, khidmat nasihat pelaburan dan pengurusan pertukaran mata wang asing," ujarnya.


12

Bagus
11

Marah
10

Terkejut
6

Sedih
12

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (68 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote namirulmukminin 19-12-2013 12:34 PM
Kenapa tak hapuskan aje BLR tu? Kan tu lagi bagus...
Quote nurul_akmar 19-12-2013 12:47 PM
semak turun xpe. semak naik, xtau la nak cakap ape.
Quote akughi 19-12-2013 12:49 PM
namirulmukminin posted on 19-12-2013 12:34 PM
Kenapa tak hapuskan aje BLR tu? Kan tu lagi bagus...

ko tanye la pakar ekonomi.......boleh la dia huraikan....

aku tak reti bab ni.....kang disebut faskal beskal aku nak cakap ape.....tapi elok la dikaji semula BLR ni.....

BNM masih tak selaraskn lagi BLR ngan pengurangan jumlah tahun pinjaman.....
Quote presint 19-12-2013 12:58 PM
ayat mengkaji kadar faedah baru yg tak berapa sedap nak dengar...
calling kak @MelahJanda ...
sila terangkan ye... terima kasih...

Quote MelahJanda 19-12-2013 01:03 PM
presint posted on 19-12-2013 12:58 PM
ayat mengkaji kadar faedah baru yg tak berapa sedap nak dengar...
calling kak @MelahJanda ...
si ...

ni dasar kewangan (BNM)

aku buat dasar fiskal (treasury)

however, imo, samada dia nak naikkan blr because she mentioned kos pinjaman dan kos2 lain macam overhead (nak naikla tu)
or,
nak tukar blr tu kpd nama lain yg sesuai

but..akan makan masa yg lama lagi sebab baru nak kaji

Quote supernaturalee 19-12-2013 01:03 PM
kenaikan haraga rumah yg dh mmg naik pon
dan jgk pinjaman2 dgn bank

dan mcm2 lg kenaikan harga/servis yg melibatkan dgn pinjaman bank
Quote AbukRokok 19-12-2013 01:45 PM
namirulmukminin posted on 19-12-2013 12:34 PM
Kenapa tak hapuskan aje BLR tu? Kan tu lagi bagus...

bank negara kne ikut peraturan bank bank dunia...klu xikut kne sekatan
Quote evolutionary 19-12-2013 01:49 PM
pasang, kalo naik BLR, installment bulan bulan pun akan dinaikkan la
Quote ifanonline 19-12-2013 01:51 PM
petanda recession..
Quote slax 19-12-2013 02:09 PM
adakah banyak rumah kena lelong nanti?
Quote slax 19-12-2013 02:12 PM
BNM nih.. sapa yg punya sebenarnya?
Quote namirulmukminin 19-12-2013 02:37 PM
AbukRokok posted on 19-12-2013 01:45 PM
bank negara kne ikut peraturan bank bank dunia...klu xikut kne sekatan

Owh... duk bawah tapak kaki yahudi gak rupanya....
Quote namirulmukminin 19-12-2013 02:37 PM
-Deleted-

Terpost dua kali plak... Last edited by namirulmukminin on 19-12-2013 02:39 PM

Quote clarizsa 19-12-2013 02:44 PM
gaya intonasi tulisan ni cam kaji utk NAIKkan je... mujur sgt le nk turun...

klu naik ke turun ke, i x kesah.. coz xde kaitan.. haha
Quote AbukRokok 19-12-2013 02:47 PM
clarizsa posted on 19-12-2013 02:44 PM
gaya intonasi tulisan ni cam kaji utk NAIKkan je... mujur sgt le nk turun...

klu naik ke turun ke ...

kat mesia ni yg trun hujan je kak
banjir pun naik ooo
Quote clarizsa 19-12-2013 02:48 PM
AbukRokok posted on 19-12-2013 02:47 PM
kat mesia ni yg trun hujan je kak
banjir pun naik ooo

airmata kesyukuran pun turun gak laa... wakaka
Quote chaintea 19-12-2013 02:48 PM
mcm nak naik je...

adoi adoi

Quote Peterpan17 19-12-2013 02:51 PM
MelahJanda posted on 19-12-2013 01:03 PM
ni dasar kewangan (BNM)

aku buat dasar fiskal (treasury)

Adakah ini bunga bunga kadar BLR nak naik Kak Melah??
Quote dahliateck 19-12-2013 02:51 PM
tolong la jgn naikkan lg blr, jgn la niaya rakyat marhaein cam iols ni

Lihat semua komen(78)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 08:08 PM GMT+8 , Processed in 0.126231 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top